Monday, 30 April 2012

Baby

It is too early, I know. But it doesnt matter as long as people i love always support me. Rezeki yang Allah bagi, wajib disyukuri. Lagipun...bukan semua orang murah rezeki anak. I am among the lucky. Thank you Allah.


p/s: i think i should change my blog title :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 27 April 2012

Buat apa tu, Adik?


Suatu hari di Hospital Putrajaya...


 Papa ajak main game...


 Abril dah bosan, tangan mula mencari keseronokan - cucuk mata papa- Heheheh..


Muka seronok :)

Thursday, 26 April 2012

Orang berbudi, kita berbahasa

Abril...

Sepanjang berada di Hospital Putrajaya..

























Jutaan terima kasih kepada semua doktor pakar, doktor-doktor, staff nurse, pihak dietary dan petugas kebersihan yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sepanjang Abril Asyraaf berada di Ward 2C, Hospital Putrajaya dari 16 hingga 21 April 2012. 

Sunday, 22 April 2012

Kesibukkanku dan Abril Asyraaf...

Di dalam kesibukan aku membuat persiapan untuk berpindah, persiapan untuk menghadapi ujian akhir untuk semester ini, lapor diri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya di JAKIM Putrajaya, Abril pula jatuh sakit. Isnin lepas Abril dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana jangkitan di paru-paru. Hebat betul dugaan aku akhir-akhir ini. Tekanan demi tekanan menyebabkan kesabaran aku terbatas. Stress!

Sepanjang berada di sana, aku teringat kembali setiap detik-detik cemas kami semasa Abril ditahan tahun lepas kerana Meningitis. Seriau! Minta jauh anak-anak aku daripada penyakit itu. Untuk itu, kali ini juga aku berasa takut, takut sesuatu diluar jangkaan. Keputusan x-ray menunjukkan kehadiran bendasing di paru-paru. Kata doktor, treatment untuk jangkitan di paru-paru at least 48 jam antibiotik. Untuk kesihatan Abril, apa-apa pun boleh...

6 hari 5 malam aku dan papa bergilir-gilir menjaga Abril. 3 hari pertama Abril seakan terlantar, dan kurang aktif. Hari keempat dia menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Penat usah dikira. Kami abaikan sahaja. Tetapi setelah Abril keluar dari ward, badan kami secara automatik terasa penat yang teramat! Abril discaj pada hari sabtu, jam 2 petang.

Doktor-doktor, jururawat, doktor pakar kebanyakkannya mengenali kami kerana sejarah 1 bulan Abril tahun lepas. Sejarah itu yang aku tak mungkin akan lupakan dan menjadi pengajan buat aku dan papa dalam membesarkan anak kami di masa yang akan datang.

Aku berterima kasih kepada keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan  yang mendoakan yang terbaik buat insan kecil yang bernama Abril Asyraaf bin Mohamad Hazrul Helmi. Selain daripada semangat serta kekuatan tubuh kecil itu sendiri, usaha para petugas kesihatan dan berkat doa semua, dia bangkit semula. Kembali meneruskan kehidupan yang maha mencabar ini. Semoga perjalanannya terus lancar selepas ini. InsyaAllah...

Thursday, 12 April 2012

Silap Eja #1


Buruk kontrak?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 11 April 2012

Fan Page Zed Zaidi Digodam

Fan Page Zed Zaidi digodam oleh Aaronators Crew. 


Ramai yang tak berpuas hati dengan kenyataan Zed Zaidi. Aku secara peribadi pun sangat tidak bersetuju dengan tindakan Zed Zaidi yang memalukan dirinya sendiri itu. Peminat pun dah jadi tak minat. Kalau dia berfikiran terbuka, mungkin dia tak bagi kenyataan kontroversi begitu.

Nampak sangat tak redha dengan Qada dan Qadar Allah..

Tuesday, 10 April 2012

Place Like No Other

Aku di Kuching, negeri kelahiranku. Bukan sekadar menjenguk mak dan bapak. Tetapi menghantar anak-anak  dan barang-barang milikku yang seberat 110kg itu. Dalam masa yang terdekat ini, aku akan meninggalkan bumi Malaya setelah 5 tahun berkhidmat di sana.

5 tahun kata orang tidak lama. Bagi aku, tempoh 5 tahun itu sangat panjang dan bermakna sekali dalam kehidupan aku. 5 tahun di tempat orang, berdiri di atas kaki sendiri atau dalam bahasa ringkasnya BERDIKARI. Menggungung pengalaman yang aku perolehi. Pahit, manis, suka, duka, bahagia, derita, caci maki, fitnah, dan kebencian orang pada aku sebagai 'janda' dan anak Sarawak.. semuanya asam garam penyedap kehidupan selama aku di sana. 

Arah putaran hidup aku berubah di sana. Periuk nasi aku bermula di sana. Penghujung dan pengakhiran hubungan aku dahulu juga di sana. Permulaan kehidupan yang bahagia ini juga di sana. Bahkan kisah bodoh sepanjang zaman pun di sana kejadiannya. Huh~ Kalau dibukukan, boleh jadi kaya. Royalti melimpah di dalam poket. Apa tidaknya, perjalanan kehidupan bagaikan cerita dongeng. Gila! Yang mengetahui selok belok simpang siur hidupku sahaja yang percaya.

Esok aku akan kembali ke sana. banyak lagi perkara harus diselesaikan sebelum meninggalkan bumi Malaya dan kembali ke Bumi Kenyalang yang tercinta ini. Aku mahu bina kehidupan yang aman di bumi sendiri. Kuching, Sarawak - Place like no other...

kampungku banjir...

Thursday, 5 April 2012

Tiket Balit Kampong

Aku nak balit Kuching. Rindu dengan kampung halaman. Coba nasib ajak nangga harga tiket Malaysia Airlines...


Kusss semengat. Tekejut ku nangga. Bait sik sakit jantong. Mun sik alu ngembak umor. Nak nama kita bergaji kecik nang macam tok lah. Pakey jak Air Asia. Sama juak destinasinya. Yang penting, murah.

Wednesday, 4 April 2012

Baru punya~

Salam.

Blog baru lagi. Asik-asik blog baru je kan? Jangan kata korang, aku sendiri pun naik bosan bila terpaksa menekan butang 'create new blog'. Kali ini alasan terbaik yang aku nak sajikan di sini adalah blog kedua aku dah tak mampu nak menampung saiz gambar-gambar yang aku simpan di situ setelah aku mengimport entri dari blog pertama dahulu. Malas nak mengkaji cara-cara upload gambar melalui picasa web album, jalan mudahnya ialah mencipta blog baru. Maka, inilah dia. Penciptaan blog kali ke tiga dari aku. Dan seperti blog-blog lama juga, mungkin ianya akan terbiar usang dan sepi untuk tempoh yang lama. Banyak sangat urusan dunia yang harus diselesaikan.

Walau apapun, aku sangalu-alukan kedatangan pembaca yang dihormati sekalian ke blog ini. seperti biasa akan banyak tulisan-tulisan panas, geram seronok suka dan duka yang akan aku tuliskan. Inilah tempat terbaik untuk mencurahkan isi hati aku yang kadang-kadang aku tak reti nak luahkan kat orang. Tulis kat sini, korang baca, aku lega...

Welcome...

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers