Friday, 10 October 2014

Throwback: Insan tak prihatin

“Hampir 40 minit saya menyusu kan anak di lantai ERL (Express Rail Link) semalam (kelmarin) dan sepanjang tempoh itu orang yang berada di sekeliling hanya melihat tanpa sedikit pun rasa simpati menyaksikan keadaan saya ketika itu,” kata Wan Noor Shila Mior Sharifuddin, 30, yang sedih dan kecewa disebabkan sikap tidak prihatin segelintir rakyat Malaysia.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Awal pagi dah terbaca berita di atas di laman Harian Metro.

Aku pernah berada di tempat Wan Noor Shila satu ketika dulu. Bezanya aku tak dukung bayi, cuma mengusung perut yang besar.

Aiman berusia 8 bulan dalam kandungan. Balik kerja, aku naik bas dari Presint 2 dengan tambang RM0.50 ke Presint 11. Biasalah waktu balik kerja, keadaan dalam bas memang agak sesak. Waktu puncak.

Keadaan dalam bas berhenti-henti memang tak selesa. Bergoyang ke kiri ke kanan mengikut haluan bas. Dengan perut besar masa tu, sorang pun tak prihatin nak beri tempat duduk. Aku mengutuk juga dalam hati. Maaflah.. Bukan kutuk apa, sebab masa tu aku rasa nak terkencing, tak dapat tempat duduk pulak. Rasa macam nak sekeh semua orang yang ada di situ. Heheh.. 

Masa tu aku rasa kesian dengan diri sendiri. Sedih tahap dewa. Tapi dua kali je la aku kena macam tu. Sebelum dan selepas tu, kalau aku berdiri memang ada insan-insan mulia yang berikan tempat duduk untuk aku. Mungkin masa hari kejadian tu, aku ditakdirkan bersama manusia-manusia yang tidak prihatin. Sabar jelahhh...

Jadi, lepas kejadian tu, aku beli kereta. Lepas seminggu, selesai masalah. 

Berbalik dengan kisah Wan Noor Shila.

Sebagai manusia yang sempurna, tidak cacat fizikal atau mental, orang yang berada disekeliling beliau pada masa itu wajib memberi ruang kepada beliau untuk duduk dalam keadaan yang selesa. Kalau tak kesian dengan Wan Noor Shila,  kesian la kat anak kecik tu. Cuba letakkan diri sendiri di tempat beliau. Macam mana kalau satu hari nanti, orang lain buat kita macam tu juga? Kan? Kan? Kan?

Ini baru satu cerita yang masuk paper. Bagaimana dengan ribuan untold story macam aku tu? Kisah warga emas yang terpaksa melalui keadaan yang sama? OKU? Haa... Harap tak jadi seperti di negara China. 

OK. Tu je yang aku nak cerita. Sorry pepagi dah emosi. Sebab malam tadi Ayushi tak kasi mama dia tidur lena. (-_-!)

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers