
Pada hari Ahad, 19 Mei 2013 yang lalu, ahli keluarga kami bertambah lagi.

Adik aku selamat melahirkan seorang puteri secara normal. Wah... setelah 3 orang pendekar menakluki rumah kami, akhirnya ada juga puteri-puteri comel jadi penyeri. Hihi..
Oleh kerana emak aku masih sakit, maka adik aku berpantang di rumah emak mertuanya. Bersalin anak sulung, mesti kena jaga elok-elok. Kami sekeluarga gembira sangat dengan kehadiran Alisha Zara terutamanya aku. Nanti, adalah kawan Ayra Ayushi nak bermain :)
Selamat datang ke dalam keluarga kita Alisha Zara! Cepat-cepat besar dan jadi anak yang bijak!
Oh ya, sedikit update tentang emak. Walaupun kami gembira, masih terselit rasa duka dihati kami sekeluarga. Emak masih lagi sakit. Walaupun demikian, emak masih lagi mampu solat 5 waktu dan mengerjakan solat-solat sunat. Mudah-mudahan Allah meringankan beban emak.










No comments:
Post a Comment