Semariang, tanah tempat aku membesar. Aku hanya budak kampung. Kawan-kawan aku semuanya budak-budak kampung sebaya aku juga kawan-kawan sekolah. Dahulunya, kampung aku ini termasuk didalam senarai hitam dek kerana kerap kali berlaku kes curi, pecah rumah, pergaduhan dan macam-macam lagi perilaku yang tidak menepati kehendak piawaian Polis Diraja Malaysia.
Ada sesuatu yang ingin aku ceritakan mengenai Semariang, tanah yang aku duduki sekarang. Terutamanya sejarah Jalan Sultan Tengah, yang berkait dengan kelauarga aku yang terlah dianiaya oleh beberapa pihak.Namun untuk menulis perkara yang 'agak' sensitif, ketepatan maklumat haruslah diutamakan agar tidak dikejar dek anjing-anjing liar di luar sana.
Tapak tanah Semariang yang banyak melakarkan sejarah di dalam kehidupan keluarga kami, mungkin selepas ini hanya tinggal sejarah. Mungkin hanya cerita yang dapat aku dan saudara-saudaraku ceritakan kepada cucu-cucu kami nanti. MELAINKAN ada keajaiban yang mampu mengembalikan status hakmilikan tanah tersebut kepada pemilik asal, mungkin kami akan terus melakarkan sejarah kehidupan di situ.
Aku agak emosi mengenai perkara ini. Untuk mengelakkan aku mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang sedap didengar, ada baiknya kita sama-sama 'layan' lagu Semariang, nyanyian Abang Mijan, dua pupu aku yang berjiwa seni, seorang rockers kampung yang hampir menjadi artis rakaman.










No comments:
Post a Comment