Wednesday, 29 August 2012

Mood raya Gangnam dan mereka yang telah tiada

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Masih dalam mood raya? Aku masih lagi dalam mood raya walaupun di Kuching biasanya kunjung mengunjung hanya dipraktikkan pada hari raya pertama hingga ketujuh sahaja. Selepas tempoh itu, jarang sekali ada yang datang berkunjung. Semasa di Putrajaya dulu, sepanjang Syawal, tiap-tiap malam kami ke rumah kawan-kawan. Lain dari yang lain. Tapi, aku ikut juga bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang kucing, mengiau... Hehe..

Dalam seminggu ini, ada fenomena yang berlaku di Malaysia. Video Gangnam Raya. Dah jadi trending di laman sosial di negara ini. Baru hari ini aku berpeluang melihat sendiri apa yang rakyat Malaysia kecohkan hingga masuk paper tempatan. Hebat! 

Tengok kat sini:

Memang keluarga happening, sporting dan hebat :) Jarang kita jumpa keluarga macam ni. Tapi kan.. dalam sesebuah keluarga tu, kena ada orang tua, kalau orang tua dah tak ada, akan terasa kekurangannya terutama sekali pada musim perayaan. Dalam kita bergembira, semestinya kita teringat kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Begitu juga keluarga kami setelah kehilangan datuk dan nenek. Serinya masih ada, cuma tak seindah dulu. Apa yang tinggal hanyalah kenangan dan sedikit amanah. Semoga mereka tenang dan aman di sana... 

Raya terakhir beliau..

Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa masa mereka sudah sampai dan telah jauh meninggalkan kami di muka bumi ini. Masa kami pula entah bila. Hanya berserah kepada Allah. Di dalam kehidupan seharian, walaupun aku ini bukan di dalam golongan orang-orang warak dan ahli masjid, sekurang-kurangnya, aku masih ingat kepada mati, yang secara automatik akan menjurus kepada amalan dan perbuatan baik di dalam kehidupan seharian. Semoga kita semua bukan di dalam golongan yang lalai. InsyaAllah..

Al-Fatihah buat yang telah tiada...

Monday, 27 August 2012

Terganggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walaupun kehidupan semakin bertambah baik dan agak teratur berbanding sebelumnya, kadang-kadang terasa juga seperti ada sesuatu yang mengganggu. 

Hati yang tidak tenang, sering terasa tertanggu oleh orang-orang yang tidak diingini kehadirannya. Bagaimana ya caranya? Jangan minta aku berdoa supaya orang yang kumaksudkan tidak muncul, berikan aku jalan penyelesaian yang berkesan.

Hati berbunga layu, jiwa menyanyi lagu sepi. Itu bukan aku.

Aku ingin seperti dahulu.



Kami dan Raya

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Gambar raya kami tahun ini..




Kononnya nak ke studio kerana sepupu aku, merangkap photographer family saban tahun, kameranya rosak dan masih bermalam di kedai. Memandangkan anak-anak tak dapat memberikan kerjasama semasa sesi bergambar di rumah, aku terus hilang keyakinan nak masuk studio.


Tahun ini merupakan tahun bersejarah kerana aku lebih banyak duduk di rumah dan tak ziarah kawan-kawan. Memang sangat tak larat dan tak sanggup kerana pendekarku tidak mahu memberikan kerjasama yang baik. Kami hanya beraya ke rumah saudara mara yang terdekat sahaja dan semestinya aku dan papa mengikut masa dan mood mereka. Kalau nak ikut mood kami, memang tak jadi beraya agaknya. Kena tunggu mood mereka semua OK dan masing-masing cukup tidur dan rehat (kecuali abang yang senang nak handle).

Rasanya, raya tahun ini kurang meriah berbanding sebelumnya. Jalan raya pun tak sibuk macam selalu. Biasanya kalau musim raya, jalan raya di kawasan aku akan sesak. Nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang dekat pun mengambil masa yang lama. Bayangkanlah... Mungkin ramai yang balik ke kampung masing-masing agaknya. Hmm... 

OKlah, nanti aku sambung lagi. Nak keluar makan kejap. Kat pejabat ni kosong lagi. Ramai yang masih beraya lagi kot. Aku pun ke pejabat pakai baju raya. Heheh.. Mood raya lagi k. Kalau boleh, nak sambung cuti lagi :) Tapi cuti dah nyawa-nyawa ikan. Simpan untuk waktu terdesak nanti.


Saturday, 18 August 2012

Salam Eidul Fitri Mubarak

Salam. Hari tu aku rancang nak update persiapan raya kami tapi memandangkan talian internet umpama siput sedut, maka harus dilupakan saja rancangan itu. 

Ramadhan dah melabuhkan tirainya, Syawal dah menjelma, persiapan dah lengkap dan serba sederhana. Kek dan biskut beli je tahun ni. Memang tak sempat nak buat sendiri.. Al-maklumlah perut dah membesar san anak-anak yang boleh tahan handalnya. Tak terkejar semua tu. 

Jadi, di kesempatan yang ada ini, aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku, tak kiralah baru baca ke dah lama baca, mahupun yang sekadar lalu lalang sahaja. Manalah tahu ada diantara tulisan aku dengan tidak sengaja menyakitkan hati atau menyinggung perasaan korang. Aku manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Harap dimaafkanlah ye.

Tu je yang sempat aku tulis kali ni. Nak bantu mak buat apa yg patut. Kang beleter pulak ibuku itu.. Hihi.. 

Selamat Hari Raya semua!

Friday, 17 August 2012

Surah Al-Fatihah dipermainkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tadi saja-saja masuk website Informasi.my dan terjumpa satu artikel yang tak menarik iaitu surah Al-Fatihah dipermainkan di dalam nyanyian di negara barat.


Aku tak faham sebutir apa pun yang mereka nyanyikan melainkan kedengaran beberapa potong ayat daripada surah Al-Fatihah, Hmm... Kalau tidak suka agama orang lain sekalipun, tunjukkan rasa hormat sudah memadai. Jangan mempermainkan perkara-perkara yang sensitif. Itu seolah-olah mempersendakan agama Islam.

Jom baca surah Al-Kafirun, aku letak terjemahannya sekali :)
Sumber: Quran Explorer


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)

Tuesday, 14 August 2012

Iftar :)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


6 hari mak dan bapak tak ada di rumah, rasanya dapur di rumah tak pernah berasap pun. Balik kerja dah penat, mana nak masak pulak. Papa yang banyak bantu ringankan beban. Bantu uruskan anak-anak. Alhamdulillah dapat suami yang sangat memahami dan penyabar dan ringan tulang jugak. 

Semalam kami sekeluarga berbuka di luar. Agak payah mencari tempat makan yang menepati selera kerana sudah lebih 5 tahun Bumi Kenyalang ini aku tinggalkan. 5 tahun mengubah bandaraya Kuching menjadi LAIN berbanding dengan yang Kuching aku tinggalkan dahulu. Yalah, balik pun sekali sekala dan sekejap sekadar menjenguk keluarga, manakan sempat nak meneliti semua perubahan. Jalan pun aku dah banyak lupa.


Papa memilih restoran western berhampiran pejabat aku. Setiap hari kami lalu kat sana, teringin nak rasa agaknya :). Kami gerak dari rumah sebelum berbuka. Waktu itu paling sesuai kerana jalan raya memang sangat lengang. Berbuka di dalam kereta sementara nak pergi makan. Dari rumah kami ke Wisma Hopoh, beli kasut si kecik. Dapat kasut, terus kami gerak ke Restoran tu. Jarak antara Wisma Hopoh dengan restoran tu dalam 5 minit sahaja. Jarak antara restoran dengan pejabat aku 3 minit sahaja. Dekat kan? Hehe..

Makanan tak sedap. Hmm.. mungkin tak sedap pada kami, tapi untuk anak-anak, mereka sangat berselera :) Siap tambah lagi Cheese Toast sebab tak cukup. Tak kisahlah sedap atau tidak, yang penting, semua kenyang. Dan yang paling penting, kami gembira. Jarang dapat berbuka di luar kerana aku kerap marah-marah. Marah-marah sebab anak-anak yang terlampau aktif! kadang-kadang tension jugak walaupun sebenarnya itu adalah bagus untuk perkembangan mereka. Mungkin sebab aku sedang mengandung, jadi hormon yang kurang stabil disertai dengan kelenjar tiroid yang dah sememangnya tidak stabil menyebabkan elemen sabar dalam diri aku berada pada paras yang sangat rendah. Mungkin.. 

Ok, kembali kepada tajuk cerita aku kali ini, makanan yang kurang sedap tetapi servis yang boleh tahan bagus menyebabkan aku tak banyak komplen kecuali kekeliruan pada harga makanan yang agak menjengkelkan. Hmm.. beza RM0.50 menyebabkan aku buat tak reti. Tak berbaloi merosakkan mood semua orang yang tengah seronok hanya kerana RM0.50. 

Lepas makan kami terus balik rumah. Perut yang membesar memang menyebabkan aku cepat penat dan tak betah berlama-lama diluar. Rasanya kalau boleh, nak bawa tilam dan bantal ke mana-mana aku pergi. Hihi... Rasa nak baringgggggg.. Ok2.. Gotta stop here. Nanti aku nak cerita tentang persiapan raya keluarga kami pulak. Serba sederhana je tahun ni. Tapi tetap meriah :)


Selamat berbuka!


Wednesday, 8 August 2012

Ajar Anak Solat Seawal 7 Tahun. Mampukah kita?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Pagi yang agak bosan dengan kerja yang tak banyak di pejabat. Maka, aku punya banyak masa untuk melayari internet. Tadi sengaja aku masuk website Oh! Islam dan melihat-lihat artikel yang menarik di situ. Banyak yang menarik dan aku paling tertarik dengan artikel petikan daripada Facebook Wardina Safiyah. Siapa tidak kenal Wardina? Anak kacukan Melayu-Inggeris yang dahulunya dikenali sebagai seorang model. Sekarang, Wardina dah berumah tangga dan perawakannya kini sangat jauh berbeza dengan awal kemunculannya di dunia glamour. 

Aku copy-paste artikel tersebut untuk bacaan, panduan dan renungan kita bersama. Memang menarik!


Bagaimana Wardina mendidik anak solat 5 waktu


Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…
I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….
ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”
3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..
4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.
Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?
Aku harap aku dapat mendidik anak-anak aku sebaik ini.

Tuesday, 7 August 2012

Rezeki Ramadhan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kali ni nak cerita tentang perusahaan kecil-kecilan aku dan papa sempena Ramadhan Al-Mubarak. Semua sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan, ramai peniaga mengambil kesempatan untuk berniaga tak kiralah sama ada kecil-kecilan mahupun perniagaan yang besar. 

Sebaga anak seorang wanita yang mempunyai business-minded, aku juga tidak ketinggalan mengambil kesempatan untuk bersama-sama berusaha mencari rezeki yang lebih di bulan mulia ini. Kebetulan emak mempunyai gerai di Jalan Sultan Tengah, maka aku mengambil peluang yang ada untuk menumpang sama berniaga Air Soya. Berniaga kecil-kecilan aje. Penat, memanglah penat. Tapi sebab bila berniaga, kita jadi seronok bila tengok duit hari-hari. Bukan nak kaya pun, nak belanja lebih untuk anak-anak je.

 Masa di Putrajaya dulu, aku pun berniaga kecil-kecilan jugak. Aku buat Kek Lapis Sarawak, Alhamdulillah, permintaan memang sangat tinggi. Pelanggan pun dikalangan rakan-rakan sahaja. Itu pun rasa macam tak cukup tangan. Tak terkejar rasanya. Begitu juga sekarang. Tapi penatnya tak sepenat masa berniaga kek lapis. Kek lapis perlu komitmen tinggi. Masa jugak memang terhad. Dengan kerja lagi kan? Tapi semua tu tak jadi masalah bila ada minat. Sekarang ni, emak banyak bantu. Mak cik, pak cik dan sepupu juga banyak hulurkan tangan untuk membantu. Terima kasihlah. Mudah-mudahan rezeki semuanya murah-murah belaka.

Kami berniaga kecil-kecilan, modal kecik, untung pun tak lah besar mana. Tapi kepuasan itu tetap hadir. Ada juga ikhtiar untuk menyara hidup. Papa juga very suportive. Sangat banyak membantu dari segi fizikal dan mental. Sangat rajin bantu aku di rumah dan di gerai. Oh ya, kami berniaga weekend sahaja. hari-hari biasa, kami kerja sebagai penjawat awam seperti biasa. Masa untuk anak-anak langsung tidak terganggu kerana malamnya kami masih dapat jalan-jalan di sekitar bandaraya Kuching. :) Dan yang paling aku gembira sekali, setakat ini, belum lagi soya kami terbazir begitu sahaja. 

Semoga tahun depan kami dapat merancang untuk sesuatu yang lebig bagus lagi :) InsyaAllah.. 


*p/s: harap takda orang baling mercun 
masa tengah berurus niaga.. Lemah 
jantung I...

Monday, 6 August 2012

Ramadhan, Syawal dan mercun: Aku sangat marah!

Salam Ramadhan.

Hari ini hari ke-16 umat Islam mengerjakan ibadat puasa pada tahun 1433H. Lagi 2 minggu, Syawal bakal menjelma. Mercun dan bunga api sememangnya sangat sinonim dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Ya, mercun dan bunga api.

Aku adalah seorang yang sangat fobia dengan bunyi letupan. Bunga api masih boleh dimaafkan lagi walaupun aku was-was dengan keselamatannya. Sering terbayang difikiran ketika bunga api dimainkan, tiba-tiba ianya meletup. Ahhhhh.... ngeri!

Mercun adalah suatu benda yang wajib dijauhkan dari aku. JANGAN SEKALI-KALI MAIN MERCUN BERHAMPIRAN AKU. Kerana aku boleh hilang kewarasan disebabkannya. Hilang kewarasan di sini membawa maksud mulut yang mudah mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang elok didengari kanak-kanak ataupun tangan bertindak diluar kawalan. Aku rasa korang pun faham. Apakan daya, kampung aku bukan bapak aku punya. Kalau kampungku ini kepunyaan bapak aku, aku akan paksa dan pastikan bapak mengharamkan penggunaan bahan letupan kecil tersebut sebagai hiburan.

Beberapa tahun lalu, aku pernah mencampakkan telefon bimbit ke muka seorang lelaki di kampung aku kerana main mercun di depan aku walaupun dah berkali-kali aku bagi amaran. Hey! Sangat mengjengkelkan dan bahaya! 2 tahun lepas, aku marah anak Dato' yang tinggal di sebelah rumah aku kerana main mercun di hadapan rumah mak aku. Helloooo.. kalau nak main, tunggu aku tak ada di rumah boleh tak? Tak pun, mainlah dalam kawasan rumah sendiri. Dan malam tadi, di hadapan bengkel sepupu aku (sebelah gerai mak dan mak cik aku), ada hamba Allah campak 'air bomb' kat tengah jalan semasa aku sedang bancuh air. Tercampak sudu. Dah lah aku sedang berurusan dengan air panas yang sedang mendidih. Heyyy... kau kenapa haa???? Aku terkejut tau tak? Kalau aku sakit jantung, dah masuk ward tau.. Kalau air mendidih tu tumpah macam mana? Kau nak tanggung ke? Arghh.... Tension. Di mana-mana pun ada mercun. 

Nah, ini bahan bacaan untuk kamu yang suka bermain mercun....



Bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tetapi juga membahayakan orang lain.


Selepas baca, bolehlah bertafakur. Muhasabah diri sebentar. Sebelum main mercun depan orang lain, fikir dulu apa perasaan korang kalau orang lain main mercun depan nenek, ibu, kakak, adik korang yang fobia ngan mercun. Korang marah ke tak marah? Korang suka ke tak?

Semoga saki baki Ramadhan ini menginsafkan korang semua. Main mercun tu tak berfaedah pun. Membazir wang ringgit semata-mata. Lebih baik wang itu masuk tabung masjid ke, sedekah kat fakir miskin ke, lagi berkat. Buat bekalan diri sendiri untuk ke 'sana' kelak.

Sebelum mengundur diri, aku nak mintak maaf sekiranya bahasa yang digunakan tidak menepati standard piawaian korang. Aku tengah emosi pasal mercun ni sebab aku memang sangat TAKUT, TAKUT, TAKUT, TAKUT, dan BENCIIIII... Entri ini ditujukan kepada semua umat manusia yang berada disekeliling aku yang gemar betul nak main mercun.


Ikhlas,

MamaAbril


Thursday, 2 August 2012

Khamis yang tak best

Salam.

Hari ini merupakan hari best yang agak tak best di pejabat aku. Best sebab esok dah Jumaat dan lusa dah Sabtu, hari tidur sedunia. Yang tak bestnya sebab, pagi-pagi lagi dah ada manusia yang meruntuhkan mood baik aku pada hari ini. Kesihatan aku juga agak kurang baik dan ia menyumbang kepada kecelaruan emosi aku.

Di pejabat aku ini ada seorang hamba Allah, yang sama seperti aku mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup. Ada satu perangainya yang aku kurang berkenan. Dia kerap kali tidak mengaku kesalahan sendiri dan yang lebih kejam, aku pula yang menjadi mangsa. Seolah-olah aku yang tak buat kerja. Wahhh.. hebat kau Jah! Aku punya tahap kesabatan ada batasan juga tau!

Geram! Tapi wajib juga berdiam dan sabar selagi termampu. Bila satu hari nanti aku dah tak tertahan lagi, aku report kat big boss, dan angkat kaki dari sini.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers