Aku pula dah rongak puasa tahun ini.
Armand Firdaus 2 hari pertama tak puasa. Hari pertama sampai jam 5.30 petang. Hari kedua jam 12.00 tengah hari dah buka puasa. Selepas itu, hingga ke hari ini dia masih bertahan walaupun aku kerap cakap kat dia kalau tak tahan, dia boleh buka puasa bila-bila masa.
Aku mula-mula agak berkeras juga dengan Armand Firdaus. Tapi bila difikirkan semula, kasihan pula sedangkan aku sendiri pun lemah juga pada hari pertama, kedua dan ketiga puasa, apa lagi kanak-kanak sebesar Armand Firdaus. Akhirnya, aku berlembut dengan syarat dia mesti jujur dan sama sekali dilarang menipu (curi makan) kerana perbuatan menipu besar dosanya (memang syarat ini kerap disuarakan ditelinga anak-anak aku).
Hari ketiga, Armand mungkin sudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tidak makan dan minum. Alhamdulillah, hingga hari ini dia masih bertahan. Siap dapat main kejar-kejar lagi dengan Muhammad Razif Aiman.
Kadang-kadang, terdengar juga si Armand Firdaus marahkan Muhammad Razif Aiman "Aiman, jangan makan depan Abang!"
"Kenak? Sik bolehkah?" ("Kenapa? Tak bolehkah?") kata Muhammad Razif Aiman sambil dengan sengaja menghirup air kotak Milo dihadapan abangnya.
Hampir bergaduh, namun papa cepat mencampuri urusan mereka untuk mengelakkan pergaduhan. Itu baru Muhammad Razif Aiman, kalau Abril Asyraaf yang menyakat, lagi parah. Banyak dugaan si abang berpuasa.
2 minggu lagi Ramadhan 1434H bakal berakhir. Selamat berpuasa dan selamat beramal.











Semoga Armand dapat berpuasa hingga ke akhir Ramadhan..InsyaALLAH..
ReplyDelete