Di dalam kesibukan aku membuat persiapan untuk berpindah, persiapan untuk menghadapi ujian akhir untuk semester ini, lapor diri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya di JAKIM Putrajaya, Abril pula jatuh sakit. Isnin lepas Abril dimasukkan ke Hospital Putrajaya kerana jangkitan di paru-paru. Hebat betul dugaan aku akhir-akhir ini. Tekanan demi tekanan menyebabkan kesabaran aku terbatas. Stress!
Sepanjang berada di sana, aku teringat kembali setiap detik-detik cemas kami semasa Abril ditahan tahun lepas kerana Meningitis. Seriau! Minta jauh anak-anak aku daripada penyakit itu. Untuk itu, kali ini juga aku berasa takut, takut sesuatu diluar jangkaan. Keputusan x-ray menunjukkan kehadiran bendasing di paru-paru. Kata doktor, treatment untuk jangkitan di paru-paru at least 48 jam antibiotik. Untuk kesihatan Abril, apa-apa pun boleh...
6 hari 5 malam aku dan papa bergilir-gilir menjaga Abril. 3 hari pertama Abril seakan terlantar, dan kurang aktif. Hari keempat dia menunjukkan perkembangan yang sangat positif. Penat usah dikira. Kami abaikan sahaja. Tetapi setelah Abril keluar dari ward, badan kami secara automatik terasa penat yang teramat! Abril discaj pada hari sabtu, jam 2 petang.
Doktor-doktor, jururawat, doktor pakar kebanyakkannya mengenali kami kerana sejarah 1 bulan Abril tahun lepas. Sejarah itu yang aku tak mungkin akan lupakan dan menjadi pengajan buat aku dan papa dalam membesarkan anak kami di masa yang akan datang.
Aku berterima kasih kepada keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan yang mendoakan yang terbaik buat insan kecil yang bernama Abril Asyraaf bin Mohamad Hazrul Helmi. Selain daripada semangat serta kekuatan tubuh kecil itu sendiri, usaha para petugas kesihatan dan berkat doa semua, dia bangkit semula. Kembali meneruskan kehidupan yang maha mencabar ini. Semoga perjalanannya terus lancar selepas ini. InsyaAllah...










No comments:
Post a Comment