Monday, 30 December 2013

Well said...

Ketika orang lain bergembira, papa memilih untuk membangkitkan kembali kenangan yang melemparkan kami di Bumi Kenyalang...

Panjang ceritanya, dan ya, aku akan menceritakannya kepada dunia. Bukan hari ini, bukan esok ataupun lusa mahupun tahun depan. Yang pastinya hari itu akan tiba. Kebenaran akan tetap menang, walaupun memakan masa. Kalau bukan di dunia sekalipun, dacing di akhirat nanti pasti akan menunjukkan kebenaran yang tiada tara. Tanpa prasangka.


Sunday, 29 December 2013

Cuti sekolah

Hari-hari terakhir cuti sekolah. Bawa anak-anak bermalam di Damai Beach Resort, Santubong.


Thursday, 19 December 2013

Nostalgia

Korang ingat tak zaman kaset dulu-dulu? Tiba-tiba aku rindu dengan zaman itu. Satu masa nanti aku nak kenalkan anak-anak aku kepada kaset. Masa ni belum lagi kot... mereka mungkin tak faham lagi....

Hm... jauhnya masa dah pergi...

Newly open carwash in Semariang

Area Semariang Jaya, tepi main road Jalan Sultan Tengah. Excellent services.

Wednesday, 18 December 2013

INFO: Kronologi Pembuangan Bayi di Malaysia

Kronologi pembuangan bayi di Malaysia dari 1994 -2013.


Sumber: Harian Metro
(http://1-ps.googleusercontent.com/x/www.hmetro.com.my/w1.hmetro.com.my/myMetro/Gallery/FotoBanjir/200xNxinfo14.pagespeed.ic.r0DpcX0-ah.webp)

Thursday, 12 December 2013

NOTIS JAWATAN KOSONG JAKIM CAWANGAN SARAWAK



NOTIS JAWATAN KOSONG

Ruj. Kami            JAKIM.SWK.500-7/3 Jld.4(21)
Tarikh                  06 Disember 2013

Semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,
Badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat

Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi dua puluh (20) jawatan kosong di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sarawak seperti berikut:



1.         Jawatan                      :           Pensyarah Gred 41 - 11 kekosongan.
            Taraf Jawatan           :           Kontrak (contract for service).
            Tempoh                      :           Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
            Gaji Bulanan              :           RM 2,550.00
                                               
            Syarat Lantikan         :           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:

i)          Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
ii)         Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iii)        Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;
iv)        Lulus temuduga yang dijalankan.

            Kelebihan (advantage):

v)         Pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengurusan.
vi)        Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i)          Bertanggungjawab kepada Pengetua IKMAS dalam memberi kuliah dalam bidang-bidang diploma (Tahfiz, Pengajian Islam dan Dakwah).
ii)         Bertanggungjawab dalam bidang pendidikan dan pengurusan bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.




2.         Jawatan                      :           Penolong Pensyarah Gred 27 - 2 kekosongan.
            Taraf Jawatan           :           Kontrak (contract for service).
            Tempoh                      :           Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
            Gaji Bulanan              :           RM 1,610.00
                                               
            Syarat Lantikan         :           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:

i)          Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii)         Syahadah Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; 
iii)        Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv)        Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;
v)         Lulus temuduga yang dijalankan.

            Kelebihan (advantage):

v)         Pengalaman dalam bidang pendidikan dan pengurusan.
vi)        Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i)          Membantu urusan pendidikan dan pentadbiran dalam bidang persijilan PERAPI dan kemahiran (Binaan Bangunan, Fabrik Jahitan dan Pemprosesan Makanan).
ii)         Membantu dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.




3.         Jawatan                      :           Penolong Pengurus Asrama Gred 27 - 2 kekosongan.
            Taraf Jawatan           :           Kontrak (contract for service).
            Tempoh                      :           Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
            Gaji Bulanan              :           RM 1,610.00
                                                           
            Syarat Lantikan         :           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:

i)          Diploma dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau  
ii)         Kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv)        Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;
v)         Lulus temuduga yang dijalankan.

            Kelebihan (advantage):

v)         Pengalaman dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan asrama.
vi)        Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i)          Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam menolong menyelia dan melancarkan pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti kolej kediaman dan kemudahan-kemudahan yang lain.
ii)         Membantu dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.



4.         Jawatan                      :           Pembantu Perpustakaan Gred 17 - 1 kekosongan.
            Taraf Jawatan           :           Kontrak (contract for service).
            Tempoh                      :           Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
            Gaji Bulanan              :           RM 1,165.00
                                                           
            Syarat Lantikan         :           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:

i)          Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau  
ii)         Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv)        Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;
v)         Lulus temuduga yang dijalankan.

            Kelebihan (advantage):

v)         Pengalaman dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan perpustakaan.
vi)        Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i)          Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam membantu menyelia dan melancarkan pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan tempat simpanan dan bahan rujukan perpustakaan.
ii)         Membantu dalam urusan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan serta pertukaran  pinjaman antara perpustakaan bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.




5.         Jawatan                      :           Pembantu Tadbir Gred 17 - 4 kekosongan.
            Taraf Jawatan           :           Kontrak (contract for service).
            Tempoh                      :           Satu (1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
            Gaji Bulanan              :           RM 1,165.00
                                                           
            Syarat Lantikan         :           Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:

i)          Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau  
ii)         Lulus Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
iv)        Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan fizikal;
v)         Lulus temuduga yang dijalankan.

            Kelebihan (advantage):

v)         Pengalaman dalam bidang pentadbiran, pengurusan stor dan proses perolehan
vi)        Keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR) Negeri Sarawak.

Diskripsi Tugas:

i)          Bertanggungjawab kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam membantu menyelia dan melancarkan pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan khidmat pengurusan, akademik dan aktiviti pelajar.
ii)         Membantu dalam urusan perkeranian, perolehan dan pelupusan aset, perbandingan harga, sebutharga dan tender serta laporan sukuan/tahunan bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.



Penaklukan di bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan
           
Pegawai-pegawai  dan staff sokongan yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari semasa ke semasa.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume/permohonan jawatan dan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, termasuk salinan kad pengenalan dan sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai-pegawai awam peringkat Pengurusan dan Profesional.



Permohonan hendaklah dihantar menggunakan sampul surat berukuran 23cm x 32cm pada atau sebelum 16 DISEMBER 2013 (ISNIN), JAM 12.00 TENGAHARI kepada:

PENGARAH,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) CAWANGAN SARAWAK,
BANGUNAN BAITULMAL (MECHUNMA),
LOT 146, SECTION 8, JALAN HAJI TAHA,
93400 KUCHING, SARAWAK

Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon-pemohon yang benar-benar berkelayakan dan setelah ditapis akan dihubungi. Sekiranya pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) minggu dari tarikh iklan ditutup, maka permohonan itu dianggap tidak berjaya.

Sekian, terima kasih,

“WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH”

Saya yang menurut perintah,



( HAJI ABDUL AZIZ BIN JUSOH )
Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Cawangan Sarawak

Wednesday, 4 December 2013

INFORMASI: Dadah Baru?

Sekadar berkongsian artikel daripada laman Agensi Antidadah Kebangsaan...


PENEMUAN DADAH YANG DIKESAN PIHAK BERKUASA FARMASI / PDRM DAN INTERNET 

BUPROPION 

Bahan ini telah dikenalpasti sebagai bahan yang disalahguna sebagai bahan kecantikan dalam bentuk sachet (dikategorikan sebagai dadah Psikotropik) dan prodak ini telah dirampas di Atika Beauty Perfect Body, Kuala Lumpur. 

BUPROPION digunakan sebagai bahan antidepressant dan bahan untuk individu yang hendak berhenti merokok (di US bahan ini adalah bahan kawalan dengan dos yang dibenarkan secara prescribe) - Dipasarkan menggunakan jenama Wellbutrin, Budeprion, Prexaton, Elontril dan Aplenzin. 

Pada tahun 2012 di Amerika Syarikat telah dikenalpasti bahan ini digunakan sebagai bahan kempen untuk mengurangkan berat badan dan kemampuan seks. (Undang-undang Amerika Syarikat/US - mendapati promosi ini satu kesalahan yang boleh dihukum denda $3 juta); 


IMPAK KESAN PENYALAHGUNAAN 

Kesan penggunaanya menyamai dengan Amphetamine. Menyamai juga cathinone. Dikhuatiri ianya boleh disalahgunakan dalam kapasiti yang besar jika ianya berorientasikan untuk keuntungan. 


BATH SALTS 

Dadah ini dikategorikan dadah sintetik. Dadah ini dinamakan Bath Salts (Garam Mandi) adalah sempena garam yang digunakan dalam mandian boleh bertindak meransang otak ke tahap tertinggi dan meningkatkan suhu badan. Keadaan ini akan menyebabkan halusinasi dan perlakuan ganas yang ekstrem menyebabkan penagih yang mengambil dadah ini hilang pertimbangan dan meransang penagih menjadi zombie sehingga sanggup membunuh dan memakan daging manusia atau menyakiti mangsa sampai mati. 

Dadah ini dihasilkan dengan kombinasi bahan kimia seperti amphetamine, terutama mephedrone, MDPV dan methylone. Mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan terus menular penggunaannya di Britaian, Amerika Syarikat dan Eropah. 
Sumber: Google


KROKODIL 

Dadah ini mula dikesan di Rusia sejak tahun 2002. Dadah mula menular di kawasan Siberia. Penggunaan dadah ini membawa kesan kemusnahan diri yang ekstrem ke atas minda, dan anggota tubuh badan. Dadah ini dalam kategori dadah sintetik ( Designer Drug). 

Nama saintifik bagi dadah ini ialah Desomorphine. Dadah ini campuran daripada codeine, thinner, gasoline, asid hidroklorik, iodin dan bahan-bahan lain. Dadah ini dalam bentuk cecair (liquid) dan penggunaan secara suntikan. 

Sumber: Google

Sunday, 1 December 2013

Jadi student semula

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sejak berpindah dari Putrajaya tahun lepas, pelajaran aku entah ke mana. Memanglah kehidupan semakin sibuk bila anak bertambah, tetapi entah kenapa jiwa aku meronta-ronta mahu menyambung kembali pelajaranku. Mungkin kerana aku sudah tidak betah menjadi seorang setiausaha lagi. Well, bukan best pun jadi setiausaha waima dapat boss yang baik. Aku lebih memikirkan orang-orang disekeliling yang kebanyakkannya tidak suka jika boss baik dengan seseorang pekerja. Pernah rasa macam yang aku rasa?

Aku juga bukan ingin menjadi boss. Menyambung pelajaran lebih kepada ingin meningkatkan pencapaian di dalam pelajaran. Penat mata memandang orang-orang yang megah dan rasa diri dia tahu banyak perkara. Hei, saya juga boleh tahu banyak perkara, tau! Perbincangan dengan suami membuahkan hasil. Dan... inilah dia.. I am in.

UUM pilihan aku. Mod pengajian jarak jauh. Kalau aku buat full time, siapa pula nak bantu suami aku suap mulut yang empat orang tu. Al-maklumlah, dua-dua makan gaji kerani saja. Bukan gaji pegawai bank. Masa memang tak cukup. Kalau boleh, aku nak request 36 jam untuk satu hari. Tetapi walau bagaimanapun, keluarga dan anak-anak masih menjadi keutamaan. Maka, memang tak asing lagi lah kalau ada bunyi-bunyian di kala semua orang sudah dibuai mimpi. Pengorbanan.

Baiklah. Aku nak sambung siapkan assignment. Saja aku mencelah masuk ke sini. Kalau tidak, alamat bersemak samun semulalah laman ini. 

Doakan aku, terima kasih.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers