Saturday, 21 July 2012

1 Ramadhan 1433H


Salam.

Alhamdulillah hari pertama Ramadhan tahun ini aku dapat berpuasa bersama keluarga tersayang. Dah 5 tahun berpuasa di rantau orang, terasa lain kemeriahannya. 


Aku sememangnya kurang sihat dari minggu lepas dan agak teruk 2 hari kebelakangan ini. Namun alhamdulillah, DIA memberikan kekuatan untuk aku menunaikan rukun islam ketiga bersama bayi di dalam kandungan yang berusia tepat 20 minggu pada hari ini.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga yang membantu memudahkan urusanku hari ini terutamanya papa yang sangat mengambil berat dan banyak membantu menguruskan 3 pendekar. Semoga esok dan seterusnya menjanjikan jutaan kebaikan buat kita semua.



SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERAMAL!



Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, 20 July 2012

Menjelang Ramadhan

Salam.

Rutin biasa keluarga kami menjelang Ramadhan ialah menziarahi kubur-kubur sanak saudara. Menitipkan doa buat mereka di sana, semoga sejahtera hendaknya.


Semalam aku pergi dengan papa, Abril, mak dan Mak Pah ziarah kubur arwah datuk dan nenek. Menitis air mata terkenang saat-saat mereka masih ada.


 Hujan renyai, kami tidak lama di sana. Sempat membersihkan apa yang patut dan tentunya mengirimkan doa buat mereka. Semoga bersemadi aman di sana.


Masa mereka sudah berlalu. Masa kita yang masih hidup ini entah bila pulak. Dengan amalan yang kita sendiri tak tahu cukup atau tidak untuk bekalan di sana nanti. Aku sebagai manusia yang baru nak menapak menuju ke arah kebenaran sering berdoa semoga urusan aku, papa, anak-anak, ibu bapaku, ibu mertuaku, dan semua umat Islam akan dipermudahkan di sana nanti. InsyaAllah. Semoga Ramadhan yang penuh berkat ini dimanfaatkan oleh kita semua.



Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 17 July 2012

My Colleague



Salam.

It's been quiet long I'm in my new department but I didn't share anything about my friend yet. 

Well, meet my colleague, kak Salbiah, kak Limah and kak Jubaidah. These are the people that I always hanged out with. We had a quiet great time together during breakfast, lunch and sometimes during tea time. They are good in balancing their social and working connection with me. 

It's very nice to know them although none of them is my bestfriend yet. It's okay anyway, as long as I have someone to talk with in my new office.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, 10 July 2012

Suci dalam debu



Lirik lagu yang menceritakan sesuatu...

Suci Dalam Debu

Engkau bagai air yang jernih
Di dalam bekas yang berdebu
Zahirnya kotoran itu terlihat
Kesucian terlinding jua

Cinta bukan hanya di mata
Cinta hadir di dalam jiwa
Biarlah salah di mata mereka
Biar perbezaan terlihat antara kita

Kuharapkan kau kan terima
Walau dipandang hina
Namun hakikat cinta kita
Kita yang rasa

Suatu hari nanti
Pastikan bercahaya
Pintu akan terbuka
Kita langkah bersama

Di situ kita lihat
Bersinarlah hakikat
Debu jadi permata
Hina jadi mulia

Bukan khayalan yang aku berikan
Tapi keyakinan yang nyata
Kerana cinta lautan berapi
Pasti akan kurenang jua

Monday, 2 July 2012

KPSL


Harus bersedia walaupun penat berjalan di KL tempoh hari belum habis.

Wish me luck!


Published with Blogger-droid v2.0.6

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers