![]() |
| wajah budak lapar :) |
Salam dan selamat petang.
Petang ini aku nak sharing tentang memperkenalkan makanan kepada baby. Anak korang dah mula makan? Kalau masih tak sure, jom baca dulu. Yang ditulis di bawah adalah berdasarkan hasil carian google dan pengalaman aku sendiri yang dah ada 4 orang anak di usia yang belum mencapai 30 tahun :)
Bila harus memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Adalah dinasihatkan untuk memperkenalkan bayi kepada makanan pejal apabila mencapai usia 6 bulan untuk meminimumkan reaksi / alahan terhadap makanan yang tidak dijangkakan.
(Ayra Ayushi dah makan seawal usia 5 bulan di atas nasihat doktor dan telah mempunyai tanda-tanda bersedia untuk makan)
Perlukah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
PERLU kerana dengan penyusuan susu ibu sahaja tidak memberikan bayi nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.
Adakah bayi korang bersedia untuk makan?
Jika bayi anda boleh mengangkat dan mengekalkan posisi kepala, duduk dengan selesa apabila dipegang, boleh melakukan pergerakan mengunyah dan amat berminat dengan makanan yang korang sedang makan, maka itulah tanda-tanda bahawa bayi korang dah bersedia nak makan.
Bagaimana memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi?
Senang, tapi sebenarnya rumit. Sebaik-baiknya, makanan pertama bayi adalah home-made. Bukan makanan segera seperti nestum yang dalam tin tu. Tambahan, makanan pejal pertama haruslah pejal-cair. Tak faham? Aku dulu pun tak faham. Tapi kalau korang bayangkan mushroom soup yang salu korang makan di Pizza hut tu, mesti korang faham kan. Ha, begitulah tekstur makanan pejal pertama bayi korang. Jangan terlalu pekat, nanti bayi berak keras. Kesian tau!
Biasanya, untuk pertama kali makan, bayi hanya makan di dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin hanya dua atau tiga sudu kecil makanan. Jadi, sediakan makanannya di dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak berlaku pembaziran. Ada pendapat mengatakan makanan yang sama, diberikan kepada bayi selama empat hari berturut-turut untuk menguji alahan. Tapi melalui pengalaman aku, 2 hari sudah mencukupi kerana anak aku tergolong di dalam kategori yang cepat jemu. Lagipun, alahan terhadap makanan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga 2 jam selepas makan sesuatu makanan.
Reaksi suapan pertama pada bayi biasanya adalah memberikan riak wajah yang pelik. Bayi sedang belajar dan meningkatkan kemahiran barunya. Selera bayi mungkin berubah-ubah. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah kenyang dan tidak mahu makan seperti menoleh ke arah lain dan dia tidak mahu membuka mulut apabila disuapkan, atau apabila bayi mula bermain dengan makanan. Dilarang sama sekali terus memberikan makanan apabila bayi menunjukkan reaksi tidak mahu makan lagi kerana mungkin dia sememangnya sudah kenyang atau tidak suka kepada makanan tersebut. Bersedia untuk tukar makanan bayi korang :)
Berapa kali sehari bayi makan?
Diperingkat pengenalan, bayi makan sekali sehari, terpulang kepada ibu-bapanya untuk menentukan masa makan bayi. Bagi aku, anak aku makan sehari sekali selama seminggu. Selepas itu barulah 2 kali sehari. Apabila bayi sudah mula menyukai makanan, bolehlah ditambah satu lagi hidangan untuk melengkapkan 3 hidangan sehari.
Jadi, sekian sahaja perkongsian kali ini. Next time aku kongsikan jenis makanan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan :) Oh ya, pastikan korang berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor / kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi korang. Selamat mencuba!
![]() |
| comot! |
![]() |
| excited nak makan :) |













No comments:
Post a Comment