Monday, 20 October 2014

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SEKADAR PERKONGSIAN. ARTIKEL INI DISALIN DARIPADA LAMAN FACEBOOK.

TIPS MENGURANGKAN GEJALA GEDIK ANAK PEREMPUAN

GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak 'menggatal' pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.

Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.

Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.

PERANAN BAPA

Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep 'imuniti' dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan 'body contact' seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.

Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau 'mendidik nafsu' anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.

Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.

Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.

LATIH ANAK GADIS DENGAN SIFAT MALU SEJAK KECIL

Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.

Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.

Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.

Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.

Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.

KESIMPULAN

Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.

Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.

Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.

Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi 'tidak ada selera' untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.

Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.

Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.

Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN

UNTUK PERINGATAN SENDRI DAN JUGA KEPADA RAKAN PEMBACA. MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KITA DALAM MEMBENTUK DAN MENDIDIK ANAK-ANAK.

Thursday, 16 October 2014

Serangan athma

Kisah dua hari lepas...

Ayra Ayushi diserang athma. Semalaman ia tak tidur termasuklah aku dan papa. Maka paginya kami bawa Ayushi ke klinik. Bawa juga si Abril Asyraaf yang belum mandi tu sekali sebab dia request nak ikut.

Sebelum ni kalau kena neb dia marah. Marah yang teramat. Mengamuk, nak lepaskan diri daripada mama. 


 Tapi kali ini, dia OK je.


Papa kata sebab ada abang temankan. So next time, kalau dia kena serangan athma lagi, mesti bawa abang untuk temankan dia masa neb...

Lepas bawa anak ke klinik, hantar mereka ke rumah pengasuh masing-masing dan terus pecut kereta ke pejabat. 

:)

Wednesday, 15 October 2014

Bersolek sambil memandu


Make up sambil memandu.

Sebab buat macam ni selalunya sebab terlajak masa.. Tak sempat siapkan diri sebab siapkan anak-anak dan macam-macam lagi.

Aku pernah buat. Aku juga selalu nampak orang lain buat. Bahaya! Tapi dalam situasi aku, bersolek sambil memandu tu adalah semasa jalan raya mengalami kesesakan. Jadi, macam tak berapa nak bahayalah. 

Cuma, kalau kereta ala-ala akuarium, di mana orang dalam kereta sebelah boleh nampak apa kita buat, tak payah lah kot. Heheh.. Bersolek di pejabat je lah...


Saturday, 11 October 2014

Women are so complicated... sometimes :)

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:

1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements

So what's so hard about that?


HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:

It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate


WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls


AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. give her lots of attention
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes


BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:

53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes



kerana kami begitu berharga...
:)





Friday, 10 October 2014

Throwback: Insan tak prihatin

“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Awal pagi dah terbaca berita di atas di laman Harian Metro.

Aku pernah berada di tempat Wan Noor Shila satu ketika dulu. Bezanya aku tak dukung bayi, cuma mengusung perut yang besar.

Aiman berusia 8 bulan dalam kandungan. Balik kerja, aku naik bas dari Presint 2 dengan tambang RM0.50 ke Presint 11. Biasalah waktu balik kerja, keadaan dalam bas memang agak sesak. Waktu puncak.

Keadaan dalam bas berhenti-henti memang tak selesa. Bergoyang ke kiri ke kanan mengikut haluan bas. Dengan perut besar masa tu, sorang pun tak prihatin nak beri tempat duduk. Aku mengutuk juga dalam hati. Maaflah.. Bukan kutuk apa, sebab masa tu aku rasa nak terkencing, tak dapat tempat duduk pulak. Rasa macam nak sekeh semua orang yang ada di situ. Heheh.. 

Masa tu aku rasa kesian dengan diri sendiri. Sedih tahap dewa. Tapi dua kali je la aku kena macam tu. Sebelum dan selepas tu, kalau aku berdiri memang ada insan-insan mulia yang berikan tempat duduk untuk aku. Mungkin masa hari kejadian tu, aku ditakdirkan bersama manusia-manusia yang tidak prihatin. Sabar jelahhh...

Jadi, lepas kejadian tu, aku beli kereta. Lepas seminggu, selesai masalah. 

Berbalik dengan kisah Wan Noor Shila.

Sebagai manusia yang sempurna, tidak cacat fizikal atau mental, orang yang berada disekeliling beliau pada masa itu wajib memberi ruang kepada beliau untuk duduk dalam keadaan yang selesa. Kalau tak kesian dengan Wan Noor Shila,  kesian la kat anak kecik tu. Cuba letakkan diri sendiri di tempat beliau. Macam mana kalau satu hari nanti, orang lain buat kita macam tu juga? Kan? Kan? Kan?

Ini baru satu cerita yang masuk paper. Bagaimana dengan ribuan untold story macam aku tu? Kisah warga emas yang terpaksa melalui keadaan yang sama? OKU? Haa... Harap tak jadi seperti di negara China. 

OK. Tu je yang aku nak cerita. Sorry pepagi dah emosi. Sebab malam tadi Ayushi tak kasi mama dia tidur lena. (-_-!)

Sunday, 5 October 2014

Salam Aidil Adha 1435H

Aidil Adha 1435H.


1435H tahun yang banyak mengajar erti pengorbanan. Pengorbanan sebagai seorang anak, isteri, ibu, pekerja dan pelajar. Bukan mudah, namun terpaksa juga dihadapi.

اللهُ أكبَرُ اللهُ أكبَرُ اللهُ أكبَر
لاَ إلهَ إلا اللهُ وَاللهُ أكبَر
اللهُ أكبَر وللهِ الحَمْد
اللهُ أكبَرُ اللهُ أَكبَرُ اللهُ أَكْبَرُ. اللهُ أكبَرُ كَبِيرا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاُ. لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ. لا إِلَهَ إِلا الله وَحْدَه صَدَقَ وَعْدَه وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَه

لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَاللهُ أَكْبَر
اللهُ أكبَر وَللهِ الحَمْد

Salam Aidil Adha buat semua. Maaf zahir dan batin. Semoga kita semua dipayungi dengan Rahmat dan Nikmat Allah. Amin... InsyaAllah.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers