NOTIS JAWATAN KOSONG
Ruj.
Kami : JAKIM.SWK.500-7/3
Jld.4(21)
Tarikh : 06
Disember 2013
Semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri,
Badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
Permohonan adalah dipelawa daripada
Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi dua puluh (20) jawatan
kosong di Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS), Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Cawangan Sarawak seperti berikut:
1. Jawatan : Pensyarah
Gred 41 - 11 kekosongan.
Taraf
Jawatan : Kontrak
(contract for service).
Tempoh : Satu
(1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji
Bulanan : RM
2,550.00
Syarat
Lantikan : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
i) Ijazah
Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
ii) Kepujian
Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iii) Berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan
fizikal;
iv) Lulus
temuduga yang dijalankan.
Kelebihan
(advantage):
v) Pengalaman
dalam bidang pendidikan dan pengurusan.
vi) Keutamaan
diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR)
Negeri Sarawak.
Diskripsi
Tugas:
i) Bertanggungjawab
kepada Pengetua IKMAS dalam memberi kuliah dalam bidang-bidang diploma (Tahfiz,
Pengajian Islam dan Dakwah).
ii) Bertanggungjawab
dalam bidang pendidikan dan pengurusan bagi mencapai objektif dan fungsi yang
telah ditetapkan oleh IKMAS.
2. Jawatan : Penolong
Pensyarah Gred 27 - 2 kekosongan.
Taraf
Jawatan : Kontrak
(contract for service).
Tempoh : Satu
(1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji
Bulanan : RM
1,610.00
Syarat
Lantikan : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
i) Diploma
dalam bidang Pengajian Islam atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan; atau
ii) Syahadah
Institut Tahfiz dan Latihan Al-Quran daripada Maahad Tahfiz Bahagian Agama,
Jabatan Perdana Menteri atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iii) Kepujian
Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iv) Berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan
fizikal;
v) Lulus
temuduga yang dijalankan.
Kelebihan
(advantage):
v) Pengalaman
dalam bidang pendidikan dan pengurusan.
vi) Keutamaan
diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR)
Negeri Sarawak.
Diskripsi
Tugas:
i) Membantu
urusan pendidikan dan pentadbiran dalam bidang persijilan PERAPI dan kemahiran
(Binaan Bangunan, Fabrik Jahitan dan Pemprosesan Makanan).
ii) Membantu
dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang
telah ditetapkan oleh IKMAS.
3. Jawatan : Penolong
Pengurus Asrama Gred 27 - 2 kekosongan.
Taraf
Jawatan : Kontrak
(contract for service).
Tempoh : Satu
(1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji
Bulanan : RM
1,610.00
Syarat
Lantikan : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
i) Diploma
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
ii) Kepujian
Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iv) Berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan
fizikal;
v) Lulus
temuduga yang dijalankan.
Kelebihan
(advantage):
v) Pengalaman
dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan asrama.
vi) Keutamaan
diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR)
Negeri Sarawak.
Diskripsi
Tugas:
i) Bertanggungjawab
kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam menolong menyelia dan melancarkan
pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti kolej kediaman dan
kemudahan-kemudahan yang lain.
ii) Membantu
dalam urusan pendidikan dan pentadbiran bagi mencapai objektif dan fungsi yang
telah ditetapkan oleh IKMAS.
4. Jawatan : Pembantu
Perpustakaan Gred 17 - 1 kekosongan.
Taraf
Jawatan : Kontrak
(contract for service).
Tempoh : Satu
(1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji
Bulanan : RM
1,165.00
Syarat
Lantikan : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
i) Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
ii) Lulus
Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iv) Berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan
fizikal;
v) Lulus
temuduga yang dijalankan.
Kelebihan
(advantage):
v) Pengalaman
dalam bidang pentadbiran dan penyeliaan perpustakaan.
vi) Keutamaan
diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR)
Negeri Sarawak.
Diskripsi
Tugas:
i) Bertanggungjawab
kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam membantu menyelia dan melancarkan
pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan tempat simpanan dan bahan rujukan
perpustakaan.
ii) Membantu
dalam urusan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, pusat penyerahan hadiah
dan rujukan terbitan keluaran jabatan serta pertukaran pinjaman
antara perpustakaan bagi mencapai objektif dan fungsi yang telah ditetapkan
oleh IKMAS.
5. Jawatan : Pembantu
Tadbir Gred 17 - 4 kekosongan.
Taraf
Jawatan : Kontrak
(contract for service).
Tempoh : Satu
(1) tahun (1 Januari - 31 Disember 2014).
Gaji
Bulanan : RM
1,165.00
Syarat
Lantikan : Calon
bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:
i) Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; atau
ii) Lulus
Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan;
iv) Berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan dan sihat mental dan
fizikal;
v) Lulus
temuduga yang dijalankan.
Kelebihan
(advantage):
v) Pengalaman
dalam bidang pentadbiran, pengurusan stor dan proses perolehan
vi) Keutamaan
diberikan kepada Anak Negeri Sarawak atau memiliki taraf penduduk tetap (PR)
Negeri Sarawak.
Diskripsi
Tugas:
i) Bertanggungjawab
kepada Pengetua dan Ketua Bahagian dalam membantu menyelia dan melancarkan
pentadbiran IKMAS yang berkaitan dengan khidmat pengurusan, akademik dan
aktiviti pelajar.
ii) Membantu
dalam urusan perkeranian, perolehan dan pelupusan aset, perbandingan harga,
sebutharga dan tender serta laporan sukuan/tahunan bagi mencapai objektif dan
fungsi yang telah ditetapkan oleh IKMAS.
Penaklukan di bawah Syarat-syarat Skim
Perkhidmatan
Pegawai-pegawai dan staff sokongan
yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim
perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat dari
semasa ke semasa.
Cara Memohon:
Permohonan boleh dibuat dengan
menghantar resume/permohonan jawatan dan hendaklah disertakan
dengan gambar berukuran pasport, termasuk salinan kad pengenalan dan
sijil-sijil berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai-pegawai awam peringkat
Pengurusan dan Profesional.
Permohonan hendaklah dihantar menggunakan
sampul surat berukuran 23cm x 32cm pada atau sebelum 16 DISEMBER
2013 (ISNIN), JAM 12.00 TENGAHARI kepada:
PENGARAH,
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
CAWANGAN SARAWAK,
BANGUNAN BAITULMAL (MECHUNMA),
LOT 146, SECTION 8, JALAN HAJI TAHA,
93400 KUCHING, SARAWAK
Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap
atau tidak memenuhi syarat tidak akan dipertimbangkan. Hanya pemohon-pemohon
yang benar-benar berkelayakan dan setelah ditapis akan dihubungi. Sekiranya
pemohon-pemohon tidak dihubungi dalam masa tiga (3) minggu dari tarikh iklan
ditutup, maka permohonan itu dianggap tidak berjaya.
Sekian, terima kasih,
“WASATIYYAH TUNGGAK KESATUAN UMMAH”
Saya yang menurut perintah,
( HAJI ABDUL AZIZ BIN JUSOH )
Pengarah,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Cawangan Sarawak










dh keluar ka result temuduga 24/12/2013 ria..?
ReplyDeleteAs salam dear, benakah ttg jawatan kosong kontrak kat jakim sia..
ReplyDeletesaya berminat untuk mengisi kekosongan sebagai pensyarah...bila start pengambilan untuk tahun depan 2015?...untuk tahun ni dah penuh ke?...salam..
ReplyDeletesalam..bila akan keluar semula iklan jawatan kosong utk tahun depan...saya berminat untuk mengisi keksosongan jawatan pensyarah..hubungi saya 012-8476459
ReplyDeletesalam.
DeleteKuota yang diberikan oleh JPA masih penuh. Walau bagaimanapun, tuan boleh mmenghantar resume ke Jakim Cawangan Sarawak untuk simpanan dan rekod bagi kegunaan di masa yang akan datang. InsyaAllah..