Friday, 29 June 2012

Jumaat yang indah

Selamat pagi.

Hari ini aku cuti. Tengah hari nanti akan terbang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa papa :)

Pagi ni layan anak-anak dulu. Kejut abang-abang bangun dan mandi, buat sarapan dan siapkan mereka ke sekolah. Lepas tu mandikan si kecik.

Sekarang sedang bersantai di atas tilam. Mata terasa berat. Nak lelapkan mata sekejap, sebelum bersiap ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Semoga dipermudahkan urusanku hari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, 28 June 2012

Pustaka Negeri Sarawak: Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan

Salam...

Hari ni aku nak mewar-warkan satu berita yang menarik untuk ulat buku. Pustaka Negeri Sarawak sedang mengadakan Cabaran Membaca Satu Buku Sebulan (One Book A Month Reading Challenge) yang terbuka kepada semua individu yang bermastautin di Sarawak. Cabaran ini terbahagi kepada empat kategori iaitu:

  • Kategori Tabdika (umur 4 - 6 tahun)
  • Kategori Sekolah (umur 7 - 12 tahun)
  • Kategori Sekolah Menengah (umur 13 - 18 tahun)
  • Kategori Dewasa (umur 18 tahun ke atas)

Kepada individu yang berminat, bolehlah menghantar borang penyertaan ke alamat

PUSTAKA NEGERI SARAWAK
JALAN PUSTAKA
OFF JALAN STADIUM
93050 KUCHING
SARAWAK

Atau melalui e-mel ke librarian@sarawak.gov.my

Peserta yang berjaya membuktikan dirinya telah membaca sekurang-kurangnya sebuah buku dalam satu bulan akan dianugerhkan sijl penghargaan dan diberi beberapa saguhati oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Maklumat lanjut adalah seperti di bawah.

Jom membaca!




Wednesday, 27 June 2012

Panas

Cuaca di Kuching kebelakangan ini sangat panas.

Panasnya sehinggakan semua tingkap di rumah di buka sekalipun, masih terasa bahang kepanasannya. Angin yang bertiup tidak banyak membantu. Angin yang membawa udara bersuhu tinggi hanya menyebabkan aku dan anak-anak berasa rimas. Lebih-lebih lagi Abril Asyraaf. Dia budak yang paling kuat berpeluh. Dalam satu hari, mandinya 4 ke 5 kali. sekali mandi bukan mahu sekejap. Wajib berendam di dalam baldi dahulu hingga puas. 

Nanti di rumah aku sendiri, aku nak bina kolam renang. :) Kalau panas je, terus ajak anak-anak terjun kolam. Dan mesti ada mesin ais krim. Bila cuaca panas, tak perlu hidupkan enjin kereta, buka air-cond, masuk gear 1, dan pandu menuju ke kedai. Masuk dapur, tekan butang dan ais-krim keluar dari mesin je.. Letak topping yang nyum-nyum, dan ajak anak-anak makan bersama. Hmm.. hebat sunguh rasanya...

Masya-Allah... Panasnya cuaca...

Tuesday, 26 June 2012

Hobi yang lama ditinggalkan


Dah lama tinggalkan hobi ini. Ditinggalkan kerana ianya menuntut kuantiti masa yang sangat banyak. 

Oleh kerana kehidupan semakin sibuk, komitmen pada keluarga dan kerja semakin tinggi, maka ianya harus diketepikan. Namun akhir-akhir ini, sejak keghairahan untuk berjalan-jalan telah pudar, aku sempat meluangkan masa untuk menyiapkan beberapa bahagian yang masih berbaki. Yang menjadikan peratusan siap projek ini 50%. Hari ini aku akan sambung lagi, kalau boleh nak siapkan sehingga 75%. 

Jika berkesempatan, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur Jumaat nanti aku nak siapkan projek ini. Balik dari sana nanti nak mulakan projek baru pula. Aku dah kumpul beberapa design yang boleh dijadikan projek setiap bulan. Tengoklah nanti kalau ada kesempatan sememangnya aku ingin menjadikan hasil kerja tangan aku sebagai perhiasan di dinding ruang tamu, atau sekadar di dinding bilik tidur sekurang-kurangnya. Itupun kalau ada kesempatan kerana papa telah merancang supaya aku menjalankan perniagaan kecil-kecilan pula untuk tambah belanja diri sendiri katanya. :) Apa-apa perkembangan akan sentiasa dikemaskini dilaman blog yang menjadi pendengar setia luahan tuannya ini :)

Monday, 25 June 2012

Kehidupan...

Baru sebentar tadi aku membaca berita di Harian Metro Online berkenaan dengan seorang pemandu teksi yang mendapat pujian daripada seorang pelancong warga Switzerland. Antara petikan berita tersebut berbunyi:

"...Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai Saharuddin yang mendapat pujian pelancong dari Switzerland bukan saja kerana kejujurannya memulangkan dompet dan wang yang tertinggal dalam teksinya, baru-baru ini malah menolak imbuhan daripada pelancong itu." 

Aku teringat kisah pada hari Sabtu lepas. Aku diminta bapak untuk ke mesin ATM untuk membuat pengeluaran wang tunai. Kami ke sebuah pasaraya yang terletak di Matang Jaya. Suasana di situ sememangnya agak sesak pada hujung minggu. Dia satu sudut terdapat deretan mesin ATM daripada pelbagai jenis bank. Maybank, CIMB, RHB, BSN, Bank Rakyat dan sebagainya. Aku beratur dihadapan mesin ATM RHB Bank. Di hadapan aku seorang lelaki awal 30-an sedang melakukan transaksi. Aku menunggu sambil memerhatikan gelagat seorang pak cik di mesin bersebelahan. Kalau tidak silap, ATM Bank Rakyat. 

Gayanya seperti sama ada pak cik tersebut tidak biasa menggunakan mesin itu, ataupun mesin itu tergendala (semasa digunakan olehnya). Ada seorang lelaki di belakang pak cik itu. Pakaiannya seperti anggota skin head. Berbaju T dengan jeans ketat. Kepala botak saiz cukur no. 2 :) Anggaranku, usianya mungkin awal 20-an. Semasa giliran aku untuk melakukan pengeluaran wang, pak cik tadi meninggalkan mesin ATM Bank Rakyat dan berpindah pula ke mesin ATM yang berada di sebelah kananku sambil membebel, katanya mesin yang digunakan tadi rosak. Tanpa pak cik itu sedari, sebenarnya transaksi yang dia baru lakukan telah berjaya. Sejumlah wang tunai dalam bentuk beberapa keping not RM100 keluar dari mesin tersebut. Aku yang hampir selesai urusan di mesin RHB hendak memanggil pak cik itu tetapi ragu-ragu untuk melarikan pandangan dari duit not tersebut kerana lelaki dibelakang pak cik itu tadi telahpun mengambil tempat di hadapan mesin ATM Bank Rakyat tersebut. Dia memandang aku dan terus mengambil duit pak cik itu yang masih terlekat di mesin tersebut. Kejadian tersebut berlaku begitu pantas. sehinggakan aku sendiri teragak-agak untuk mengeluarkan suara. 

Pada zaman sekarang ini, terlalu kerap didengari kejadian curi, samun, ragut, rompak dan sebagainya yang bersifat negatif. Ramai yang sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Di dalam situasi aku itu, walaupun aku sedar umat Islam dituntut untuk bersangka baik terhadap orang lain, sudah tentu otak aku akan memikirkan bahawa seseorang akan mengambil wang pak cik itu sekiranya aku tidak sempat bertindak. 

Sebenarnya lelaki tersebut tidak mengambil duit pak cik itu. Sebaik selepas mengambil wang tadi, dia memanggil-manggil pak cik itu yang sedang terkial-kial di mesin ATM sebelah. Aku menarik nafas lega. Walaupun rasa bersalah terbit di sudut hati, namun aku bersyukur kerana pak cik itu tidak kehilangan wang. Siapa tahu mungkin wang itu hasil titik peluhnya mencari rezeki selama satu bulan. Siapa tahu wang itulah satu-satunya punca makan minum dan barangan dapur keluarga mereka. Kadang-kadang pencuri ni tak ingat yang orang yang menajdi mangsa mereka bukan dari kalangan orang senang. Berkereta tak semestinya kaya, berwang tak semestinya senang. Kalau ingin rezeki lebih, kenalah berusaha lebih. Tak ada, pinjamlah pada sesiapa, jika memainjam untuk membeli makanan, mengisi perut yang kosong, insyaAllah mudahlah jalannya. Jika meminjam untuk beli nombor ekor, yang itu besar kemungkinan sukar jalannya. 

Kesimpulan daripada kedua-dua kisah ini ialah rupa tidak semestinya mencerminkan diri seseorang. Walaupun pemandu teksi yang kita tahu pendapatan tidak seberapa, tidak semestinya dia mengambil dompet pelancong itu. Malah bila ingin diberikan ganjaran oleh pelancong tersebut pun dia menolak pemberian tersebut. 

Aku masih ingat akan pandangan lelaki yang berpewatakan skin head itu. Mungkin dia sedang menimbang-nimbang apa yang hendak dia lakukan pada wang pak cik itu. Dia juga boleh melarikan wang pak cik itu jika dia mahu. Tetapi dia telah memilih untuk memulangkan wang tersebut kepada pak cik itu.

Sebenarnya di dalam dunia ini kita tidak tahu kita berurusan dengan siapa. Semuanya dilakukan dengan tawakal kepada Allah. Mungkin kita kenal luaran seseorang. Dalamannya bagaimana? Jangan memandang rendah penampilan orang lain. Walaupun yang 'terbuka' sudah pasti berdosa, namun yang 'litup' belum tentu warak. Aku bukan ingin menjatuhkan sesiapa di sini. Cuma menulis untuk peringatan aku sendiri. Usia semakin sedikit bakinya, tetapi perubahan yang dibuat didalam kehidupan amatlah sedikit.

Aku sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi baik. Pelbagai kejadian yang berlaku di dalam kehidpuan seharian telah membukakan mata yang selama ini tertutup. Aku harus berpatah balik ke jalan yang telah lama aku tinggalkan. Walaupun jalan lurus itu seakan masih jauh untuk aku tuju, namun aku tetap harus kembali. Mudah-mudahan aku berjaya menempatkan diri aku di kalangan orang-orang yang beriman.

Thursday, 21 June 2012

Angkara siapa?

Untuk menceritakan sesuatu yang sensitif, susah sungguh rasanya mengatur perkataan, untuk menjadikannya satu ayat yang tidak mengguriskan perasaan. 


Bila suatu objek yang aku kategorikan sensititf, makanya itu bermakna jangan sesekali sesiapapun didalam kehidupan aku dikaitkan dengan objek itu. Apatah lagi jika objek itu di dalam rupa bentuk manusia yang cukup sempurna fizikalnya dan akal fikirnya.

Apa yang aku minta, lain yang aku dapat. Hati orang lagikan dijaga, hati aku diabaikan. Aku sakit hati, boleh. Orang sakit hati, tak boleh ke? Takut sangat nak lukakan harti orang, tapi hati aku dilukakan tak jadi hal pulak. Kenapa?

Bila diceritakan semula, dibincangkan kononnya untuk meleraikan simpulan, lain pulak jadinya. Jangankan nak terlerai, makin kusut, adalah. Pusing-punya pusing aku pulak yang salah.Aku sendiri pulak yang buat diri aku jadi begini. Siapa yang punca sebenarnya? Orang itu terlepas begitu sahaja. Wah! Untungnya jadi dia. What a game! 


Biarlah dulu buat masa ini. Aku bertekak, bergaduh, melenting, menjerkah dan aku buat apa-apa sekalipun, tetap jugak kalah. Esok-esok, aku fikirkan jalan nak keluar dari semua ni. Aku nak keluar dari permainan dunia yang bodoh lagi merugikan ni. Kadang-kadang aku rindu jugak nak sorang-sorang macam dulu. Walaupun sunyi, tapi aku tak susah hati memikirkan orang yang tak pernah nak fikirkan aku. Masa je yang tentukan.

Thursday, 14 June 2012

A special day!

I'm so happy today. I've been waiting for a month, and it suddenly here...


papa is coming and I am going to fetch him at the airport.
the plane will be landing on 1710hrs. I hope the pilot can make it on time. 
no delay please! please! please!

cant wait!

Wednesday, 13 June 2012

Fakta Tentang Israel

Salam dan selamat petang. Hari ini nak sharing mengenai satu senarai Fakta tentang Israel yang aku baca di blog Suatu Kebenaran sebentar tadi.

*****

1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin? 

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi? 

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?


30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah? 

*****

Saturday, 9 June 2012

Si manis 17

Aku baru balik daripada menghadiri majlis hari jadi sepupu aku yang ke-17. Adik nya yang menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-7 juga diraikan sama.



  

Majlis kecil sahaja tetapi meriah dengan kehadiran sanak saudara. Sekali sekala berkumpul begini seronok juga.





Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 6 June 2012

(VIDEO) Semariang & Sejarah hidup keluargaku

Semariang, tanah tempat aku membesar. Aku hanya budak kampung. Kawan-kawan aku semuanya budak-budak kampung sebaya aku juga kawan-kawan sekolah. Dahulunya, kampung aku ini termasuk didalam senarai hitam dek kerana kerap kali berlaku kes curi, pecah rumah, pergaduhan dan macam-macam lagi perilaku yang tidak menepati kehendak piawaian Polis Diraja Malaysia.

Ada sesuatu yang ingin aku ceritakan mengenai Semariang, tanah yang aku duduki sekarang. Terutamanya sejarah Jalan Sultan Tengah, yang berkait dengan kelauarga aku yang terlah dianiaya oleh beberapa pihak.Namun untuk menulis perkara yang 'agak' sensitif, ketepatan maklumat haruslah diutamakan agar tidak dikejar dek anjing-anjing liar di luar sana. 

Tapak tanah Semariang yang banyak melakarkan sejarah di dalam kehidupan keluarga kami, mungkin selepas ini hanya tinggal sejarah. Mungkin hanya cerita yang dapat aku dan saudara-saudaraku ceritakan kepada cucu-cucu kami nanti. MELAINKAN ada keajaiban yang mampu mengembalikan status hakmilikan tanah tersebut kepada pemilik asal, mungkin kami akan terus melakarkan sejarah kehidupan di situ.

Aku agak emosi mengenai perkara ini. Untuk mengelakkan aku mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sedap didengar, ada baiknya kita sama-sama 'layan' lagu Semariang, nyanyian Abang Mijan, dua pupu aku yang berjiwa seni, seorang rockers kampung yang hampir menjadi artis rakaman.


Sleepless night


I can't sleep. I played Coin Dozer and hoped that I'd fall asleep. But I did not.

Games does not help AT ALL.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, 4 June 2012

Rindu lagi


2 minggu papa tak balik dan akan tak balik hingga 2 minggu lagi... 1 bulan lamanya kami tidak berjumpa. Rindu.

Kami agak kerap bertelagah. Puncanya tentulah dari aku. Dan sebenarnya rindu itu yang membuatkan aku kerap mencari punca. Kononnya untuk menarik perhatian. Selebihnya, aku cemburu. Kerana dia tidak pernah membiasakan aku untuk ditinggalkan di dalam tempoh yang lama. Paling lama dia tinggalkan aku pun 2 malam.

Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana agaknya perasaan wanita lain yang berjauhan dengan suami? Rindu sudah pasti. Cemburu? Gelisah? Termenung? Mungkin mereka terbiasa ditinggalkan.

Minggu pertama aku berjauhan dengan papa, aku menangis. Sungguh-sungguh aku rindu. Bukan rindu nak 'bersama', tapi, aku lebih senang kalau papa sentiasa dekat dengan aku. Dunia terasa sunyi walaupun aku dikelilingi mak, bapak, adik-adik dan anak-anak. Mungkin itu tandanya aku sangat PERLUkan papa.

Di satu sudut pandangan yang lain, perpisahan sementara ini sebenarnya lebih mengeratkan hubungan kami. Sudah tentu papa akan lebih memahami sikap aku selepas ini. Dan aku sendiri yakin dengan sikap papa yang paling menyerlah iaitu sentiasa SANGAT-SANGAT sabar menangani masalah antara kami.

2 minggu lagi... Hm.. Hidup ini tidak adil, kan?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, 3 June 2012

Cuti Gawai yang bosan


Salam dan selamat petang.

Dah 3 hari cuti sempena perayaan Gawai Dayak. Esok adalah hari keempat dan sehingga hari ini aku dan anak-anak hanya duduk di rumah sahaja.

Ada juga bapak ajak aku keluar tapi aku lebih suka duduk di rumah. Mungkin kalau papa ada, situasinya berlainan. Tambah lagi, aku rasa kurang sihat pula beberapa hari ini.

Kesian juga pada anak-anak, mereka terpaksa duduk di rumah juga. Langsung tiada entertainment. Sorry sayang, nanti bila mama dah sihat, mama bawa jalan-jalan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 1 June 2012

6 Perkara Yang Allah Sembunyikan

Quote from a friend in Facebook.

‎:') Ya Allah SWT kau ampunilah dosa dosa kami walau sekecil dan sebesar mana pun ia'' Baca tauu ...rugi jika tak baca .

6 perkara Allah sembunyikan 

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 

'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' 

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' 

Kemudian Jibrail A.S. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. 

Setelah selesai Jibrail A.S.  solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud :

'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' 

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' 

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail A.S. mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail A.S. dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 

'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. 

#wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah... Allah always with us.

 Semoga kita bersama-sama mendapat manfaat darinya. Salam Jumaat!

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers