
6 hari mak dan bapak tak ada di rumah, rasanya dapur di rumah tak pernah berasap pun. Balik kerja dah penat, mana nak masak pulak. Papa yang banyak bantu ringankan beban. Bantu uruskan anak-anak. Alhamdulillah dapat suami yang sangat memahami dan penyabar dan ringan tulang jugak.
Semalam kami sekeluarga berbuka di luar. Agak payah mencari tempat makan yang menepati selera kerana sudah lebih 5 tahun Bumi Kenyalang ini aku tinggalkan. 5 tahun mengubah bandaraya Kuching menjadi LAIN berbanding dengan yang Kuching aku tinggalkan dahulu. Yalah, balik pun sekali sekala dan sekejap sekadar menjenguk keluarga, manakan sempat nak meneliti semua perubahan. Jalan pun aku dah banyak lupa.Papa memilih restoran western berhampiran pejabat aku. Setiap hari kami lalu kat sana, teringin nak rasa agaknya :). Kami gerak dari rumah sebelum berbuka. Waktu itu paling sesuai kerana jalan raya memang sangat lengang. Berbuka di dalam kereta sementara nak pergi makan. Dari rumah kami ke Wisma Hopoh, beli kasut si kecik. Dapat kasut, terus kami gerak ke Restoran tu. Jarak antara Wisma Hopoh dengan restoran tu dalam 5 minit sahaja. Jarak antara restoran dengan pejabat aku 3 minit sahaja. Dekat kan? Hehe..
Makanan tak sedap. Hmm.. mungkin tak sedap pada kami, tapi untuk anak-anak, mereka sangat berselera :) Siap tambah lagi Cheese Toast sebab tak cukup. Tak kisahlah sedap atau tidak, yang penting, semua kenyang. Dan yang paling penting, kami gembira. Jarang dapat berbuka di luar kerana aku kerap marah-marah. Marah-marah sebab anak-anak yang terlampau aktif! kadang-kadang tension jugak walaupun sebenarnya itu adalah bagus untuk perkembangan mereka. Mungkin sebab aku sedang mengandung, jadi hormon yang kurang stabil disertai dengan kelenjar tiroid yang dah sememangnya tidak stabil menyebabkan elemen sabar dalam diri aku berada pada paras yang sangat rendah. Mungkin..

Ok, kembali kepada tajuk cerita aku kali ini, makanan yang kurang sedap tetapi servis yang boleh tahan bagus menyebabkan aku tak banyak komplen kecuali kekeliruan pada harga makanan yang agak menjengkelkan. Hmm.. beza RM0.50 menyebabkan aku buat tak reti. Tak berbaloi merosakkan mood semua orang yang tengah seronok hanya kerana RM0.50.

Ok, kembali kepada tajuk cerita aku kali ini, makanan yang kurang sedap tetapi servis yang boleh tahan bagus menyebabkan aku tak banyak komplen kecuali kekeliruan pada harga makanan yang agak menjengkelkan. Hmm.. beza RM0.50 menyebabkan aku buat tak reti. Tak berbaloi merosakkan mood semua orang yang tengah seronok hanya kerana RM0.50.
Lepas makan kami terus balik rumah. Perut yang membesar memang menyebabkan aku cepat penat dan tak betah berlama-lama diluar. Rasanya kalau boleh, nak bawa tilam dan bantal ke mana-mana aku pergi. Hihi... Rasa nak baringgggggg.. Ok2.. Gotta stop here. Nanti aku nak cerita tentang persiapan raya keluarga kami pulak. Serba sederhana je tahun ni. Tapi tetap meriah :)
Selamat berbuka!












No comments:
Post a Comment