Friday, 31 May 2013

INFO: Fakta tentang TIMUN

Ada yang sukakan timun? Di bawah ada sedikit fakta tentang timun.
  • Nama saintifiknya Cucumis sativus Linn.
  • Timun adalah sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sejak 3,000 tahun dulu.
  • Ia dimakan secara mentah dan segar, selain dijadikan bahan masakan. 
  • Timun mengandungi 0.65 peratus protein, 0.1 peratus lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2 peratus, selain mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, B1, B2 dan C.
  • Biji timun berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami kecacingan.
  • Timun banyak dijual di kebanyakan pasar, selain tergolong dalam famili yang sama dengan tembikai dan labu. 
  • Ia sejenis pokok yang memanjat dan sesuai untuk ditanam pada pagar dan boleh membiak daripada biji benih. 
  • Pokok berkenaan mempunyai batang bersegi empat, kuat dan berbulu, panjang boleh mencapai 2.5 meter. 
  • Sistem perakaran yang kembang meluas tetapi cetek. 
  • Daun pokok ini antara tujuh hingga 20 sentimeter (cm) panjang, berkeadaan kasar dan lebar. 
  • Bunganya besar dan berwarna kuning, petal berbentuk loceng, bergaris pusat 3 hingga 4 cm dan jenis monoecious. 
  • Buah timun bentuk bujur, buah muda berwarna hijau muda dan menjadi keperangan bila masak atau tua. 
  • Jenis timun yang ditanam adalah kultivar Simpang Pulai yang mengeluarkan hasil 20 hingga 25 tan per hektar. 
  • Tanaman berkenaan memerlukan suhu antara 18 hingga 35 darjah celsius dengan taburan hujan 300 mm per musim. 
  • Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut dan tanah berpasir sesuai dengan keasidan tanah pH 4.8 hingga 6.5. 
  • Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 meter dan tinggi 20 hingga 30 cm. 
  • Pengapuran dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam ketika pembajakan pada kadar 3 hingga 7.5 tan per hektar (tanah gambut), 1 hingga 3 tan per hektar (tanah beris) dan 3 hingga 5 tan per hektar (tanah mineral). 
  • Penanaman di ladang menggunakan biji benih dengan keperluan biji benih 1.3 hingga 1.4 kilogram. 
  • Jarak tanaman adalah 60 cm antara pokok dan 60 cm antara baris. 
  • Kepadatan tanaman membabitkan 21,333 pokok dan penjarangan seminggu selepas menanam, manakala pemasangan junjung atau penyokong adalah dua minggu selepas menanam. 
  • Jenis serangga perosak seperti kutu daun, kumbang daun, lalat buah, kulapuk Downy, kulapuk berdebu, lecuh anak benih dan Antraknos. 
  • Masa kutipan hasil lima hingga enam minggu selepas menyemai dan mengeluarkan hasil 20,000 hingga 25,000 kilogram per hektar.
  • Tempoh kutipan hasil selama dua bulan atau 60 hari dan cara memungut adalah buah dipetik dengan tangkainya.
Sumber: HM

Thursday, 30 May 2013

Penyakit emak..



Salam dan selamat pagi..

Pagi tadi aku tinggalkan emak dalam keadaan emak sedang tidur nyenyak. Kesian emak..

Sebelum aku meneruskan ketukan jari di papan kekunci, terlebih dahulu aku nak tegaskan di sini aku menulis bukan nak meminta simpati sesiapa. Cuma, aku ingin rakamkan apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga aku sebanyak mungkin untuk bacaan anak-anak di kemudian hari. :)

Emak mengalami penyakit ganjil. Aku pun tak dapat nak menggambarkan keganjilan penyakit emak. Cuma, bila check di klinik dan hospital doktor kata tak ada masalah apa-apa. Mulanya emak baik-baik sahaja walaupun sering mengadu sakit. Tapi makin hari, makin teruk pula keadaan emak. Walapun demikian, emak tak pernah tinggalkan solat 5 waktu. Aku nampak juga dia selalu buat solat sunat. 

Kadang-kadang emak seakan meracau. Meracau yang ringan je. Percakapannya tak seperti biasa. Dia melihat apa yang kami sekeluarga tidak nampak - bukan hantu / syaitan - Kadang-kadang emak cakap darah dia warna hijau. Kadang-kadang ada rasa air mengalir di dalam badan. Banyak lagi yang emak cakap. Bapak usaha bawa emak jumpa ustaz. Papa pun ada jugak. Kadang-kadang dia nak. kadang-kadang dia tak nak. Kebanyakkan ustaz yang mereka jumpa cakap, emak tak ada apa-apa. Ada juga 2 - 3 orang yang mengatakan emak di buat dek orang. Setahu aku, emak tak ada musuh.. melainkan sebaik sebelum sakit memang dia ada berselisih faham dengan satu family ni, Aku tak adalah nak terus menuduh. Nantilah aku ceritakan.

Masa adik aku bersalin, emak pengsan. Sebab dia dah 3 malam tak cukup tidur. Papa dan bapak bawa ke unit kecemasan Hospital Umum. Check darah semua OK. Aku tak tahu apa berlaku di sana, Aku di rumah jaga anak-anak. Yang bersama emak masa tu adalah bapak, papa, dan adik beradik mak. Yang aku tahu akhir sekali, emak dirujuk ke pakar psychiatric.

Lepas hari tu, mak semakin teruk. Kemuncaknya semalam. Aku dah tak tahan tengok mak. Nak tunggu appoinment di pakar kerajaan, 13 Jun nanti. Lama lagi. Lagipun, atas nasihat dari salah seorang ahli keluarga yang pernah bekerja di Hospital Sentosa, sepatutnya aku bawa emak seawal mungkin kerana kalau ditunggu, makin lama makin parah.

Semalam aku, papa dan bapak bawa emak ke Permai Specialist Clinic berjumpa doctor Gan, seorang psychiatrist. Aku yakin, emak memang tak sedar yang kami bawa dia ke klinik psychiatrist, kalau dia tahu, mesti dia marah. Macam yang dia bising-bising sebelum ini bila dapat tahu doctor di Unit Kecemasan refer dia ke klinik tu. Doktor cakap emak ada tanda-tanda bipolar disorder. Katanya ada peluang untuk sembuh kerana orang yang berusia lebih senang nak embuh berbanding orang muda. Harap-harap begitulah.. Lepas dapat ubat dan MC, kami hantar emak balik.

 Aku memang terkejar-kejar. Tak dapat dah nak cuti dengan cuti tinggal sikit sebab dah cuti masa mula-mula dia sakit dulu. Dengan Jabatan kami ada program besar pulak dalam masa terdekat ni. Ya Allah..masa terasa seakan sangat sedikit.

Malam tadi aku bagi emak ubat yang doktor bagi. Sekali dengan ubat tidur. Sebab tu masa aku keluar dari rumah tadi, emak masih tidur lagi. Biarlah emak berehat. Dah beberapa minggu emak tak cukup tidur. Badan yang penat makin menambahkan pemikiran yang celaru. Harap lepas ni mak pulih seperti sediakala.


Si kecil datang melawat

Hari tu si kecil ini datang melawat.

Adik aku berpantang di rumah emak mertuanya memandangkan keadaan emak yang tidak sihat. 2 - 3 kali jugak adik aku datang melawat emak yang kadang-kadang seperti 'tenat'. Kesian kat adik aku, Masih dalam tempoh berpantang terpaksa pula melanggar pantang. Harap lepas ni adik aku sihat.

Yelah, tak kan pula dia dengan senang hati nak biarkan emak aku sakit tak dijenguk kan? Hm..

Emak... entah lah. macam tu lah jugak. Kesian kat emak. Seriously, aku tak pernah merasa sangat tak terdaya seperti sekarang. Mudah-mudahan Allah membantu usaha kami.

Berbalik kepada cerita si kecik ni. Geram betul aku tengok. Rasa macam nak ada baby semula. Hihihi.. Tengok lah gelagat Abril Asyraaf dan Ayra Ayushi. Suka sungguh diorang..


Malu...

kami pun seronok...

bukan main lagi di Abril Asyraaf..
Rasa nak cepatkan masa. Biar Alisha Zara cepat besar. Ada kawan Ayra Ayushi bermain :)

Sedapnya tidur di tangan Wa...

Tuesday, 28 May 2013

INFO: Memperkenalkan Makanan Pejal Kepada Bayi

wajah budak lapar :)
Salam dan selamat petang.

Petang ini aku nak sharing tentang memperkenalkan makanan kepada baby. Anak korang dah mula makan? Kalau masih tak sure, jom baca dulu. Yang ditulis di bawah adalah berdasarkan hasil carian google dan pengalaman aku sendiri yang dah ada 4 orang anak di usia yang belum mencapai 30 tahun :)

Bila harus memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Adalah dinasihatkan untuk memperkenalkan bayi kepada makanan pejal apabila mencapai usia 6 bulan untuk meminimumkan reaksi / alahan terhadap makanan yang tidak dijangkakan.
(Ayra Ayushi dah makan seawal usia 5 bulan di atas nasihat doktor dan telah mempunyai tanda-tanda bersedia untuk makan)

Perlukah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
PERLU kerana dengan penyusuan susu ibu sahaja tidak memberikan bayi nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.

Adakah bayi korang bersedia untuk makan?
Jika bayi anda boleh mengangkat dan mengekalkan posisi kepala, duduk dengan selesa apabila dipegang, boleh melakukan pergerakan mengunyah dan amat berminat dengan makanan yang korang sedang makan, maka itulah tanda-tanda bahawa bayi korang dah bersedia nak makan.

Bagaimana memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi?
Senang, tapi sebenarnya rumit. Sebaik-baiknya, makanan pertama bayi adalah home-made. Bukan makanan segera seperti nestum yang dalam tin tu. Tambahan, makanan pejal pertama haruslah pejal-cair. Tak faham? Aku dulu pun tak faham. Tapi kalau korang bayangkan mushroom soup yang salu korang makan di Pizza hut tu, mesti korang faham kan. Ha, begitulah tekstur makanan pejal pertama bayi korang. Jangan terlalu pekat, nanti bayi berak keras. Kesian tau! 

Biasanya, untuk pertama kali makan, bayi hanya makan di dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin hanya dua atau tiga sudu kecil makanan. Jadi, sediakan makanannya di dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak berlaku pembaziran. Ada pendapat mengatakan makanan yang sama, diberikan kepada bayi selama empat hari berturut-turut untuk menguji alahan. Tapi melalui pengalaman aku, 2 hari sudah mencukupi kerana anak aku tergolong di dalam kategori yang cepat jemu. Lagipun, alahan terhadap makanan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga 2 jam selepas makan sesuatu makanan.

Reaksi suapan pertama pada bayi biasanya adalah memberikan riak wajah yang pelik. Bayi sedang belajar dan meningkatkan kemahiran barunya. Selera bayi mungkin berubah-ubah. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah kenyang dan tidak mahu makan seperti menoleh ke arah lain dan dia tidak mahu membuka mulut apabila disuapkan, atau apabila bayi mula bermain dengan makanan. Dilarang sama sekali terus memberikan makanan apabila bayi menunjukkan reaksi tidak mahu makan lagi kerana mungkin dia sememangnya sudah kenyang atau tidak suka kepada makanan tersebut. Bersedia untuk tukar makanan bayi korang :)

Berapa kali sehari bayi makan?
Diperingkat pengenalan, bayi makan sekali sehari, terpulang kepada ibu-bapanya untuk menentukan masa makan bayi. Bagi aku, anak aku makan sehari sekali selama seminggu. Selepas itu barulah 2 kali sehari. Apabila bayi sudah mula menyukai makanan, bolehlah ditambah satu lagi hidangan untuk melengkapkan 3 hidangan sehari.

Jadi, sekian sahaja perkongsian kali ini. Next time aku kongsikan jenis makanan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan :) Oh ya, pastikan korang berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor / kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi korang. Selamat mencuba!

comot!
excited nak makan :)


MITOS: KENAPA MASYARAKAT MELAYU SARAWAK TIDAK MAKAN IKAN PATIN


AMARAN: Cerita ini adalah mitos dan tidak ada bukti kesahihannya.

LEGENDA IKAN PATIN DAN MENGAPA RAMAI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK TIDAK MEMAKANNYA

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya. 

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati. 

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauh mana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

Sumber: Facebook

Monday, 27 May 2013

Orang baru :)


Pada hari Ahad, 19 Mei 2013 yang lalu, ahli keluarga kami bertambah lagi.


Adik aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal. Wah... setelah 3 orang pendekar menakluki rumah kami, akhirnya ada juga puteri-puteri comel jadi penyeri. Hihi..

Oleh kerana emak aku masih sakit, maka adik aku berpantang di rumah emak mertuanya. Bersalin anak sulung, mesti kena jaga elok-elok. Kami sekeluarga gembira sangat dengan kehadiran Alisha Zara terutamanya aku. Nanti, adalah kawan Ayra Ayushi nak bermain :)

Selamat datang ke dalam keluarga kita Alisha Zara! Cepat-cepat besar dan  jadi anak yang bijak!

Oh ya, sedikit update tentang emak. Walaupun kami gembira, masih terselit rasa duka dihati kami sekeluarga. Emak masih lagi sakit. Walaupun demikian, emak masih lagi mampu solat 5 waktu dan mengerjakan solat-solat sunat. Mudah-mudahan Allah meringankan beban emak. 



Wednesday, 22 May 2013

Konflik

Ada konflik yang berlaku di antara keluarga ini dan orang luar.

Ianya sangat mengganggu pemikiran aku kerana aku mungkin akan menjadi mangsa kepada kebodohan orang lain. Patutnya aku menulis kisah itu dilaman ini untuk menjelaskan yang kabur.

Tunggulah. Masa aku terlalu singkat sekarang. Nanti akan kuceritakan jua.

Tuesday, 14 May 2013

Menonton Ironman 3 - 3D

Pagi ini boss mesyuarat di luar pejabat. Maka dengan senang hati, tangan ini menari di atas muka papan kekunci untuk menceritakan kisah kami minggu lepas.

Selepas hari mengundi, aku mengambil keputusan untuk bercuti di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pagi itu, aku dan papa bersiap seawal mungkin untuk membawa si comel Ayra Ayushi ke klinik Doktor Sapiah. Berkhitan a.k.a. bersunat. Hehe.. 

Lepas balik tu hantar abang ke sekolah dan ambil Aiman balik dari sekolah. Balik rumah sekejap dan terus bersiap nak tengok wayang :) Kami bawa Aiman sahaja. Sekarang ni memang tak dapat nak bawa semua. Kalau bawa semua sekaligus pergi ke mana-mana, insha Allah akan balik ke rumah semula setelah 2 km perjalanan. Memang mereka sedang sangat aktif dan kuat menyakat. Untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku, maka kami bawa mereka ke mana-mana dengan sistem giliran. 

Okey, jadi... kami menonton Ironman 3. Best. Aiman pun suka. 





Cinta mati..

Seronok jugak bila dapat keluar bersama. Jarang tau dapat buat macam ni. Sekarang ni kena bijak bahagikan masa bersama anak-anak. Penat. Tapi berbaloi!



Thursday, 9 May 2013

Tentang menghargai

Mama Ina.

Mama ina pengasuh Aiman masa Aiman kecik dulu. Sampai sekarang aku tak dapat melupakan kebaikkan Mama Ina. Masa tu Aiman baru setahun 7 bulan. Memang Aiman dah tak ingat kot kat Mama Ina. Mama Ina jaga Aiman agak lama jugak. 

Masa nak pindah balik sini dulu, kami sekeluarga jumpa jugak Mama Ina untuk kali terakhir. Aiman pulak tiba-tiba nak bermalam di rumah Mama Ina sedangkan dah lama sangat tak jumpa masa tu. Masa aku ambik Aiman keesokkan harinya, kami semua menitis air mata. Sedih sangat...

Dan beberapa hari lepas, aku suruh dia tulis surat untuk Mama Ina. 60% kandungan surat idea aku. Dan selebihnya idea dia sendiri. Aku nak ajar dia tentang mengingati dan menghargai orang lain. Harap Mama Ina terkejut dan gembira dengan kedatangan surat itu nanti. 

Thursday, 2 May 2013

Lunch...

Salam dan selamat sejahtera.

Beberapa hari lepas aku dan papa berselisih faham tentang banyak perkara. Arghh.. Sangat stress dan tension bila berlaku perkara macam tu. Tapi nak buat macam mana. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri, bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Aku pulak bila dah terselisih, mesti nak naik angin satu badan. Payah sangat rasanya nak kawal perasaan marah. Hmm..

Tengah hari tadi papa ajak lunch di satu tempat yang special dan view nya pun sangat menarik. Memang sangat menenangkan fikiran. Mungkin papa nak pujuk hati aku agaknya. Walau apapun aku nak ucapkan terima kasih di atas makanan yang best belaka. Tapi yang aku sempat amik gambar 2 heali ni je lah.. yang lain-lain tu, aku dah siap bedal baru teringat nak ambik gambar. Hihi..



Best jugak marah ni kadang-kadang. Sebab ada orang belanja makan sedap. Hehe.. 

Oh ya, kalau korang free dan tak ada apa-apa nak dibuat, apa kata luangkan masa ke page ini. http://www.facebook.com/tudung4ukuching,

Itu sumber pendapatan sampingan dan bisnes kecil-kecilan yang baru nak menapak. Kalau suka dengan page tu, bolehlah tekan butang like. Terima kasih ya!


~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers