Sabtu lepas aku menghadiri kenduri doa selamat sepupu aku nikah. Memang sempoi. Jimat giler.
Jumaat tu sepupu aku bernikah dengan pilihan hatinya di rumah pihak perempuan. Aku tak hadir sebab kerja. Tapi rasanya lepas majlis akad nikah ada sedikit jamuan.
Keesokkan harinya, hari Sabtu lepas, kenduri si rumah sepupu aku pulak, Shafizan a.k.a Nik dalam kalangan keluarga kami. Majlis sangat ringkas. Cuma sekadar bacaan doa dan makan-makan sahaja. Tak ada duduk bersanding. Cuma berhias cantik dan santai melayan tetamu.
Serius. Memang sempoi. Aku suka.
Aku jeles... sebab diorang jimat banyak duit kat situ. Kenapalah aku tak buat macam tu dulu yer??
Aku rasa kos mereka solek pengantin dan makan minum je. Hantaran aku tak sure. Tapi mas kahwin tu of course lah.. Aku rasa lah.. sebab aku tak tanya pun. Kang aku tanya orang kata aku sibuk pulak. Hihi.. Tapi memang mereka jimat ribuan ringgit di situ kalau betul tu je kos yang terlibat.
Oh, lupa lak. Sepupu aku dan bini dia kerja di Sarawak Hidro Sdn Bhd sebagai technician. :) bertemu jodoh di Bakun, the largest hydropower plant in Malaysia.
Simple. Sempoi. Santai. Cayalah..
Selamat pengantin baru Nik & Watiqah, semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Amin, insyaAllah.










