Showing posts with label Bahasa Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Sarawak. Show all posts

Tuesday, 13 November 2012

INFO: Layari Facebook Lebih 3 Jam Jejas Mental

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pa polah kitak orang tek? Dah makan lom? Aku baruk pas makan di Kedei Haji Salleh. Makan Mee Kolok. Makin dekat ari nak beranak, makin macam-macam rasa nak di makan. Bait jak kedei ya tek sik rami mun tengah hari. Mun pagi, mun rasa-rasa dah aher, jangan jak di hampir kedei ya. Menaun nunggu mee. Rasa nunggu bulan gugok jak, sik sampe-sampe. Terutama nya mun orang yang kurang sifat penyabar. Datang tengah hari jak kitak orang.

Balit dari sia tek ku mukak Berita Harian online. Sebab, Harian Metro online sik ada berita hari tok. Sidak wartawannnya gik gago cuti Deepavali tek nak, sik pian nak ngator artikel dolok. Gik nak nyamah maruku ngan kari lok ari tok. Esok baruk beroperasi agik.

Kali tok segmen Bahasa Sarawakku sik ada poret mode. Aku nak share informasi jak ari tok. 

Duuuuuuunakkkkk.... 

Takut ku maca tajok artikel di Berita harian online hari tok tek. Dah lah anak aku si Aramand ya salah sorang yang suka melayan FB dan games depan PC. Seharian pun nya tahan.

Lepas tok nang jangan sik, nang MESTI dijadual penggunaan bahan elektronik pintar di rumah kamek orang. Bahaya jangka panjang koh eh.. Bagus-bagus pentar, gago bekaran utak di Batu 7 gik kelak. Sik sanggup ku nak membayangkan. Ngeri!

Kitak orang sama juak. Mun rasa dah gian gilak nak ngadap FB ya, ingatkan benar-benar isik kandungan artikel di dibah tok. Baca sampei abis dik kakak oii.. Bukan calang-calang orang molah statement ya, PENGARAH HOSPITAL SENTOSA, oi.. Pakey pengetahiuan kita bersama juak...


Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.


Kemahiran murid
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan. 
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam. 
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. 
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental. 
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya. 
INFO: Risiko kemurungan
  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan. 
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Yahhh.. Menakutkan nak? Segal sik bersosial ngan urang tek jadi murung. Segal bersosial dalam alam maya ajak kita boleh jadi murung. Aku nak kompem ngan kitak orang perkara ya nang 100% benar, sik dapat juak. Sebab aku lom pernah mengalami. Tapi orang yang ada kepakaran dah molah kajian dan madah kedak ya, kita tek aok ajak lah. Mana nak bagus, di aok... mana nak sik bagus, jangan di aok juak.. binasa kelak.

 Heheh.. OK2.. Sebelum bos masuk, aku nak melelap mata sekejap. Kelak-kelak kita bercerita agik.

Thursday, 25 October 2012

Boyak Muncul di Bandar Baru Semariang

Ada kitak orang baca paper Metro ari tok tek? Aku baca online, so sik tauk berita penuh.

SAMARIANG: Kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter yang ‘berselera’ membaham kucing menggemparkan ratusan penduduk di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, di sini, yang terserempak dengan reptilia itu di dalam longkang, kelmarin.
Buaya dari Sungai Samariang berhampiran kawasan perumahan itu dikatakan naik ke darat sebelum menyerang kucing peliharaan seorang penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, seorang penduduk, Iskandar Osman, 33 berkata, dia bersama beberapa rakan yang berada di tebing sungai melihat seekor buaya membaham kucing di tepi longkang.
“Selepas itu, buaya berkenaan masuk semula ke longkang dan merangkak ke arah kawasan perumahan sebelum dipercayai kembali ke sungai.
“Saya bimbang dengan kejadian ini kerana tidak mustahil pada masa akan datang ada penduduk kampung pula yang menjadi mangsa haiwan ganas ini,” katanya.

image from Google.com

Ngeri juak bila dipikir. Bila boyak nait atas darat, sapa-sapa jak boleh jadi mangsa. Jadi, beringatlah. Jangan nak ngelayo sik tentu pasal. Terutamanya waktu malam. Mata boyak ya awas agik dari mata manusia. Dah lah musim landas tok, sekejap ujan sekejap panas, kelaparan boyak ya sik tentu makan kali. Ney ndak nya nait ke darat nyarik makanan.

OK, ya ajaklah cerita di ambang Eidul Adha tok. Dikesempatan tok aku nak ngucap Selamat hari Raya Haji kepada semua pembaca yang terbaca entri tok sama ada secara sengaja atau sik sengaja. Jaga dirik di musim perayaan dan musim landas tok. Mun kitak orang pandey diserang oleh pureh Bujang Senang, mata nya inci kan kata orang ninggal Nek Ki ku marek.

Sekian, wassalam~

Friday, 19 October 2012

Air pasang, banjir di Kampung Semariang Jaya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

black widow parking rah depan main road
Hari tok aku nak bercerita tentang kawasan rumah kamek orang banjir pada 17-18 Oktober 2012. Banjir yang disebabkan air pasang. Jadi, secara umumnya bukan setakat rumah kamek orang ajak yang banjir. Rumah orang kampung pun banjir juak. Ada yang bertuah, rumah jenis tinggi, air sik masok. Ada yang kurang bernasib bait, rumah jenis rendah, masoklah air dalam rumah.

Rumah kamek orang tok dalam kategori bernasib bait. Sipi-sipi gik nak masok lam rumah. Nasib bait ari sik ujan. Mun ari ujan, air ujan dah menoh dolok dalam parit, kak ya datang gik air pasang, alamat bekayoh lah kamek sekeluarga.

asal air pasang, lorong depan nang penuh ngan kereta
Yang aku heran, pihak yang bertanggungjawab molah dak parit dak jeraya tok, kenak kah molah alang-alang oo? Maka jeraya dah diturap baru. Sistem perparitan dah dinait taraf. Masih juak air nait. Coba dah alang-alang molah ya, polah bagus sekali. Sik adalah kes banjir agik. Jeraya diturap sumak ndak jak. Ba tinggi kan sikit gik. Dak parit indah eh, polah lah tinggi gik sikit oo, sik air melimpah lam kawasan rumah penduduk mun air pasang. Bukan nak komplen lebih-lebih tok, tapi keselamatan ya penting bah. Nak nama air tok, masanya sikit nya jadi keperluan. Bila dah melimpah, jadi bencana. 

Air pasang tok bukan air tawar. Air masin. Jangan berani nak meredak kereta lam air pasang. Ujong-ujong tengah kitak orang driving tekejut nanggar dak ekjos, dak tayar kitak orang merayan entam leh tegar. Nak kah naya? Lain gik uras di embak nya sekali. Kotor bah. Lam air pasang tok juaklah dak lipan dak keraey, semut, segala anak ular indah bermaharajalela nait lam rumah. Nang kayap-kayap lak lipan eh, mun disengatnya kaki anak-anak kita alu ngembak berita. Ya juak air besar, serak-rak ya juak gago nak ke spetar. Nang molah hal.

Sigek gik perkara bahaya masa air pasang tok. Nembiak nang sik dapat dilarak-larak kali (kata ku ajak) Bermaharajalela dak nya berendam lam air. Ya Rabbi eh.. tauk ndak kah daknya air ya kotor oo? Ney tuju dak mak/bapak/penjaga nya sik melarak. Ya lah kata ku tek, kali dak nya nang ndak dapat dilarak agik. Adanya berenang, adanya berperauk makey pelempok, adanya nyelam. Eii..ya mun salah tinjak ya, alu tenggelam lam parit. Ne ndak nya air agak keroh bah, Sik nampak nak ney parit nak ney jeraya agik mun air dah tinggi. Mun apa-apahal jadi nak kah ngembak berita? Ari marek sampey kol 8 gik ngelayo lam air pasang. Nang berani eh..

Bukan aku nak nyalah sesiapa dalam hal tok. Mun sidak yang bertanggungjawab sik dapat menyelesaikan masalah banjir masa air pasang tok yang terang-terang sik selamat/bahaya, kita sama diriklah ngambik inisiatif nak nyaga keselamatan dirik ngan keluarga masing-masing nak? Bingong ajak tek bah ngenang nembiak bermain lam air. Ya rupa lipan... Eii.. Ngeri ku ngingat. 

Ya ajak lah tek. Peringatan untuk dirik ku mpun juak sebenarnya. Sebab anak ku si Abril tok nang suka nar ngan air. Ngansa oii, nak ngajak berenang. Malar jak ter abang, abang, nya nunggah nembiak nak main air atas jeraya. Lemah nyawaku. Kali pikirnya sungai kali kah oo? Sik dapat layap kamek serumah olehnya. Geram ati nya nangga air, sanggup nya ngamok, merajuk ngoleng dirik nya atas lantei. KOTAN NAK BERENANG LAM AIR PASANG. Eeeiiiiiii.. No! No! No!
 
Abril nak berenang


Thursday, 11 October 2012

Inggar ngan Mak Cik 'N'

Inggar nyawaku. Ku nak beporet ari tok.

Teringat ngan kisah minggu ya tek. Aku ada bertanyak sesuatu ngan sorang hamba Allah tok. Nya tok pangkat mak cik lah. Nang aku dah lamak kenal ngan nya sejak ku tadika marek dolok. Family kamek orang pun kenal juak ngan family sidaknya. Al-maklomlah sekampong tek nak. 

Zaman ku tadika marek, nya bekedei di rumah nya. Jual dak keropok, gula batu, eskrem dan lain-lain barang runcit. Rumahnya kecik jak masa ya. Kinek tok nya dah maju. Rumah papan dah transform jadi rumah batu, ada kereta viva itam baru parking depan rumah.

Di sebelah rumahnya ada sebidang tanah kosong. Sik juak besar tanah ya tek. Sedang-sedang ajak. Masa ku ngan dak mak ku pegi nanggar rumah angur ya, nya negor aku. Pa nya nanggar perut ku besar tek. Yang aku tek pande ringan mulut nak bertanyak~

Aku: Cik, tanah sebelah rumah kitak ya dijualkah?

Nya: Ri ya tek nang nak dijual. Tapi sik tauk lah apa cerita kinek tok. Kenak?

Aku: Sik ada, nanyak ajak. Kenal kitak ngan tuan tanah ya kah?

Nya: Mun sik salah aku bukan orang lain juak dengan kedei makan BNB ya. 

Aku: Oo.. Tauk kitak berapa nya nak jual tanah ya ri ya kah?

Nya: Mahal. Sik dapat kau beli tanah ya. Seratus ribu. Tanah kecik juak. Besar sikit tanah aku dari tanah ya. Berapa gaji kau? Berapa gaji laki kau?

Aku: ... (telan air liur). Adalah sikit. Cukup makan anak beranak.

Nya: Berapa gaji laki ko? 5 ribu ada? Aku tok apa boleh buat anak ku dah besar semua, yalah dapat nyambong rumah, meli kereta baru ya (sambil nunjok kereta)

Mak datok. Besar cakap nya. Sedangkan aku tek sekadar bertanyak ajak. Tauklah aku kuli ajak. Tauklah laki ku kerja sik bagus. Ibohlah ngelakar macam ya gilak. 

Aku: Sik hal cik. Mun ada rejeki meli tanah dolok jadilah. Rumah polah pupok. Dikit-dikit, ndak tauk dango dolok. Macam kitak juak marek.

Pangkak terus cara alus, ati ku geram.

Nya: Ehh.. Kau tok. Hehe (tersengeh sambil nepok lengan aku)

Kakya terus ku eksen pegi nyarik mak ku. 

Yah.. Tok bukan sebarang poret. Poret ada pengajaran. Mun kita dah senang, jangan lupak dengan kesusahan kita di masa lampau. Iboh diberik kesenangan lalu nak eksen, pandang rendah orang lain. Baruk maju sikit dah lupak segala-galanya. Yang paling hebat tek part nanyak gaji aku ngan laki ku. Duuunak oii. Lom kalak gik mak ngan bapak ku nanyak berapa gaji kamek duak. Orang lain gik bertanyak. Pelik nar rasa nya.

Ya ajak lah nak diporet ku. Pengajaran untuk semua termasok aku mpun juak ya. Ney tauk kelak esok pandey idup senang nak. Dah pandang langit, bumi jangan dilupak. Mudah-mudahan aku ngan keluarga aku bukan di dalam golongan orang yang lupak dirik. Amin, insyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 6 October 2012

Kebakaran di Semariang

Petang marek ada rumah angus di Semariang. Belakang Intan Hardware. 


Aku tek gik melepet atas katil, dipadah mak ku ada asap tebal sik jauh dari rumah. Alu begegaslah kamek serumah turun pegi nanggar. Jadi reporter tek nak.


Sampey di tempat kejadian, urang kampung dah rami. Nulong madam api. Tapi aku rasa, lebih rami yang nyelut dan ngaco kerja sidak bomba. Serak-rak bomba nak betugas, serak-rak juak daknya tek nak madam api juak. Bagus iboh nunggah bomba jak nak?



Dah lah pili bomba sik ada. 2 buah trak bomba ngembak air pakey madam api. Mula-mula api dah padam, tiba-tiba marak balit. Rupanya tek api dalam dek sik disiram. Bahaya juak lah keadaan ya sebab rumah sebelah terlalu rapat. Mun api sik dapat dikawal, kemungkinan besar rumah sebelah ya angus juak.

Tapi akhirnya semua selesai. Api dapat dikawal. Sik ada kemalangan jiwa dilaporkan. Mak ku sempat menemuramah urang sia. Katanya sidak madah anak urang rumah ya main mancis.


Arr.. Jaga-jaga anak kita. Takut main mancis. Bahaya ya. Api tok kecik-kecik jadi kawan. Bila besar jadi lawan. 


Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 15 September 2012

Fobia ngan PUSAK

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku sik tauk kenak aku harus naip cerita tok. Mungkin cerita tok sebagai satu permulaan ataupun satu mukadimah kepada cerita-cerita seterusnya di dalam label 'pet'

Aku ada molah sikit research berkaitan dengan fobia kepada pusak. Merujuk kepada laman medterms.com fobia kepada pusak digelar AILUROPHOBIA. Definisinya aku copy-paste jaklah. Mun sik faham, sila pakey aplikasi Google translate :)
AILUROPHOBIA: Ailurophobia is an abnormal and persistent fear of cats which produces an undue anxiety reaction even though sufferers realize their fear is irrational. Sufferers of Ailurophobia may fear not only the scratch or bite of a cat, but also the "evil mystique" of cats as depicted in Halloween folklore and such literary works as Edgar Allen Poe's "The Black Cat."
Aku adalah salah sorang dari penduduk di dalam dunia tok yang menalami Ailurophobia. Lamak dah aku dapat fobia tok, sejak aku umur 6 tahun gik. 

Kisahnya masa ya, telefon di rumah aku berdering. Lokasi telefon ya dekat ngan anak tanggak. Aku nang dah dekat ngan telefon ya, jadi pada masa yang sama, ada sikok pusak di tingkat atas. Mungkin nya terkejut dan takut, nya berekot turun dibah lalu digeramus nya aku yang berdiri rah telefon ya tek. Ya Rabbi.. sakit ada jak.. berdarah jak lagik.. Mengalir sampey ke lantai. Ne ndak aku alu takut ngan pusak. Sejak ya lah aku sik suka nangga pusak. Aku takut. Jangan sekali-kali ngecuk pusak ngan aku oi, salah ari bulan, kitak orang digeramus ku. Heheh.. Gaok o? 

Masa gik kecik-kecik dolok, aku selalu mimpi pusak ngaco aku. Sampei nangis dalam tido indah.. Takutttt.. Nang sik terkira takut ku ngan pusak. Pernah juak sekali ya, masa di kedei makan, aku tengah makan, tiba-tiba ada pusak melompat atas pahan aku. Ngeraong aku sia kotan tekejut tek. Ne ndak semua orang nangga aku. Aku peduli apa, nang aku sungguh-sungguh takut! Rasa nak nangis tapi malu di diat urang. Sabar ajak lah...

Arr... ada sorang gik lam family aku takut ngan pusak. Tunggalku nama Zila. Ya ibohnya ya... nya melompat juak mun pusak melompat rahnya.. Lawak eh.. Cam ya kali rupa urang nangga aku bila aku ketakutan ngan pusak oo? Sik boleh jadi tok..

Tapi sejak aku pindah balit Kuching, rasa takut ngan pusak ya dah kurang. Mungkin sebab di rumah sitok ada pusak. hari-hari berdepan ngan pusak. Abril pun suka ngan pusak,. Jadi, aku perlahan-lahan pun dah dapat ngawal esmosi bila berdepan ngan pusak. Susah juak mula-mula. Tapi dah lamak-lamak, jadi best! Pusak dapat jadi kawan :) Dan aku dah ada nginang sikok pusak. Pusak adikku yang dah jadi pusak angkatku. Kelak lah aku cerita pasal pusak ya. Mood lom sampey. Yang penting, aku sebenarnya nak madah yang aku dah sik takut ngan pusak agik. SIK TAKUT AGIK! FOBIA ku dah HILANG......


*Zila, aku dah OK... Kau? 


Thursday, 5 April 2012

Tiket Balit Kampong

Aku nak balit Kuching. Rindu dengan kampung halaman. Coba nasib ajak nangga harga tiket Malaysia Airlines...


Kusss semengat. Tekejut ku nangga. Bait sik sakit jantong. Mun sik alu ngembak umor. Nak nama kita bergaji kecik nang macam tok lah. Pakey jak Air Asia. Sama juak destinasinya. Yang penting, murah.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers