Showing posts with label menyusu. Show all posts
Showing posts with label menyusu. Show all posts

Monday, 1 April 2013

Hasil tenusu yang...

makin kurang :(



but I keep on pumping... 
and hoping that I could produce more milk 
for my darling Ayra Ayushi..

Monday, 4 February 2013

INFO: Tanda-tanda tangisan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Quick update. 

Sharing this picture...


have a nice day!

Wednesday, 16 January 2013

INFO: Ibu demam masih boleh menyusukan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru-baru ini aku demam dan perkara itu sememangnya sangat membimbangkan kerana aku menyusukan Ayushi. Tangan pun cepat-cepat membuat carian di Google.com dan hasilnya aku terjumpa sebuah artikel yang sangat  bagus untuk dikongsi bersama.

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Legakan bila dah tahu? Untuk bacaan seterusnya, bolehlah klik >>DI SINI<<

Wednesday, 2 January 2013

Kisah stress, frust dan susu

Selamat pagi dunia... dan Assalamualaikum.

3 - 4 hari ni aku agak kecewa dengan produk eksklusif keluaran aku sendiri. Kenapa? Kenapa? Kenapa? 

Kenapa susu aku tak banyak? Gerammmmm... Ayushi pulak macam tak puas bila direct fed. Jadi inisiatifnya, perah susu dan bottle feed dia. Aku tak tahu lah kenapa, mungkin bila direct feed tu dia hisap air tak banyak ke? Mungkin bila bottle feed, air susu tu banyak masuk mulut dia agaknya. Mungkin.. Aku tak tahu.

Aku frust dan stress. Papa jadi mangsa. Kadang-kadang aku geram je nak bagi susu formula. Biar dia berhenti menangis, biar dia kenyang. Tapi... kesiannnnnn.. awal sangat nak bagi dia susu formula. Kesian.. Tak puas lagi dia minum susu ibu. Arghh.. masa ni lah mental kene kuat. Kalau aku mengalah, maknanya Ayushi kene minum susu formula. No! No! No!

Pagi tadi papa kejutkan aku jam 5.30 pagi. Lepas bersihkan diri dan minum sikit, aku terus perah susu. Ayushi bangun dalam pukul 6.15, aku terus bagi dia susu tu dengan harapan dia kenyang dan tak menangis.

ini hasil perahan pagi tadi - 3.5oz

fresh from mom's b**bs :)
full and sleepy girl
Berkesan! Kena rajin pam lepas ni. Dan rajin membaca jugak supaya susu jadi banyak semula, macam dulu-dulu...

Wednesday, 19 December 2012

Hasil Pertama

Hari ini pertama kali aku memerah susu. Breast bengkak dan sakit kerana Ayra dan aku tidur nyenyak sampai pagi. Hehe.. Lagipun, kalau Ayra menghisap pun, lemah gemalai je hisapannya. Tak macam abang-abangnya dulu. Perempuan memang begitu agaknya.

Makanya, setelah 10 minit mengepam, hasilnya 2oz sahaja. Oklah kot untuk pertama kali. Ada lagi kalau nak teruskan mengepam tapi aku rasa lapar pulak. Mungkin sebelum mengepam aku perlu makan dulu.


Hmm.. Kena buat study pasal mengepam dulu nampaknya..

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers