Showing posts with label informasi. Show all posts
Showing posts with label informasi. Show all posts

Saturday, 6 September 2014

TIPS: Menyelamatkan gigi yang tercabut akibat kemalangan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak kongsi tentang penjagaan gigi, Menurut Dr. Yuliana Ayob, gigi yang tercabut ketika kemalangan masih berpeluang untuk diselamatkan. Di bawah adalah status Facebook beliau pada 3 September 2014.

Malang tidak berbau.

Jika gigi tercabut ketika kemalangan, apakah tindakan segera anda supaya gigi tersebut dapat diselamatkan?

1. Ambil gigi

2. Letakkan dalam susu3. Jika tiada susu, simpan dalam mulut bersama air liur4. Jangan cuci atau basuh gigi5. Jangan biarkan terdedah tanpa direndam dalam susu atau mulut6. Segera berjumpa Doktor supaya gigi dapat diselamatkan

Kebiasaannya gigi hadapan akan tercabut ketika kemalangan. Masih ada peluang untuk diselamatkan.

InshaAllah.

Mudah-mudahan membantu :)

Wednesday, 18 December 2013

INFO: Kronologi Pembuangan Bayi di Malaysia

Kronologi pembuangan bayi di Malaysia dari 1994 -2013.


Sumber: Harian Metro
(http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoBanjir/200xNxinfo14.pagespeed.ic.r0DpcX0-ah.webp)

Wednesday, 4 December 2013

INFORMASI: Dadah Baru?

Sekadar berkongsian artikel daripada laman Agensi Antidadah Kebangsaan...


PENEMUAN DADAH YANG DIKESAN PIHAK BERKUASA FARMASI / PDRM DAN INTERNET 

BUPROPION 

Bahan ini telah dikenalpasti sebagai bahan yang disalahguna sebagai bahan kecantikan dalam bentuk sachet (dikategorikan sebagai dadah Psikotropik) dan prodak ini telah dirampas di Atika Beauty Perfect Body, Kuala Lumpur. 

BUPROPION digunakan sebagai bahan antidepressant dan bahan untuk individu yang hendak berhenti merokok (di US bahan ini adalah bahan kawalan dengan dos yang dibenarkan secara prescribe) - Dipasarkan menggunakan jenama Wellbutrin, Budeprion, Prexaton, Elontril dan Aplenzin. 

Pada tahun 2012 di Amerika Syarikat telah dikenalpasti bahan ini digunakan sebagai bahan kempen untuk mengurangkan berat badan dan kemampuan seks. (Undang-undang Amerika Syarikat/US - mendapati promosi ini satu kesalahan yang boleh dihukum denda $3 juta); 


IMPAK KESAN PENYALAHGUNAAN 

Kesan penggunaanya menyamai dengan Amphetamine. Menyamai juga cathinone. Dikhuatiri ianya boleh disalahgunakan dalam kapasiti yang besar jika ianya berorientasikan untuk keuntungan. 


BATH SALTS 

Dadah ini dikategorikan dadah sintetik. Dadah ini dinamakan Bath Salts (Garam Mandi) adalah sempena garam yang digunakan dalam mandian boleh bertindak meransang otak ke tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan dan meransang penagih menjadi zombie sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati. 

Dadah ini dihasilkan dengan kombinasi bahan kimia seperti amphetamine, terutama mephedrone, MDPV dan methylone. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan terus menular penggunaannya di Britaian, Amerika Syarikat dan Eropah. 
Sumber: Google


KROKODIL 

Dadah ini mula dikesan di Rusia sejak tahun 2002. Dadah mula menular di kawasan Siberia. Penggunaan dadah ini membawa kesan kemusnahan diri yang ekstrem ke atas minda, dan anggota tubuh badan. Dadah ini dalam kategori dadah sintetik ( Designer Drug). 

Nama saintifik bagi dadah ini ialah Desomorphine. Dadah ini campuran daripada codeine, thinner, gasoline, asid hidroklorik, iodin dan bahan-bahan lain. Dadah ini dalam bentuk cecair (liquid) dan penggunaan secara suntikan. 

Sumber: Google

Thursday, 8 August 2013

INFO: HARUS bergembira pada hari pertama Aidilfitri

Harus bergembira pada hari pertama Aidilfitri

Arau: Hukum menziarahi kubur pada hari pertama Aidilfitri boleh membawa kepada haram kerana ia boleh mengundang kesedihan serta mencemar sambutan kemenangan umat Islam yang seharusnya bergembira pada hari ini.

Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya berkata demikian mengulas khutbah solat Aidilfitri di semua masjid di negeri ini hari ini dengan menyifatkan perkara bida'ah berkenaan juga dilarang para ulama termasuk Rasulullah SAW sendiri.
Malah katanya, ada di sesetengah tempat di negara ini peniaga mengaut keuntungan dengan menjual kalungan bunga serta air mawar dan sebagainya di kawasan pintu masuk tanah perkuburan selepas berduyun manusia hadir menziarahi kubur pada hari raya pertama.

Menurutnya, ini perkara perlu dielak dan disedari semua pihak kerana ia boleh membawa kepada pelbagai lagi perkara haram.

"Banyak kita lihat kini terutama pada hari raya pertama Aidilfitri, orang ramai mula memenuhi tanah perkuburan sehingga lupa pada tuntutan utama pada hari raya iaitu bergembira, bermaaf-maafan dan menziarahi satu sama lain.

"Pada hari ini juga mereka (umat Islam) seharusnya meluangkan masa bersama keluarga sebaliknya bukan hanya menziarahi kubur yang boleh membawa kesedihan sehingga bertentangan dengan matlamat hari raya," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, pada hari raya umat Islam seharusnya menyambung amalan ibadat dan istiqamah dalam melakukanya pada sepanjang tahun selepas berakhirnya Ramadan.

"Kita seharusnya menggunakan sambutan Aidilfitri ini bagi bergembira dan meluangkan masa menziarahi kubur pada hari-hari lain selepas itu," katanya.

Sumber: Harian Metro

Tuesday, 30 July 2013

INFO: Zakat Emas


Salam Ramadhan..

Wah, bulan Ramadhan, tapi cerita tentang Zakat Emas pulak kan? Sepatutnya cerita tentang Zakat Fitrah, tapi rasanya, kalau taip kat Google, mesti meleret cerita Zakat Fitrah 1434H. 

Rasanya, ramai tak yang ada emas, tapi jarang pakai? Ramai tak yang pakai emas bila hari raya sahaja? Atau pakai emas bila nak kenduri sahaja? Atau bila ada majlis-majlis tertentu sahaja? Pada masa lain, emas tidak dipakai dan disimpan di dalam almari?

Kalau ada, berhati-hati! Korang mungkin kena bayar Zakat Emas. Zakat wajib dibayar! Bagi Zakat Emas, terdapat 2 keadaan yang dikenakan zakat. Pertama, emas yang tidak dipakai dan yang keduanya, emas yang dipakai.
Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun

Emas yang tidak dipakai wajib dibayar zakat ke atasnya.

Nisab adalah atas nilai emas 85 gram. Jika emas yang tidak dipakai tersebut menyamai atau melebihi 85 gram, maka wajib dikeluarkan zakat.

Zakat emas yang tidak dipakai adalah 2.5% atas nilai semasa emas tersebut.

Contoh pengiraan:

Puan Pija ada seutas rantai emas seberat 13.25 gram yang tidak dipakai walau sekalipun di dalam tempoh setahun.

*Nisab adalah atas nilai emas 85 gram
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Nilai semasa rantai emas Puan Pija ialah:
13.25 gram x RM135.00 = RM1,788.75

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang tidak dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM1,788.75 = RM44.72



Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai bermaksud emas yang digunakan atau dipakai sama ada sekali sekala atau berterusan di  dalam tempoh setahun.

Untuk emas yang dipakai, tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya 

Akan tetapi, sekiranya emas yang dipakai tersebut melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% ke atas lebihan dari uruf tersebut.
(uruf bermaksud nilai pemakaian setempat yang dibenarkan)

Nilai yang diambil kira ialah nilai emas sahaja dan tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh pengiraan:
Puan Pija memakai seutas rantai emas, seutas gelang dan sebentuk cincin emas yang keseluruhannya seberat 991 gram

*nilai uruf di Negeri Sarawak dinilai pada berat 775 gram 
(nilai uruf mungkin berlainan di negeri-negeri lain)
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
991 gram - 775 gram = 216 gram

Nilai lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
216 gram x RM135.00 = RM29,160.00

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM29,160.00 = RM729.00


Begitulah sedikit sebanyak info berkaitan  zakat emas. Sebanyak manapun emas yang dimiliki, sekiranya untuk tujuan simpanan dan cukup nisab dan haulnya, maka ia wajib dikenakan zakat. 

Selamat beramal!

*lagi 8 hari nak raya! 

Friday, 31 May 2013

INFO: Fakta tentang TIMUN

Ada yang sukakan timun? Di bawah ada sedikit fakta tentang timun.
  • Nama saintifiknya Cucumis sativus Linn.
  • Timun adalah sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sejak 3,000 tahun dulu.
  • Ia dimakan secara mentah dan segar, selain dijadikan bahan masakan. 
  • Timun mengandungi 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2 peratus, selain mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan C.
  • Biji timun berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecacingan.
  • Timun banyak dijual di kebanyakan pasar, selain tergolong dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. 
  • Ia sejenis pokok yang memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar dan boleh membiak daripada biji benih. 
  • Pokok berkenaan mempunyai batang bersegi empat, kuat dan berbulu, panjang boleh mencapai 2.5 meter. 
  • Sistem perakaran yang kembang meluas tetapi cetek. 
  • Daun pokok ini antara tujuh hingga 20 sentimeter (cm) panjang, berkeadaan kasar dan lebar. 
  • Bunganya besar dan berwarna kuning, petal berbentuk loceng, bergaris pusat 3 hingga 4 cm dan jenis monoecious. 
  • Buah timun bentuk bujur, buah muda berwarna hijau muda dan menjadi keperangan bila masak atau tua. 
  • Jenis timun yang ditanam adalah kultivar Simpang Pulai yang mengeluarkan hasil 20 hingga 25 tan per hektar. 
  • Tanaman berkenaan memerlukan suhu antara 18 hingga 35 darjah celsius dengan taburan hujan 300 mm per musim. 
  • Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir sesuai dengan keasidan tanah pH 4.8 hingga 6.5. 
  • Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30 cm. 
  • Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar (tanah gambut), 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar (tanah mineral). 
  • Penanaman di ladang menggunakan biji benih dengan keperluan biji benih 1.3 hingga 1.4 kilogram. 
  • Jarak tanaman adalah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara baris. 
  • Kepadatan tanaman membabitkan 21,333 pokok dan penjarangan seminggu selepas menanam, manakala pemasangan junjung atau penyokong adalah dua minggu selepas menanam. 
  • Jenis serangga perosak seperti kutu daun, kumbang daun, lalat buah, kulapuk Downy, kulapuk berdebu, lecuh anak benih dan Antraknos. 
  • Masa kutipan hasil lima hingga enam minggu selepas menyemai dan mengeluarkan hasil 20,000 hingga 25,000 kilogram per hektar.
  • Tempoh kutipan hasil selama dua bulan atau 60 hari dan cara memungut adalah buah dipetik dengan tangkainya.
Sumber: HM

Tuesday, 28 May 2013

INFO: Memperkenalkan Makanan Pejal Kepada Bayi

wajah budak lapar :)
Salam dan selamat petang.

Petang ini aku nak sharing tentang memperkenalkan makanan kepada baby. Anak korang dah mula makan? Kalau masih tak sure, jom baca dulu. Yang ditulis di bawah adalah berdasarkan hasil carian google dan pengalaman aku sendiri yang dah ada 4 orang anak di usia yang belum mencapai 30 tahun :)

Bila harus memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Adalah dinasihatkan untuk memperkenalkan bayi kepada makanan pejal apabila mencapai usia 6 bulan untuk meminimumkan reaksi / alahan terhadap makanan yang tidak dijangkakan.
(Ayra Ayushi dah makan seawal usia 5 bulan di atas nasihat doktor dan telah mempunyai tanda-tanda bersedia untuk makan)

Perlukah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
PERLU kerana dengan penyusuan susu ibu sahaja tidak memberikan bayi nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.

Adakah bayi korang bersedia untuk makan?
Jika bayi anda boleh mengangkat dan mengekalkan posisi kepala, duduk dengan selesa apabila dipegang, boleh melakukan pergerakan mengunyah dan amat berminat dengan makanan yang korang sedang makan, maka itulah tanda-tanda bahawa bayi korang dah bersedia nak makan.

Bagaimana memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi?
Senang, tapi sebenarnya rumit. Sebaik-baiknya, makanan pertama bayi adalah home-made. Bukan makanan segera seperti nestum yang dalam tin tu. Tambahan, makanan pejal pertama haruslah pejal-cair. Tak faham? Aku dulu pun tak faham. Tapi kalau korang bayangkan mushroom soup yang salu korang makan di Pizza hut tu, mesti korang faham kan. Ha, begitulah tekstur makanan pejal pertama bayi korang. Jangan terlalu pekat, nanti bayi berak keras. Kesian tau! 

Biasanya, untuk pertama kali makan, bayi hanya makan di dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin hanya dua atau tiga sudu kecil makanan. Jadi, sediakan makanannya di dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak berlaku pembaziran. Ada pendapat mengatakan makanan yang sama, diberikan kepada bayi selama empat hari berturut-turut untuk menguji alahan. Tapi melalui pengalaman aku, 2 hari sudah mencukupi kerana anak aku tergolong di dalam kategori yang cepat jemu. Lagipun, alahan terhadap makanan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga 2 jam selepas makan sesuatu makanan.

Reaksi suapan pertama pada bayi biasanya adalah memberikan riak wajah yang pelik. Bayi sedang belajar dan meningkatkan kemahiran barunya. Selera bayi mungkin berubah-ubah. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah kenyang dan tidak mahu makan seperti menoleh ke arah lain dan dia tidak mahu membuka mulut apabila disuapkan, atau apabila bayi mula bermain dengan makanan. Dilarang sama sekali terus memberikan makanan apabila bayi menunjukkan reaksi tidak mahu makan lagi kerana mungkin dia sememangnya sudah kenyang atau tidak suka kepada makanan tersebut. Bersedia untuk tukar makanan bayi korang :)

Berapa kali sehari bayi makan?
Diperingkat pengenalan, bayi makan sekali sehari, terpulang kepada ibu-bapanya untuk menentukan masa makan bayi. Bagi aku, anak aku makan sehari sekali selama seminggu. Selepas itu barulah 2 kali sehari. Apabila bayi sudah mula menyukai makanan, bolehlah ditambah satu lagi hidangan untuk melengkapkan 3 hidangan sehari.

Jadi, sekian sahaja perkongsian kali ini. Next time aku kongsikan jenis makanan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan :) Oh ya, pastikan korang berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor / kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi korang. Selamat mencuba!

comot!
excited nak makan :)


Tuesday, 30 April 2013

TIPS: Menentukan warna kulit - Panas, Sejuk atau Neutral

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini aku nak kongsikan tips untuk menentukan jenis tona kulit kita - sama ada warm type (panas), cool type (sejuk) atau natural (neutral)

Korang perasan tak, ada orang yang bila memakai perhiasan perak akan nampak jauh lebih berseri jika dibandingkan bila memakan perhiasan emas dan ada orang yang nampak berseri bila memakai emas berbanding memakai perhiasan perak? Ada orang yang memakai pakaian berwarna merah nampak berseri, ada juga orang bila memakai pakaian berwarna merah akan nampak 'tenggelam'. 

Contoh-contoh di atas sebenarnya berkaitan dengan warna kulit kita. Warna kulit terbahagi kepada 3 iaitu 'warm', 'cool' dan 'neutral'. Bagi seseorang yang sangat menitikberatkan penampilan diri, adalah amat penting untuk mengetahui bagaimana untuk menentukan warna kulit kerana pemilihan warna pakaian dan alat-alat solek yang 'diconteng' di wajah kita untuk menaikkan lagi seri wajah.

Di bawah adalah beberapa ujian yang ringkas bagi menentukan warna kulit korang. 

Ujian Vein:Di dalam cahaya semula jadi, cuba lihat bahagian dalam pergelangan tangan korang, jika urat kelihatan kehijauan ini menunjukkan korang mempunyai undertone kuning dan dengan itu korang mempunyai tona (warna) kulit yang panas. Urat yang kelihatan lebih kebiruan menunjukkan warna kulit sejuk. 
Ujian Pony tail:Kalau korang berambut panjang, cuba ikat rambut korang kebelakang. Bersihkan muka korang dan lap dengan kain bersih. Letakkan tuala putih atau kain di leher dan bahu, jika wajah kelihatan lebih kuning ini akan menunjukkan tona kulit panas, manakala mencerminkan biru bermakna tona kulit sejuk. 
Ujian Emas dan Perak:Pakai perhiasan emas atau perak. Yang mana membuatkan korang nampak lebih menonjol? Jika korang rasa korang lebih menonjol di dalam perhiasan emas, ini bermakna korang mempunyai tona kulit panas. Orang yang mempunya tona kulit sejuk biasanya kelihatan lebih menarik di dalam perhiasan perak Selain daripada perhiasan, fabrik berwarna emas dan perak juga boleh digunakan di dalam ujian ini. Letakkan carikan kain berwarna emas di bawah dagu. Adakan korang kelihatan lebih sihat dan berseri? Tukar pula dengan carikan kain berwarna perak. Adakan korang nampak warna kekuningan atau kebiruan? 
Genetik - warna semulajadi rambut dan anak mata:Secara lazimnya, orang yang mempunya mata yang berwarna biru, hijau atau kelabu dengan rambut perang, hitam atau coklat mempunyai tona kulit sejuk. Selain itu, tona kulit sejuk mempunyai bayangan warna merah jambu dan cerah. Orang yang mempunya mata yang berwarna coklat, hitam atau hazel dan mempunya rambut perang, hitam, coklat atau perang stawberi biasanya mempunya tona kulit panas dan mempunya bayangan warna keemasan atau peach aprikot. Walau bagaimanapun, ujian ini tidaklah tepat 100%.

Sekiranya selepas melakukan ujian-ujian di atas korang masih agi tadak dapat menentukan tona kulit korang. Kemungkinan besar tona kulit korang adalah natural. Orang yang mempunya warna kulit natural bebas memakai apa-apa sahaja warna pada pakaian dan solekan dan akan nampak hebat sama ada dengan warna panas atau sejuk

Monday, 4 February 2013

INFO: Tanda-tanda tangisan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Quick update. 

Sharing this picture...


have a nice day!

Wednesday, 16 January 2013

INFO: Ibu demam masih boleh menyusukan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru-baru ini aku demam dan perkara itu sememangnya sangat membimbangkan kerana aku menyusukan Ayushi. Tangan pun cepat-cepat membuat carian di Google.com dan hasilnya aku terjumpa sebuah artikel yang sangat  bagus untuk dikongsi bersama.

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Legakan bila dah tahu? Untuk bacaan seterusnya, bolehlah klik >>DI SINI<<

Saturday, 15 December 2012

INFO: Bayi Tidak Berak

Aku mengalami tekanan bila Ayra tak berak. Dan tangan pun ringan nak buat carian Google tentang bayi yang tidak berak. Artikel yang akan aku kongsikan ini sangat melegakan dan banyak memberikan informasi kepada ibu yang menyusukan bayi seperti aku :)

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius. 
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu. 
Apa yang perlu di ambil perhatian? 
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap 
Bila perlu merujuk pada doktor? 
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut 
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah.
Artikel ini boleh dijadikan panduan untuk semua ibu yang menyusukan anak. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kemusykilan berkenaan isu ini, korang bolehlah merujuk terus kepada doktor/pakar di klinik/hospital yang berhampiran.

Sumber: http://susu-terbaik.blogspot.com/2011/03/bayi-tak-berak.html
 

Saturday, 8 December 2012

INFO: Orang Pertama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selalu sangat share pasal info tentang bersalin. Hari ni nak tukar angin pulak. Aku nak kongsikan tentang orang pertama dalam beberapa perkara dunia dan akhirat kelak.. Jom layan!


Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : 
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

Orang yang pertama mengadakan baitul mal : 
Umar Al-Khattab RA

Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Sumber: Facebook.com

Saturday, 1 December 2012

INFO: Bersedia Untuk Seks Selepas Melahirkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Scheduled entry-

Korang mesti ngeri giler nak bersama suami selepas bersalin kan? Aku pun sama. Teutamanya jika korang ada luka episiotomi kat bawah tu. Dah lepas habis berpantang pun belum tentu lagi berani. Rasa takut, trauma tu masih ada.

Ada yang serba salah jika suami dah bertanya boleh ke belum nak bersama. Seharusnya sebagai isteri kita mesti berani untuk menyuarakan perasaan takut kita itu dengan cara yang paling berdiplomasi untuk mengelakkan salah faham. Kita ada hak untuk tidak mahu merasa sakit. Masing-masing sudah tentu ada cara yang tersendiri untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing. 

Perkongsian hari ini aku copy dari link di bawah.

http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/01/bersedia-untuk-seks-selepas-melahirkan.html

Sememangnya wanita yang baru melahirkan bayi tidak dibolehkan melakukan hubungan seks kerana keadaan wanita itu sendiri yang masih belum pulih sepenuhnya yakni hormon estrogen dalam tubuh belum kembali normal.
Ketika ini juga isteri akan melalui tempoh nifas. Ia juga disebut sebagai waktu pembersihan atau pemulihan sel-sel dan hormon-hormon dalam tubuh wanita yang akan berlaku antara enam hingga tujuh minggu selepas seseorang wanita bersalin.
Bagaimanapun selepas tempoh nifas berakhir dan tamat tempoh berpantang selama 44 hari hingga 100 hari, maka hubungan seks sudah boleh dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Pun begitu ramai isteri yang berasa nyeri malah takut untuk melakukannya.
Selain trauma kesakitan bersalin ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya vagina masih belum sepenuhnya pulih seperti sediakala akibat proses penyembuhan, adanya infeksi, keadaan mental pihak wanita yang belum sedia dan juga trauma.
Meskipun begitu, aktiviti seks memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan rumahtangga. Oleh kerana tidak boleh dielakkan maka urusan ranjang juga kerap kali menjadi masalah dalam rumah tangga.
Bagi isteri yang mengalami situasi ini anda tidak perlu khuatir kerana masih boleh melakukan langkah-langkah penyesuaian agar kehidupan sekssual bersama suami pulih dan rumahtangga berlangsung dengan harmoni.

Terus Terang Dengan Pasangan
Komunikasi adalah cara paling berkesan untuk membuat hubungan anda dan pasangan tetap harmoni. Oleh itu bicarakan kekusutan hati anda perihal hubungan intim dengan suami untuk mencari jalan penyelesaian. Terangkan tentang ketakutan atau trauma anda dan bincangkan cara mengatasinya. Cara ini lama kelamaan akan membuatkan diri lebih bersedia dan selesa untuk kembali melakukan seks.

Berfikiran Positif
Keluhan-keluhan seperti bentuk tubuh berubah, gemuk dan kerisauan tidak dapat memberikan lagi kepuasan kepada suami memang selalu diluahkan oleh wanita yang baru melahirkan. Ia memang lumrah kerana sebagai anda tentu ingin selalu memberikan yang terbaik di hadapan suami.
Sebenarnya jika perkara seperti itu terus dipasak dan tidak cuba dihindari maka lambat laun ia akan mengikis kepercayaan diri. Jadi, sebaiknya jangan fokuskan fikiran anda pada perubahan secara fizikal, tetapi sebaiknya cubalah untuk membangun kepercayaan diri dengan selalu berfikiran positif.

Pemanasan
Mulakanlah acara ranjang dengan pemanasan secukupnya. Sekiranya suami terus mahu masuk ke peringkat seterusnya sedangkan anda belum bersedia maka jelaskan pada suami. Biasanya suami tidak akan menolak sekali gus memastikan diri ada bersedia untk melakukan hubungan seks yang berkualiti.

Aku Masih Seksi
Tanamkan dalam diri bahawa anda masih seksi dan memiliki daya tarik yang sama seperti sebelum melahirkan cahaya mata. Laukan perkara ini sewaktu mandi, cubalah sentuh tubuh dengan perlahan-lahan dan bayangkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan rasa seksi supaya kepercayaan diri akan muncul semasa berhadapan dengan suami di ranjang.

Begitulah sedikit sebanyak info untuk panduan bersama. Semoga dapat memberikan sedikit pengetahuan dan manfaat kepada semua. :)


Saturday, 24 November 2012

INFO: Doa untuk anak yang NAKAL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Scheduled entry-

Korang ada berapa orang anak? Aku dah ada 3 orang anak dan sehingga entri ini ditaip, aku sedang sarat mengandungkan anak yang ke-4. Yang tiga tu, semuanya lelaki. Tahun 2013, yang sulung menginjak 7 tahun, yang ke-2 pula 6 tahun dan yang ke-3 tu 2 tahun.

Anak aku tegolong dalam kategori aktif. Lagi tepat, sikit lagi nak masuk kategori hyperactive atau dalam bahasa kasarnya, NAKAL. Ini bukan doa seorang ibu nak jadikan anak budak nakal. Tapi memang sesungguhnya itu suatu kebenaran. Setiap masa mereka celik, ada-ada saja komplen, arahan, dan sebagainya yang aku terima dari mereka. Ya ampunnnn.. mencabar kesabaran tau. Kalau mereka tidur, aku dan papa kebosanan pulak. Heheh..

Jadinya, tadi aku melayari Facebook dan aku terjumpa doa ini. Bagi pembaca yang beragama Islam, bolehlah cuba amalkan. In Shaa Allah berkesan. Sama-sama kita cuba yer..


Apa masalah sebenar? Manusia dilahirkan bukan mewarisi keimanan ibu dan bapa mereka. Ayah ustaz, anak belum tentu lagi bukan penyamun. Ibu GRO, anak belum tentu bukan alim ulama. Ini masalah sikap (attitude). Apa yang penting ialah usaha kita untuk mengubah mereka. 

Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Thursday, 22 November 2012

INFO: Posisi untuk memudahkan dan memendekkan proses kelahiran

Aku nak kongsikan satu gambar yang menarik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. 

Berdasarkan kajian badan amal bagi ibu bapa yang terbesar di United Kingdom, posisi yang digambarkan di bawah mungkin berkesan untuk membantu  dalam memendekkan dan memudahkan proses kelahiran, 

Tetapi aku tidak dapat memberikan jaminan keberkesanannya kerana belum pernah mencuba sendiri teknik dan posisi yang dinyatakan.

klik untuk tumbesaran

Kalau korang berminat, bolehlah cuba. :)

Sumber : Facebook

Tuesday, 13 November 2012

INFO: Layari Facebook Lebih 3 Jam Jejas Mental

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pa polah kitak orang tek? Dah makan lom? Aku baruk pas makan di Kedei Haji Salleh. Makan Mee Kolok. Makin dekat ari nak beranak, makin macam-macam rasa nak di makan. Bait jak kedei ya tek sik rami mun tengah hari. Mun pagi, mun rasa-rasa dah aher, jangan jak di hampir kedei ya. Menaun nunggu mee. Rasa nunggu bulan gugok jak, sik sampe-sampe. Terutama nya mun orang yang kurang sifat penyabar. Datang tengah hari jak kitak orang.

Balit dari sia tek ku mukak Berita Harian online. Sebab, Harian Metro online sik ada berita hari tok. Sidak wartawannnya gik gago cuti Deepavali tek nak, sik pian nak ngator artikel dolok. Gik nak nyamah maruku ngan kari lok ari tok. Esok baruk beroperasi agik.

Kali tok segmen Bahasa Sarawakku sik ada poret mode. Aku nak share informasi jak ari tok. 

Duuuuuuunakkkkk.... 

Takut ku maca tajok artikel di Berita harian online hari tok tek. Dah lah anak aku si Aramand ya salah sorang yang suka melayan FB dan games depan PC. Seharian pun nya tahan.

Lepas tok nang jangan sik, nang MESTI dijadual penggunaan bahan elektronik pintar di rumah kamek orang. Bahaya jangka panjang koh eh.. Bagus-bagus pentar, gago bekaran utak di Batu 7 gik kelak. Sik sanggup ku nak membayangkan. Ngeri!

Kitak orang sama juak. Mun rasa dah gian gilak nak ngadap FB ya, ingatkan benar-benar isik kandungan artikel di dibah tok. Baca sampei abis dik kakak oii.. Bukan calang-calang orang molah statement ya, PENGARAH HOSPITAL SENTOSA, oi.. Pakey pengetahiuan kita bersama juak...


Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.

Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.


Kemahiran murid
“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan. 
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam. 
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus. 
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental. 
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya. 
INFO: Risiko kemurungan
  • Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan. 
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.

Yahhh.. Menakutkan nak? Segal sik bersosial ngan urang tek jadi murung. Segal bersosial dalam alam maya ajak kita boleh jadi murung. Aku nak kompem ngan kitak orang perkara ya nang 100% benar, sik dapat juak. Sebab aku lom pernah mengalami. Tapi orang yang ada kepakaran dah molah kajian dan madah kedak ya, kita tek aok ajak lah. Mana nak bagus, di aok... mana nak sik bagus, jangan di aok juak.. binasa kelak.

 Heheh.. OK2.. Sebelum bos masuk, aku nak melelap mata sekejap. Kelak-kelak kita bercerita agik.

Saturday, 10 November 2012

INFO: Corak Pergerakan Bayi di dalam Kandungan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Scheduled entry-

Hari ini aku nak kongsikan tentang corak pergerakan bayi. Artikel ini aku copy dari website Pa & Ma untuk perkongsian bersama.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang. 
Trimester Pertama - Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
Trimester Kedua - Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot. 
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik. 
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi. 
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi. 
Trimester Ketiga - Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya. 
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda. 
Pergerakan Di Akhir Kehamilan - Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
Pergerakan Pertama - Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi). 
Carta Tendangan - Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Semoga dapat memberikan sedikit informasi kepada semua :)




Tuesday, 6 November 2012

INFO: Tips Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan / Cesarean

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini adalah sebuah entri yang agak panjang, namun berbaloi untuk dibaca :)

Semasa mengandungkan anak ke-3 pada tahun 2010, aku langsung tak menyangka bahawa aku akan melahirkannya secara pembedahan. Kata orang, kalau kita aktif semasa mengandung, maka, proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat. Itu kata orang sahaja. DIA yang menentukan bagaimana labour progress kita nanti sama ada dipermudahkan ataupun diberikan ujian kepada kita supaya sentiasa mengingatiNYA. Aku dulu langsung tak ada kesedaran nak ambik tahu pasal penjagaan selepas bersalin secara pembedahan. Yang aku masih ingat sampai sekarang, aku kerap cakap "aku tak nak ceaser" dan aku kerap melakukan senaman-senaman ringan seperti yang dicadangkan oleh doktor.. Tapi apa yang aku lalui tidak seperti yang aku harapkan.

Pendek kata. kita semua tak tahu lagi apa akan berlaku semasa proses bersalin nanti. Jadi, ada baiknya aku kongsikan cara penjagaan selepas bersalin secara pembedahan dengan korang. Jangan kelam kabut macam aku. Dah kena belah baru sibuk nak google segala. Tips ini bukan hasil penulisan aku, tapi aku copy dari blog bidan yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Selamat membaca!

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.

Sebelum Meninggalkan Hospital
Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
~ Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

~ Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

~ Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

~ Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

~ Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

~ Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

~ Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

~ Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

~ Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

~ Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Penjagaan Emosi
~ Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

~ Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

~ Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

~ Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

~ Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

~ Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.


Perkara Yang Perlu Dielakkan
~ Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

~ Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

~ Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

~ Kolam renang dan tab air panas.

~ Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

~ Kerap turun naik tangga.

~ Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.


Segera Berjumpa Doktor Jika:
~ Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

~ Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

~ Discaj vagina yang berbau busuk.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

~ Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

~ Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

~ Muncul ruam atau gatal-gatal.

~ Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

~ Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

~ Rasa bimbang, panik atau sedih.

Selepas aku melahirkan secara pembedahan, datang seorang doktor yang membuat pemeriksaan rutin ke atas aku dan anak aku. Satu nasihat yang diberikan kepada aku di dalam nada yang serius dan agak keras ialah JANGAN MAKAN UBAT-UBAT KAMPUNG. Maksudnya di situ jangan makan jamu. Jamu ni kan panas. Kepanasan boleh menyebabkan jahitan kat dalam terbuka. Kalau terbuka, alamatnya kenalah jahit semula. Aku rasa semua orang pun tak sanggup nak memikirkan kengerian bila 'dijahit semula' tu.

Ada juga kenalan yang mengatakan dia makan jamu / ubat-ubatan kampung yang panas selepas pembedahan tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Pada pandangan aku sebagai seorang kakitangan awam biasa yang bukan menjawat jawatan di dalam bidang kesihatan, itu terpulang kepada ketahanan tubuh masing-masing. Mungkin ada yang tahan dan ada yang tidak. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk memilih produk / ubat-ubatan selepas bersalin. Yang penting, sesuai dan selesa untuk diri sendiri dan anak yang menyusu badan.


Kredit: Sumber

Saturday, 27 October 2012

INFO: Tips Persiapan Menyambut Bayi Baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini aku nak kongsikan tips dan senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kehadiran cahaya mata, semestinya akan merasa teruja dengan persiapan dan kelengkapan barang-barang bayi. Aku yang dah masuk empat orang anak pun masih terasa keterujaannya, apalagi yang beru pertama kali kan? Okey jom..

1. PAKAIAN BAYI
Perkara paling utama sekali mestilah pakaian bayi. Zaman sekarang ni pakaian baby macam-macam jenama pun ada. Anakku, Disney, Fitty, Fiffy, Pureen dan banyak lagi yang terdapat di pasaran. Ada yang mahal, ada yang murah. Terpulang kepada bajet masing-masing. Pada pendapat aku, nak beli pakaian baby bukan berdasarkan jenama semata-mata. Lihat dulu jenis fabrik yang digunakan. Ada pakaian yang mahal dan berjenama, tetapi fabriknya dari jenis yang panas pun tak guna jugak. Apa yang penting adalah keselesaan baby kita. 
Yang keduanya JANGAN beli yang kecil. Kalau boleh beli yang saiz besar sedikit. Kerana bayi yang baru lagir, tumbesarannya sangat cepat. Aku dulu suka beli pakaian size newborn dan 0-3 month untuk anak-anak aku sebab kononnya nanti dah lepas pantang baru kuar beli yang besar sikit ikut umur dia. Tapi aku SALAH. Anak aku ketiga-tiganya jenis badan besar. Keluar dari perut semua lebih 3 kilo. Pakai pakaian yang newborn memang sekali  dua jer. Yang size 0-3 bulan 3-4 minggu je. Sangat membazir kalau beli banyak-banyak. 
Dan yang pentng, lepas 3 bulan jangan ingat kita senang-senang nak keluar shopping pakaian baby lagi sebab kita pun tak tahu ragam baby kita nanti macam mana. Kalau jenis baby yang OK, OKlah... Kalau jenis yang meragam bila bawak jalan, kirim salam lah nak shopping-shopping bagai ni. Untuk pakaian, aku cadangkan beli jenama Anakku. Fabrik serap peluh dan tidak panas. Harga pun berpatutan. Lagi bagus kalau korang join member. Boleh kumpul point kalau beli di Butik Anakku. Size baju yang 0-3 bulan aku beli 2-3 helai je, yang lain-lain semua size 6 bulan ke atas.
2. LAMPIN
Lampin ni ada 3 jenis. Jenis yang pertama lampin tradisional. Lampin tradisional  ni refer kat napkin yang segi empat tu. Tapi jarang sangat-sangat orang pakai sekarang. Kalau nak pakai pun, make sure ada nappy liners yang boleh didapati di pasaraya/butik barangan bayi. Nappy liners tu fungsinya adalah untuk memastikan permukaan kulit punggung baby sentiasa kering. Tapi kalau bahagian lampin tak dialas dengan nappy liner tadi, alamat basah dan melecetlah punggung baby.  
Yang kedua, lampin jenis moden. Kalau nak beli, ada jugak jual liners sekali. Taip je kat Google.com, melambak dalam internet. Liners tu sama jugak fungsi macam nappy liners tadi. Bezanya lampin napkin ngan lampin modern ni, yang napkin tu korang kene lipat sendiri sampai jadi macam lampin. Manakala lampin moden ni macam seluar. Tinggal nak pakai je.. 
Satu jenis lampin lagi adalah lampin pakai buang atau dalam bahasa lainnya pampers. Yang ini memang cukup terkenal kerana mudah digunakan. Lepas pakai je buang, tak perlu nak basuh, jemur dan lipat macam 2 jenis lampin di atas. Hehe.. 
Bagi orang yang pemalas macam aku, memang guna pampers je lah. Setakat ini pampers terbaik yang pernah aku guna ialam Mami Poko. Memang sangat kering dan tak pernah membuatkan punggung anak aku melecet. Tapi harga dia memang kecutlah. Mengempiskan beg duit. Dulu Huggies pun OK, tapi lately, aku rasa Huggies makin tak berkualiti. Makin nipis pulak. Satu lagi yang OK dan terbaru adalah Whoopee. Aku tak tau kat anak orang lain. Tapi setakat ni Abril pakai memang terbaik.
3. SET MANDIAN
Set mandian ni kene ada. Jangan pulak nak memandai bagi baby baru lahir pakai Lux ke ape ke.. Kulit diorang sangat sensitive. Kalau aku dulu kat Putrajaya, terdesak sangat tak dapat nak keluar pegi pasaraya beli mandian, aku beli yang baby johnson punya sabun buku kat kedai runcit mamak bawah blok tu je.. Aku tak tau korang tau tak kewujudan sabun tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu memang aku nampak sabun tu dulu dan lepas beberapa ketika, barulah ada gel mandian bagai tu. 
Untuk mandian baby, aku suka dari rangkaian produk Johnson's Baby terutamanya 'head to toe' wash yang kaler kuning tu. Yang tu tak payah sibuk nak bukak botol syampu, bukak botol baby bath bagai. Satu produk tu je untuk mandi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Senang dan jimat masa. 
4. SET PENJAGAAN
Yang ni mesti ada jugak lah. Minyak perut baby,  losyen, bedak, krim ruam dan sebagainya. Terpulang dengan citarasa masing-masing, biasanya benda-benda ni ada dijual di pasaraya. Kedai runcit pun banyak. Ada jugak yang beli set untuk berpantang selepas bersalin tu pun kadang-kadang ada jugak minyak-minyak untuk baby sekali.  
Kalau aku, memang sentiasa menjadi pilihan dari brand Anakku atau Johnson's Baby. Minyak pulak aku suka minyak kayu putih ( yang dicampur dengan baby oil dengan nisbah 1:1, jangan pakai direct, takut terlalu panas) atau yu yi cap limau. Kalo nak guna Vicks, make sure guna yang khas untuk baby (penutup kaler pink) Jangan guna yang vaporub penutup hijau tu pulak. Kang tak pasal-pasal sawan (dah terang-terang tertulis kat direction pada botol)

5. PENYUSUAN
Bab penyusuan ni tengok pada korang jugak. Kalo nak bagi susu ibu, senang lah kejenye. Tak payah nak bangun malam basuh botol, bancuh susu bagai. Selak baju je, tala kat mulut baby, habis cerita. Hehe..
Kalo nak bagi susu formula, nak ke tak nak ke kene jugak bangun malam bancuh susu. Susu ni nak pilih pun satu kerja. Bukan semua baby yang mudah serasi dengan susu formula. Ada yang kene try macam-macam brand dulu, baru jumpa yang sesuai. Dah bancuh pun, untuk sekali minum je. Kalau tak habis, jangan simpan, terus buang je. Kalau baby nak menyusu lagi selepas beberapa ketika, bancuh semula yang baru. 
Abril dulu bab ni memang payah. Aku bagi try Dugro dan Dutch Lady, sakit perut terberak je manjang. Sekali bagi Anmum ngan S26, elok pulak tu. Memilih betul. Nak yang mahal je. Kopak duit aku. Tapi takpe, semuanya mesti ikut kesesuaian baby kita jugak. Nak ikut sesuai duit aku, memang tak sihat la budak tu. Abril menyusu badan jugak. Sampai umur dia setahun 2 bulan 

6. INSURANS
Yang ni memang sangat-sangat penting. Kalau apa-apa berlaku ke atas diri dan baby kita, sekurang-kurangnya ada sikit perlindungan. Pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran. Google.com ada penyelesaiannya. 
Buat masa ni aku masih memilih insurans untuk baby yang bakal lahir. Aku dan papa tak nak jadi macam Abril dulu, asik sakit je.. Bila anak sakit, memang kene pakai banyak duit. Bukan untuk perubatan je, untuk makan minum, kos ulang alik hospital tu semua nak kena ambik kira.

Begitulah sedikit sebanyak persiapan asas untuk menyambut kelahiran bayi. Kalau korang nak tengok checklist untuk barang-barang baby, boleh klik kat >>SINI<<

http://mamaabril1.blogspot.com/2012/10/checklist-barangan-baby.html


Thursday, 25 October 2012

Boyak Muncul di Bandar Baru Semariang

Ada kitak orang baca paper Metro ari tok tek? Aku baca online, so sik tauk berita penuh.

SAMARIANG: Kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter yang ‘berselera’ membaham kucing menggemparkan ratusan penduduk di kawasan perumahan Bandar Baru Samariang, di sini, yang terserempak dengan reptilia itu di dalam longkang, kelmarin.
Buaya dari Sungai Samariang berhampiran kawasan perumahan itu dikatakan naik ke darat sebelum menyerang kucing peliharaan seorang penduduk yang tinggal berhampiran sungai.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, seorang penduduk, Iskandar Osman, 33 berkata, dia bersama beberapa rakan yang berada di tebing sungai melihat seekor buaya membaham kucing di tepi longkang.
“Selepas itu, buaya berkenaan masuk semula ke longkang dan merangkak ke arah kawasan perumahan sebelum dipercayai kembali ke sungai.
“Saya bimbang dengan kejadian ini kerana tidak mustahil pada masa akan datang ada penduduk kampung pula yang menjadi mangsa haiwan ganas ini,” katanya.

image from Google.com

Ngeri juak bila dipikir. Bila boyak nait atas darat, sapa-sapa jak boleh jadi mangsa. Jadi, beringatlah. Jangan nak ngelayo sik tentu pasal. Terutamanya waktu malam. Mata boyak ya awas agik dari mata manusia. Dah lah musim landas tok, sekejap ujan sekejap panas, kelaparan boyak ya sik tentu makan kali. Ney ndak nya nait ke darat nyarik makanan.

OK, ya ajaklah cerita di ambang Eidul Adha tok. Dikesempatan tok aku nak ngucap Selamat hari Raya Haji kepada semua pembaca yang terbaca entri tok sama ada secara sengaja atau sik sengaja. Jaga dirik di musim perayaan dan musim landas tok. Mun kitak orang pandey diserang oleh pureh Bujang Senang, mata nya inci kan kata orang ninggal Nek Ki ku marek.

Sekian, wassalam~

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers