♥tentang aku♥

My Photo
Kuching, Sarawak, Malaysia
Aku anak sulung dalam keluarga, isteri kepada Hazrul Helmi, mama kepada Armand, Aiman, Abril dan Ayra.

Aku menulis bukan kerana nama, keglamouran ataupun kemasyhuran. Cuma melampiaskan perasaan dan isi hati di atas selembar helaian bisu yang dinamakan blog.

Tuesday, 6 November 2012

INFO: Tips Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan / Cesarean

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini adalah sebuah entri yang agak panjang, namun berbaloi untuk dibaca :)

Semasa mengandungkan anak ke-3 pada tahun 2010, aku langsung tak menyangka bahawa aku akan melahirkannya secara pembedahan. Kata orang, kalau kita aktif semasa mengandung, maka, proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat. Itu kata orang sahaja. DIA yang menentukan bagaimana labour progress kita nanti sama ada dipermudahkan ataupun diberikan ujian kepada kita supaya sentiasa mengingatiNYA. Aku dulu langsung tak ada kesedaran nak ambik tahu pasal penjagaan selepas bersalin secara pembedahan. Yang aku masih ingat sampai sekarang, aku kerap cakap "aku tak nak ceaser" dan aku kerap melakukan senaman-senaman ringan seperti yang dicadangkan oleh doktor.. Tapi apa yang aku lalui tidak seperti yang aku harapkan.

Pendek kata. kita semua tak tahu lagi apa akan berlaku semasa proses bersalin nanti. Jadi, ada baiknya aku kongsikan cara penjagaan selepas bersalin secara pembedahan dengan korang. Jangan kelam kabut macam aku. Dah kena belah baru sibuk nak google segala. Tips ini bukan hasil penulisan aku, tapi aku copy dari blog bidan yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Selamat membaca!

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.

Sebelum Meninggalkan Hospital
Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
~ Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

~ Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

~ Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

~ Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

~ Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

~ Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

~ Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

~ Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

~ Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

~ Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Penjagaan Emosi
~ Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

~ Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

~ Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

~ Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

~ Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

~ Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.


Perkara Yang Perlu Dielakkan
~ Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

~ Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

~ Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

~ Kolam renang dan tab air panas.

~ Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

~ Kerap turun naik tangga.

~ Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.


Segera Berjumpa Doktor Jika:
~ Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

~ Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

~ Discaj vagina yang berbau busuk.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

~ Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

~ Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

~ Muncul ruam atau gatal-gatal.

~ Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

~ Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

~ Rasa bimbang, panik atau sedih.

Selepas aku melahirkan secara pembedahan, datang seorang doktor yang membuat pemeriksaan rutin ke atas aku dan anak aku. Satu nasihat yang diberikan kepada aku di dalam nada yang serius dan agak keras ialah JANGAN MAKAN UBAT-UBAT KAMPUNG. Maksudnya di situ jangan makan jamu. Jamu ni kan panas. Kepanasan boleh menyebabkan jahitan kat dalam terbuka. Kalau terbuka, alamatnya kenalah jahit semula. Aku rasa semua orang pun tak sanggup nak memikirkan kengerian bila 'dijahit semula' tu.

Ada juga kenalan yang mengatakan dia makan jamu / ubat-ubatan kampung yang panas selepas pembedahan tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Pada pandangan aku sebagai seorang kakitangan awam biasa yang bukan menjawat jawatan di dalam bidang kesihatan, itu terpulang kepada ketahanan tubuh masing-masing. Mungkin ada yang tahan dan ada yang tidak. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk memilih produk / ubat-ubatan selepas bersalin. Yang penting, sesuai dan selesa untuk diri sendiri dan anak yang menyusu badan.


Kredit: Sumber

21 comments:

  1. Gud Infor..thnaks for sharing..tak tau nasib masing2 kan..yg penting ilmu tu semua kena tau...Salam kenal ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal :)

      happy blogging, MommyAida!

      Delete
    2. sng skali mmbacanya...gd info.sumenye bnar skali.mgikut pngalaman sy))

      Delete
    3. salam,

      boleh share x kat mana nak cari tukang urut selepas bersalin di area Kuching Sarawak?

      Delete
    4. Salam,

      Good Info, btw Pija tau x kat mana nak cari tukung urut selepas bersalin di area Kuching Sarawak? Kalau ada boleh share no fon tukang urut tu?

      T.kasih

      Delete
    5. Wslm..

      thank you :) Tukang urut selepas bersalin Cik Bedah (010-9773657) di Siol Kandis.

      Delete
  2. Salam, thanks for the info - so fobia berpantang bersalin bedah ape tah lagi xde org tua tolong tgk2 kan ... Tiap2 hari bimbang tempat jahit tu takut Salah mkn ke Salah jaga ... Bila bole mengurut. Kalu bersalin jahit ni???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Selepas bersalin boleh berurut untuk melegakan kesakitan. Seluruh badan boleh diurut KECUALI PERUT TERUTAMA DI BAHAGIAN JAHITAN.

      P/S: Urut dibelakang pun sudah cukup melegakan :) Selamat berpantang!

      Delete
  3. salam...thanx for ur info..sgt bguna kpd sy..bru2 ni sy tlah d jngkiti kuman..kncing pedih..tbiar sminggu..dh parah bru jmp doctor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..

      Terima kerana membaca :)

      Mudah2an keadaan Puan Nim baik2 sahaja hendaknya.

      Delete
  4. saya bersalin ceaser sekarang sudah 3minggu tetapi perot saya terasa pedih dan nyilu
    ..adakah itu perkara biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa doktor.. tapi saya dulu dalam mingu kedua pun masih terasa sakit dan nyilunya.. sebab tu kene makan ubat tahan sakit

      Delete
  5. salam saya nk brtanya adakah perkara biasa terasa pdih dn nyilu dibahagian perut...saya juga bersalin secara ceaser tiada pengalamn dlm keluarga ataupun teman2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      Pedih dan nyilu perkara biasa selepas bersalin secara ceaser kerana bahagian yang dijahit belum sembuh sepenuhnya. Sebab ituah puan kena banyak berehat dan kurangkan bergerak.

      Saya cadangkan puan makan produk Elken, iaitu IG6.

      Delete
  6. Info yg sangat berguna...saya pun anak ke-3 ceaser. ..anak 1st dn 2nd lahir cara normal..tp yg ke 3 ni sya anggap ianya sbgai 1 pgalaman baru bg saya.

    ReplyDelete
  7. Tips dn info yg sangat berguna sis...saya mlahirkan anak ke - 3 cara ceaser...atas sebab kandungan saya dh masuk 40minggu dn pada 01/07/13 doktor terpaksa memasukkan ubat utk memaksa bby lahir..setelah saya bergarung menhan sakit yg teramat selama 4 jam.. last minit kepala baby melintang ke sebelah kanan perut..selepas kali ke 3 doktor memeriksa bukaan serviks dn doktor mndapati bby telah berpusing dn kepala melintang ke sebelah kanan...tnpa mbuang
    masa dlm kdaan saya yg dh x boleh mnahan kesakitan yg teramat doktor terpaksa mbuat keputusan utk mlakukan ceaser d sebbkan juga air ketuban sdah pecah dn x boleh d lengahkan lgi...dlm keadaan yg sakit dn takut saya cuba kuatkan semangat dn positif dn menganggap ini sebagai 1 cabaran dn pengalaman baru dlm hidup sya...alhmdulillah dlm msa 20 minit saja pembedahan pun selesai..dn lahirlah ALYAA ALEESYA yg sangat comel dgn berat 3.27kg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat semuanya.

      Saya dulu bersalin anak ke-3 pun begitu jugak. Last minute kena ceaser. Syukur semuanya selamat. Dan yang paling melegakan, saya dapat bersalin yang ke-4 secara normal :)

      Selamat berpantang Puan Zaiz Zianezam!

      Delete
  8. Slm..sy nk b'tanye ckit..Blhkh ceaser minum ubt periuk?

    ReplyDelete
  9. Slm..nk tany blh ke ceaser minum ubt periuk(akar kayu)

    ReplyDelete
  10. Saya juga ingin berkongsi pengalaman berpantang normal dan ceazer. Jemput visit http://vitamincerdik.blogspot.com/2014/03/keistimewaan-esp-shaklee-kepada-ibu.html

    ReplyDelete
  11. Hai, isteri saya akan bersalin pada hujung bulan ini dan memerlukan confinement lady di kuching Sarawak (urut, jaga baby, masak - sekiranya boleh). Harap dapat hubungi saya atau dapat bagi contact number orang yang boleh membantu. Terima kasih sangat2.

    Harap dapat msj atau whatsapp saya di +971528730942 @ 0197792409

    ReplyDelete

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~