Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Sunday, 31 August 2014

Joyful Saturday

Yesterday.

The weather was very nice and Papa told me it would be a perfect day if we bring our kids to the beach.
I prepared everything in less than 30 minutes. A bottle of milk each for Abril and Ayushi, a bottle of drink for Abang, Aiman and their proud parent (kami lah tu...). I didn't bring any food because Papa said we will be there for less than 1 hour.

We reached the beach around 5.00 p.m. . My kids are so excited. Look at them, at their face..

Ya Allah.. how I love to see those expressions. They were soooo happy, excited, and of course they had a blast! 

Everything was normal yesterday except Ayushi. I was shocked when she ran to the water edge as is put her on the ground. I thought she's afraid of water because last time we went there, she refused to touch the water and hugged Papa tightly. Well I guess... she's big now.. That's why.. 


We left at 6.00 p.m. after a quick shower. Everybody was very tired and went to bed early last night. That is the most joyful 1 hour we had yesterday.

Thank you Allah.

Monday, 9 September 2013

Puteriku demam lagi

Bulan lepas setiap minggu tuan puteriku demam. Lepas tu muncul gigi pertama. Alhamdulillah sejak raya hari tu dia dah tak demam lagi.


Tapi semalam demamnya mula balik. Dan hari ini aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Dia merengek semalaman tak mahu didukung orang lain selain mamanya. Tak sampai hati nak tinggalkan dia di rumah pengasuh dalam keadaan begitu. Dengan papanya pun dia tak mahu apa lagi dengan orang lain.

Semalaman Ayra Ayushi tak lena tidur kerana terganggu oleh batuk dan kahak serta selsema. Jam 3.00 pagi aku terjaga kerana tersentuh kakinya yang terasa hangat. Aku bingkas bangun dan sediakan ubat demam yang masih bersisa. Ayra Ayushi dipaksa makan ubat. Seluruh badannya aku lap dengan air suam. Dah agak kebah, aku cuba lelapkan mata. Jam 5.00 pagi dia merengek lagi. Hinggalah hari mulai terang...

Awal pagi lagi aku dan papa ke Klinik Astana Puteri. Kahak yang terlampau banyak dicairkan dengan bantuan nebuliser. 

Lena di perut mama...
Harap cepat puteriku sembuh dari segala penyakit.

Tuesday, 6 August 2013

My princess, Ayra Ayushi...

Kasih, sayang, cinta, rindu, comel, gunung, intan, payung, comot, permata , berlian, jantung, hati, monyeng, emas, jiwa mama...

She is almost 8 months old.

Time flies so fast when we're having fun, right?

Thursday, 1 August 2013

Muka sama

Print screen dari telefon pintar. Bukti muka kami sama. Hihi...

Like mother like son.

Wednesday, 24 July 2013

Armand Firdaus berpuasa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sudah 15 hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Aku pula dah rongak puasa tahun ini. 

Armand Firdaus 2 hari pertama tak puasa. Hari pertama sampai jam 5.30 petang. Hari kedua jam 12.00 tengah hari dah buka puasa. Selepas itu, hingga ke hari ini dia masih bertahan walaupun aku kerap cakap kat dia kalau tak tahan, dia boleh buka puasa bila-bila masa.

Aku mula-mula agak berkeras juga dengan Armand Firdaus. Tapi bila difikirkan semula, kasihan pula sedangkan aku sendiri pun lemah juga pada hari pertama, kedua dan ketiga puasa, apa lagi kanak-kanak sebesar Armand Firdaus. Akhirnya, aku berlembut dengan syarat dia mesti jujur dan sama sekali dilarang menipu (curi makan) kerana perbuatan menipu besar dosanya (memang syarat ini kerap disuarakan ditelinga anak-anak aku). 

Hari ketiga, Armand mungkin sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak makan dan minum. Alhamdulillah, hingga hari ini dia masih bertahan. Siap dapat main kejar-kejar lagi dengan Muhammad Razif Aiman.

Kadang-kadang, terdengar juga si Armand Firdaus marahkan Muhammad Razif Aiman "Aiman, jangan makan depan Abang!"

"Kenak? Sik bolehkah?" ("Kenapa? Tak bolehkah?") kata Muhammad Razif Aiman sambil dengan sengaja menghirup air kotak Milo dihadapan abangnya.

Hampir bergaduh, namun papa cepat mencampuri urusan mereka untuk mengelakkan pergaduhan. Itu baru Muhammad Razif Aiman, kalau Abril Asyraaf yang menyakat, lagi parah. Banyak dugaan si abang berpuasa. 

2 minggu lagi Ramadhan 1434H bakal berakhir. Selamat berpuasa dan selamat beramal.

Tuesday, 9 July 2013

Keluarga kecil ini

Salam dan selamat petang.

Kembali bersiaran dilaman ini setelah beberapa ketika menyepi. Maka, eloklah aku ceritakan kisah terkini 3 pendekar dan seorang serikandi keluarga kami.

Armand dan Aiman dah semakin bijak di sekolah dan semakin nakal di rumah. Tempoh hari, aku dan papa bertandang ke sekolah mereka atas jemputan dari guru masing-masing untuk mengambil buku laporan prestasi.


Walaupun keputusan mereka tidak sehebat pelajar genius, aku tetap memberikan mereka pujian sebagai galakan dan sokongan kepada mereka untuk berusaha lebih gigih dimasa akan datang.

Abril Asyraaf, si kecik yang bijak. Bijak menyakat dan bijak jugak memujuk. Tahun depan dah nak masuk sekolah. Setiap kali lalu di hadapan sekolah abang, mesti menjerit cakap nak sekolah. Aku dan papa tak perlu risau dah sebab dia memang dah tunjuk minat nak sekolah.

Hari ini Ayra Ayushi genap 7 bulan. Sedang gigih belajar merangkak. Makan 3 kali sehari. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Tapi badan maintain slim. Susu botol dia minum tapi kurang, susu ibu juga pilihan hatinya.


Aku dan papa pula macam biasa. Macam dulu-dulu jugak. Merajuk perkara biasa. Kesian dia layan kerenah aku. Hihi... Kami sekarang gigih mencari masa untuk berdua-duaan. Selagi anak masih kecil, selagi itulah langkah terasa pendek.

Harap masa berlalu pantas. Biar anak cepat-cepat besar dan kami tua bersama ♥♡

:)

Thursday, 30 May 2013

Si kecil datang melawat

Hari tu si kecil ini datang melawat.

Adik aku berpantang di rumah emak mertuanya memandangkan keadaan emak yang tidak sihat. 2 - 3 kali jugak adik aku datang melawat emak yang kadang-kadang seperti 'tenat'. Kesian kat adik aku, Masih dalam tempoh berpantang terpaksa pula melanggar pantang. Harap lepas ni adik aku sihat.

Yelah, tak kan pula dia dengan senang hati nak biarkan emak aku sakit tak dijenguk kan? Hm..

Emak... entah lah. macam tu lah jugak. Kesian kat emak. Seriously, aku tak pernah merasa sangat tak terdaya seperti sekarang. Mudah-mudahan Allah membantu usaha kami.

Berbalik kepada cerita si kecik ni. Geram betul aku tengok. Rasa macam nak ada baby semula. Hihihi.. Tengok lah gelagat Abril Asyraaf dan Ayra Ayushi. Suka sungguh diorang..


Malu...

kami pun seronok...

bukan main lagi di Abril Asyraaf..
Rasa nak cepatkan masa. Biar Alisha Zara cepat besar. Ada kawan Ayra Ayushi bermain :)

Sedapnya tidur di tangan Wa...

Tuesday, 28 May 2013

INFO: Memperkenalkan Makanan Pejal Kepada Bayi

wajah budak lapar :)
Salam dan selamat petang.

Petang ini aku nak sharing tentang memperkenalkan makanan kepada baby. Anak korang dah mula makan? Kalau masih tak sure, jom baca dulu. Yang ditulis di bawah adalah berdasarkan hasil carian google dan pengalaman aku sendiri yang dah ada 4 orang anak di usia yang belum mencapai 30 tahun :)

Bila harus memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Adalah dinasihatkan untuk memperkenalkan bayi kepada makanan pejal apabila mencapai usia 6 bulan untuk meminimumkan reaksi / alahan terhadap makanan yang tidak dijangkakan.
(Ayra Ayushi dah makan seawal usia 5 bulan di atas nasihat doktor dan telah mempunyai tanda-tanda bersedia untuk makan)

Perlukah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
PERLU kerana dengan penyusuan susu ibu sahaja tidak memberikan bayi nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.

Adakah bayi korang bersedia untuk makan?
Jika bayi anda boleh mengangkat dan mengekalkan posisi kepala, duduk dengan selesa apabila dipegang, boleh melakukan pergerakan mengunyah dan amat berminat dengan makanan yang korang sedang makan, maka itulah tanda-tanda bahawa bayi korang dah bersedia nak makan.

Bagaimana memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi?
Senang, tapi sebenarnya rumit. Sebaik-baiknya, makanan pertama bayi adalah home-made. Bukan makanan segera seperti nestum yang dalam tin tu. Tambahan, makanan pejal pertama haruslah pejal-cair. Tak faham? Aku dulu pun tak faham. Tapi kalau korang bayangkan mushroom soup yang salu korang makan di Pizza hut tu, mesti korang faham kan. Ha, begitulah tekstur makanan pejal pertama bayi korang. Jangan terlalu pekat, nanti bayi berak keras. Kesian tau! 

Biasanya, untuk pertama kali makan, bayi hanya makan di dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin hanya dua atau tiga sudu kecil makanan. Jadi, sediakan makanannya di dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak berlaku pembaziran. Ada pendapat mengatakan makanan yang sama, diberikan kepada bayi selama empat hari berturut-turut untuk menguji alahan. Tapi melalui pengalaman aku, 2 hari sudah mencukupi kerana anak aku tergolong di dalam kategori yang cepat jemu. Lagipun, alahan terhadap makanan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga 2 jam selepas makan sesuatu makanan.

Reaksi suapan pertama pada bayi biasanya adalah memberikan riak wajah yang pelik. Bayi sedang belajar dan meningkatkan kemahiran barunya. Selera bayi mungkin berubah-ubah. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah kenyang dan tidak mahu makan seperti menoleh ke arah lain dan dia tidak mahu membuka mulut apabila disuapkan, atau apabila bayi mula bermain dengan makanan. Dilarang sama sekali terus memberikan makanan apabila bayi menunjukkan reaksi tidak mahu makan lagi kerana mungkin dia sememangnya sudah kenyang atau tidak suka kepada makanan tersebut. Bersedia untuk tukar makanan bayi korang :)

Berapa kali sehari bayi makan?
Diperingkat pengenalan, bayi makan sekali sehari, terpulang kepada ibu-bapanya untuk menentukan masa makan bayi. Bagi aku, anak aku makan sehari sekali selama seminggu. Selepas itu barulah 2 kali sehari. Apabila bayi sudah mula menyukai makanan, bolehlah ditambah satu lagi hidangan untuk melengkapkan 3 hidangan sehari.

Jadi, sekian sahaja perkongsian kali ini. Next time aku kongsikan jenis makanan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan :) Oh ya, pastikan korang berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor / kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi korang. Selamat mencuba!

comot!
excited nak makan :)


Tuesday, 14 May 2013

Menonton Ironman 3 - 3D

Pagi ini boss mesyuarat di luar pejabat. Maka dengan senang hati, tangan ini menari di atas muka papan kekunci untuk menceritakan kisah kami minggu lepas.

Selepas hari mengundi, aku mengambil keputusan untuk bercuti di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi itu, aku dan papa bersiap seawal mungkin untuk membawa si comel Ayra Ayushi ke klinik Doktor Sapiah. Berkhitan a.k.a. bersunat. Hehe.. 

Lepas balik tu hantar abang ke sekolah dan ambil Aiman balik dari sekolah. Balik rumah sekejap dan terus bersiap nak tengok wayang :) Kami bawa Aiman sahaja. Sekarang ni memang tak dapat nak bawa semua. Kalau bawa semua sekaligus pergi ke mana-mana, insha Allah akan balik ke rumah semula setelah 2 km perjalanan. Memang mereka sedang sangat aktif dan kuat menyakat. Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, maka kami bawa mereka ke mana-mana dengan sistem giliran. 

Okey, jadi... kami menonton Ironman 3. Best. Aiman pun suka. 





Cinta mati..

Seronok jugak bila dapat keluar bersama. Jarang tau dapat buat macam ni. Sekarang ni kena bijak bahagikan masa bersama anak-anak. Penat. Tapi berbaloi!



Thursday, 9 May 2013

Tentang menghargai

Mama Ina.

Mama ina pengasuh Aiman masa Aiman kecik dulu. Sampai sekarang aku tak dapat melupakan kebaikkan Mama Ina. Masa tu Aiman baru setahun 7 bulan. Memang Aiman dah tak ingat kot kat Mama Ina. Mama Ina jaga Aiman agak lama jugak. 

Masa nak pindah balik sini dulu, kami sekeluarga jumpa jugak Mama Ina untuk kali terakhir. Aiman pulak tiba-tiba nak bermalam di rumah Mama Ina sedangkan dah lama sangat tak jumpa masa tu. Masa aku ambik Aiman keesokkan harinya, kami semua menitis air mata. Sedih sangat...

Dan beberapa hari lepas, aku suruh dia tulis surat untuk Mama Ina. 60% kandungan surat idea aku. Dan selebihnya idea dia sendiri. Aku nak ajar dia tentang mengingati dan menghargai orang lain. Harap Mama Ina terkejut dan gembira dengan kedatangan surat itu nanti. 

Monday, 1 April 2013

Hasil tenusu yang...

makin kurang :(



but I keep on pumping... 
and hoping that I could produce more milk 
for my darling Ayra Ayushi..

Monday, 18 March 2013

Kenapa aku menghilang?

Macam blogger yang lain juga, kalau menghilang, sudah pasti alasan yang paling laku ialah sibuk ataupun tak ada kesempatan nak menulis. Masa memang selalu tak cukup, terutama bagi yang beranak kecik. Heheh.

Memang aku sibuk. Sibuk yang melampau. Pagi-pagi bangun siapkan anak-anak dengan bantuan papa. Lepas tu by 7.10 a.m., mesti dah naik kereta hantar Aiman ke sekolah, hantar Abril ke rumah pengasuh dan last sekali hantar Yuci kat rumah pengasuh. Balik rumah tukar kenderaan, Aku dan papa naik motorsikal ke tempat kerja sebab nak elakkan kesesakan lalu lintas. Tengah hari pukul 12.30 mesti dah ada di atas jalan raya, ambik Yuci, bagi breastfeed dan makan tengah hari. Pergi kerja semula dan petang cepat-cepat tunggu papa ambik dan terus gerak balik. Nasib baik naik moto, jadi bolehlah ucapkan selamat tinggal kepada jalan sesak. :)

Walaupun demikian, berat badan aku bertambah. Sekarang, rupa aku memang sebijik macam belon kene tiup. Hahah. Tak pernah dalam sejarah, badan aku seberat 69kg kecuali semasa mengandung. Dipendekkan cerita, berat badan tak turunlah ni. Dan yang paling tak bestnya, lemak sangat banyak berkumpul di bahagian PERUT. Huh! Sabo je laaa~

Ayra Ayushi masih lagi tak mahu menyusu botol. Tapi aku tetap jugak hantar ke rumah pengasuh, Lama-lama, mau jugak dia tu. Hmm.. Tapi si Yuci ni memang agak tinggi tahap kesabaran dia. Pengasuh dia cakap, ada harinya dia langsung tak mahu hisap puting botol dan sanggup tunggu aku balik. Wah.. Penyabar betul. Minggu pertama, menangis jugak dia, tapi mulai minggu lepas, dia dah tak menangis lagi. Apa-apa jelah Yuci, asalkan tetap happy seperti selalu :) Err... pipi dia makin bulat aku tengok. 

Masalah-masalah sampingan tetap ada. Anak-anak nakal dan tak terkawal, itu setiap hari pun berlaku. Lebih-lebih lagi si Abril yang sedang membesar. Macam-macam perkara dibuatnya. Hujung bulan ni Abril genap 2 tahun 3 bulan. Sekarang dia dah kenal ABC sampai Z, kenal nombor 123. Err 1 2 dan 3 je kot dia kenal. Hehe.. dah petah betul bercakap dan ada tune yang comel bila bercakap. Menyakat pun dah sangat pandai dan jugak, lasak macam abang-abangnya. 

Armand pulak, tiap-tiap hati hilang pensel dan pemadam di sekolah. Kadang-kadang hilang sharpener. Ruler pun dah tak nampak bayang. Adoii.. Towkey balak pun mau nak bankrupt tau! Buat kerja rumah, kadang-kadang rajin, kadang-kadang malas.Selalu kene marah ngan aku sebab ligat mengalahkan gasing kat rumah. 

Aiman pun lebih kurang abang dia. Tapi ada baik sikit walaupun berbisa bila dia marah. Heheh. Sekarang pelajaran Aiman memang dah banyak sangat kemajuan. Tak macam dulu. Tapi, dia lemah tengok laptop, PC ataupun phone. Asik nak main game sajerrrrr.. Kadang-kadang aku bagi main. Kadang-kadang aku tak bagi main. Kalau tak bagi main game, dia bantai tengok TV, channel cartoon. Dan.... mulalah dia bersilat kat depan TV.

Aku tak tau kalau ada insan di bumi ni yang tahan duduk senyap je tengok anak-anak macam bertih jagung yang baru dimasak. Lompat sana, lompat sini, lari sana, lari sini, menyakat dan sebagainya. Walaupun demikian, aku sayang akt anak-anak aku. Budak-budak kalau tak nakal, bukan budak-budaklah kan? Nanti kalau diorang duduk senyap je tak ada bunyi pun, risau jugak, Lagipun, bukan 24 jam tanpa henti diorang menggasing. Ada masanya senyap jugak. Terutamanya bila mama diorang baru lepas mengilai. 

Haa.. boleh bayangkan tak kenapa aku menghilang?

Wednesday, 27 February 2013

Ayushi...

Jauh benar rasanya keyboard dari jangkauan sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi sejak Ayushi tak mahu menyusu dengan botol. Setiap hari aku pujuk dia guna botol. Hurm. Agak mengecewakan kerana mulai Isnin depan, aku dah mula masuk pejabat.

Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa Ayushi tak mahu botol sedangkan mula-mula dahulu dia OK je. Makin dekat hari aku nak pergi kerja, makin manja pulak Menangis aku dibuatnya.

Mulai Isnin lepas aku dah mula hantar Ayushi ke rumah pengasuh. Pukul 10 pagi aku jenguk dia. Dia mengamuk tak mau botol. Hurm.. Hari ni ada kemajuan sikit. Dah hampir pukul 11 pun belum ada signal dari pengasuh dia. Harap-harap semuanya baik-baik saja. 

Ayushi, jangan buat mama susah hati.

Tuesday, 5 February 2013

pembakar semangat untuk kurus

motivasi diri...

aku nak kurus balik macam ni. ni masa abril umur 9 bulan.


sekarang aku sangat gemuk. baju semua tak muat. aku terpaksa hantar kain kat tailor, buat baju baru. hm...

Monday, 4 February 2013

INFO: Tanda-tanda tangisan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Quick update. 

Sharing this picture...


have a nice day!

Sunday, 3 February 2013

Update on Aiman

Dah sebulan Aiman bersekolah. Aiman berusia 6 tahun.  Aiman seorang slow learner namun rasanya belum sampai ke tahap dyslexia walaupun pernah dikhuatiri menghidap dyslexia. Tahun lepas dia bersekolah di Tabika KEMAS berdekatan rumah aku.

Memandangkan perkembangan pembelajaran Aiman sepanjang tahun lepas sangat tidak memuaskan, aku dan papa, dengan sokongan mak dan bapak aku, telah mengambil keputusan untuk pindahkan Aiman ke TASKI ABIM. Selepas sebulan, memang nampak perubahan Aiman. Dah pandai mengeja, dah kenal huruf, nombor, huruf jawi dan dah boleh baca buku iqra'. Cuma bila menulis tu, ada susah sikit. Otot tangan dia macam tak lembut lagi. Menggigil-gigil tangan dia bila menulis. Hmm..

Sebelum ini, semua tu Aiman tak boleh buat. Memang aku salahkan cikgu Tabika KEMAS tu. Macam-macam perkara yang aku tak puas hati. Tak kan Aiman pergi sekolah setiap hari, masih tak kenal ABC kot.. Agak-agak lah kan, tak kan bila tengok budak tak pandai, malas pulak dia nak layan. Sebab tak pandai la aku hantar anak aku sekolah. Kalo pandai, buat apa aku nak penatkan diri berabis duit, minyak kereta hantar pergi sekolah. 

Masa zaman aku dulu aku sekolah di Tabika KEMAS yang sama. Tapi zaman tu cikgu lain lah. Ada-ada je aktiviti sekolah yang di bawa balik ke rumah. Bila Aiman dan Armand masuk situ, tak pernah sekali diorang bawak kerja sekolah ke, surat ke, buku laporan ke.. memang haram, tak pernah aku nampak. Aku malas je nak pegi jumpa cikgu tu, apa-apa pesanan, aku suruh papa atau bapak je sampaikan kat cikgu. Bukan apa, kalau aku pergi, mau aku bertekak ngan cikgu. Aku ni payah sikit kalau dah mula bersuara. Tak pasal-pasal lak kang.. Malaslah nak ingat balik perkara-perkara bodoh yang cikgu tu buat. Kalo aku cerita, korang semua pun hangin jugak.

So far, Aiman dah semakin bagus di dalam pembelajaran. Alhamdulillah, syukur... memang betul keputusan yang kitorang buat. Hampir setiap hari Aiman bawak balik kerja sekolah. Kalau tak ada pun, papa akan ajar Aiman mengeja setiap malam. Aku tak mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada Aiman. Kalau boleh dia membaca, menulis dan mengira pun, cukup bagus buat aku. Tapi jika dia boleh menjadi yang cemerlang, itu bonus untuk aku dan papa :)

Saturday, 2 February 2013

Bapak on duty

Bila bapak melayan anak aku...

1. Bergurau



2. Penat



3. Mengantuk dan tidur



Err.. sapa yang tidur ni? Heheh..

:P

Monday, 28 January 2013

VIDEO: Abril lompat pocong

Si muka lebar ni, suka betul lompat pocong. Saksikan...


Wednesday, 16 January 2013

INFO: Ibu demam masih boleh menyusukan bayi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Baru-baru ini aku demam dan perkara itu sememangnya sangat membimbangkan kerana aku menyusukan Ayushi. Tangan pun cepat-cepat membuat carian di Google.com dan hasilnya aku terjumpa sebuah artikel yang sangat  bagus untuk dikongsi bersama.

Biasanya ibu mendapat demam apabila dia dijangkiti oleh sebarang patogen seperti virus, kuman, ataupun parasit. Namun, jangkitan yang paling biasa dihadapi adalah jangkitan virus dan menyebabkan ibu menghidapi demam selesema ataupun ‘flu’. Seringkali ibu yang menyusu tertanya – tanya samada bolehkah dia terus menyusu apabila dia demam? Adakah susunya turut dijangkiti oleh virus itu dan meresap ke dalam bayi melalui susu ibu itu? Jika dia mengambil sebarang ubat demam, adakah ubat itu akan masuk ke dalam susu ibu dan bolehkah dia meneruskan penyusuannya ketika ubat itu diambil? Dan yang paling penting, PERLUKAH IBU MEMBERHENTIKAN PENYUSUAN ITU? Persoalan demi persoalan ini menyebabkan ada sesetengah ibu yang memberhentikan terus penyusuannya kerana dia risau akan kesihatan bayi yang disusuinya. 

Sebenarnya, apabila ibu itu demam, secara automatik badannya akan mula menghasilkan antibodi – antibodi untuk melawan virus yang menjangkitinya. Paras antibodi di dalam badan ibu akan meningkat secara mendadak dan sebahagian daripada antibodi itu akan turut berkumpul di dalam susu ibu. Ini kerana saiz antibodi yang tersangat kecil membolehkan ia meresap ke dalam susu ibu. Seterusnya antibodi dari ibu itu akan turut diterima oleh bayi apabila dia menyusu. Dengan ini, bayi tersebut turut mendapat perlindungan dari virus yang menjangkiti ibunya melalui antibodi yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Tambahan pula, saiz virus yang besar tidak memungkinkan ia untuk meresap ke dalam susu ibu dan virus itu tidak dapat menjangkiti bayi jika bayi itu mengambil susu ibu. Dengan itu, kita lebih menggalakkan seseorang ibu yang mengalami demam untuk terus menyusukan bayinya.

Legakan bila dah tahu? Untuk bacaan seterusnya, bolehlah klik >>DI SINI<<

Monday, 14 January 2013

Demam

Lama tak mengemaskini blog. Aku demam, batuk dan selsema berjangkit daripada Aiman. Tambahan lagi cuaca di Kuching kerap hujan sejak kebelakangan ni.

Ayushi pulak dah tukar waktu tidur. Siang dia tidur sepanjang hari. Pukul 3 - 5 pagi, dia bangun main. Makin melarat rasa demam bila tak cukup rehat.

Bila dah sihat nanti aku update lagi...

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers