Tuesday, 30 July 2013

INFO: Zakat Emas


Salam Ramadhan..

Wah, bulan Ramadhan, tapi cerita tentang Zakat Emas pulak kan? Sepatutnya cerita tentang Zakat Fitrah, tapi rasanya, kalau taip kat Google, mesti meleret cerita Zakat Fitrah 1434H. 

Rasanya, ramai tak yang ada emas, tapi jarang pakai? Ramai tak yang pakai emas bila hari raya sahaja? Atau pakai emas bila nak kenduri sahaja? Atau bila ada majlis-majlis tertentu sahaja? Pada masa lain, emas tidak dipakai dan disimpan di dalam almari?

Kalau ada, berhati-hati! Korang mungkin kena bayar Zakat Emas. Zakat wajib dibayar! Bagi Zakat Emas, terdapat 2 keadaan yang dikenakan zakat. Pertama, emas yang tidak dipakai dan yang keduanya, emas yang dipakai.
Emas Yang Tidak Dipakai

Emas yang tidak dipakai bermaksud emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun

Emas yang tidak dipakai wajib dibayar zakat ke atasnya.

Nisab adalah atas nilai emas 85 gram. Jika emas yang tidak dipakai tersebut menyamai atau melebihi 85 gram, maka wajib dikeluarkan zakat.

Zakat emas yang tidak dipakai adalah 2.5% atas nilai semasa emas tersebut.

Contoh pengiraan:

Puan Pija ada seutas rantai emas seberat 13.25 gram yang tidak dipakai walau sekalipun di dalam tempoh setahun.

*Nisab adalah atas nilai emas 85 gram
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Nilai semasa rantai emas Puan Pija ialah:
13.25 gram x RM135.00 = RM1,788.75

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang tidak dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM1,788.75 = RM44.72



Emas Yang Dipakai

Emas yang dipakai bermaksud emas yang digunakan atau dipakai sama ada sekali sekala atau berterusan di  dalam tempoh setahun.

Untuk emas yang dipakai, tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya 

Akan tetapi, sekiranya emas yang dipakai tersebut melebihi uruf, maka ianya wajib dikeluarkan zakat dengan kadar 2.5% ke atas lebihan dari uruf tersebut.
(uruf bermaksud nilai pemakaian setempat yang dibenarkan)

Nilai yang diambil kira ialah nilai emas sahaja dan tidak termasuk batu-batu permata.

Contoh pengiraan:
Puan Pija memakai seutas rantai emas, seutas gelang dan sebentuk cincin emas yang keseluruhannya seberat 991 gram

*nilai uruf di Negeri Sarawak dinilai pada berat 775 gram 
(nilai uruf mungkin berlainan di negeri-negeri lain)
*katakan harga emas semasa ialah RM135.00 satu gram

Lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
991 gram - 775 gram = 216 gram

Nilai lebihan uruf emas Puan Pija ialah:
216 gram x RM135.00 = RM29,160.00

Zakat yang wajib dikeluarkan ke atas emas yang dipakai oleh Puan Pija ialah:
2.5% x RM29,160.00 = RM729.00


Begitulah sedikit sebanyak info berkaitan  zakat emas. Sebanyak manapun emas yang dimiliki, sekiranya untuk tujuan simpanan dan cukup nisab dan haulnya, maka ia wajib dikenakan zakat. 

Selamat beramal!

*lagi 8 hari nak raya! 

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers