Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Tuesday, 28 May 2013

INFO: Memperkenalkan Makanan Pejal Kepada Bayi

wajah budak lapar :)
Salam dan selamat petang.

Petang ini aku nak sharing tentang memperkenalkan makanan kepada baby. Anak korang dah mula makan? Kalau masih tak sure, jom baca dulu. Yang ditulis di bawah adalah berdasarkan hasil carian google dan pengalaman aku sendiri yang dah ada 4 orang anak di usia yang belum mencapai 30 tahun :)

Bila harus memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
Adalah dinasihatkan untuk memperkenalkan bayi kepada makanan pejal apabila mencapai usia 6 bulan untuk meminimumkan reaksi / alahan terhadap makanan yang tidak dijangkakan.
(Ayra Ayushi dah makan seawal usia 5 bulan di atas nasihat doktor dan telah mempunyai tanda-tanda bersedia untuk makan)

Perlukah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi?
PERLU kerana dengan penyusuan susu ibu sahaja tidak memberikan bayi nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi.

Adakah bayi korang bersedia untuk makan?
Jika bayi anda boleh mengangkat dan mengekalkan posisi kepala, duduk dengan selesa apabila dipegang, boleh melakukan pergerakan mengunyah dan amat berminat dengan makanan yang korang sedang makan, maka itulah tanda-tanda bahawa bayi korang dah bersedia nak makan.

Bagaimana memperkenalkan makanan pejal pertama kepada bayi?
Senang, tapi sebenarnya rumit. Sebaik-baiknya, makanan pertama bayi adalah home-made. Bukan makanan segera seperti nestum yang dalam tin tu. Tambahan, makanan pejal pertama haruslah pejal-cair. Tak faham? Aku dulu pun tak faham. Tapi kalau korang bayangkan mushroom soup yang salu korang makan di Pizza hut tu, mesti korang faham kan. Ha, begitulah tekstur makanan pejal pertama bayi korang. Jangan terlalu pekat, nanti bayi berak keras. Kesian tau! 

Biasanya, untuk pertama kali makan, bayi hanya makan di dalam kuantiti yang sedikit. Mungkin hanya dua atau tiga sudu kecil makanan. Jadi, sediakan makanannya di dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak berlaku pembaziran. Ada pendapat mengatakan makanan yang sama, diberikan kepada bayi selama empat hari berturut-turut untuk menguji alahan. Tapi melalui pengalaman aku, 2 hari sudah mencukupi kerana anak aku tergolong di dalam kategori yang cepat jemu. Lagipun, alahan terhadap makanan dapat dikesan seawal beberapa minit hingga 2 jam selepas makan sesuatu makanan.

Reaksi suapan pertama pada bayi biasanya adalah memberikan riak wajah yang pelik. Bayi sedang belajar dan meningkatkan kemahiran barunya. Selera bayi mungkin berubah-ubah. Perhatikan tanda-tanda yang menunjukkan bayi sudah kenyang dan tidak mahu makan seperti menoleh ke arah lain dan dia tidak mahu membuka mulut apabila disuapkan, atau apabila bayi mula bermain dengan makanan. Dilarang sama sekali terus memberikan makanan apabila bayi menunjukkan reaksi tidak mahu makan lagi kerana mungkin dia sememangnya sudah kenyang atau tidak suka kepada makanan tersebut. Bersedia untuk tukar makanan bayi korang :)

Berapa kali sehari bayi makan?
Diperingkat pengenalan, bayi makan sekali sehari, terpulang kepada ibu-bapanya untuk menentukan masa makan bayi. Bagi aku, anak aku makan sehari sekali selama seminggu. Selepas itu barulah 2 kali sehari. Apabila bayi sudah mula menyukai makanan, bolehlah ditambah satu lagi hidangan untuk melengkapkan 3 hidangan sehari.

Jadi, sekian sahaja perkongsian kali ini. Next time aku kongsikan jenis makanan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan :) Oh ya, pastikan korang berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor / kakitangan kesihatan terlebih dahulu sebelum memperkenalkan makanan kepada bayi korang. Selamat mencuba!

comot!
excited nak makan :)


Friday, 2 November 2012

Memang Sedap


Salam...

Korang dah makan lom? Kalo belom, cecepat  lah menapak ke Restoran  Pizza Hut yang berhampiran.


Order Cheesy 7 Reloaded. Ada 4 pilihan topping iaitu Pepperoni & Beef, Seafood Sensation, Pineapple Chicken dan jugak Chicken Chop. Pia Classic (yang tak ada topping) pun ada jugak dalam siri Cheesy 7 Reloaded ni. Topping yang ummph mesetilah Pepperoni & beef dan jugak Chicken Chop.


 Apa yang istimewa tentang promosi terbaru ni mestilah adunan 7 jenis cheese yang digunakan bagi menghasilkan pizza ini. Perghhh.. memang meleleh. Sedap... sangat sedap untuk penggemar cheese macam aku. 


Dah makan kenyang-kenyang jangan lupa isi borang contest. Mana tau badan bertuah, dapat la hadiah.. Err,, aku pun tak tau contest apa dan apa hadiahnya. Main isi je masa tu. Haha.. Yang pastinya, mestilah contest pasal pizza baru tu. Tak payah rsau, soalannya satu je. Jawapannya, aku bagi sia-siap. "TRUE". Haha..

OK, tu je nak citer. Sorry la bosan sikit. Nanti aku gali citer yang lagi best untuk bahan bacaan korang. 

Sekian..



*tQ papa for the treat :)

Wednesday, 3 October 2012

Tumpik. Kenal tak?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat pagi. Aku baru lepas sarapan pagi seorang diri di pejabat. Sebabnya, tadi aku dan papa dah lambat dan papa juga akan ke Kota Samarahan pagi ini dengan boss nya, Tuan Tamin. 

Dah 3 hari aku asyik menyebut nak makan tumpik. Biasalah selera orang mengandung ni macam-macam. Makanya, tadi papa singgah tapaukan tumpik untuk aku minum pagi di pejabat.


Tumpik ni macam lempeng jugak kalau di Semenanjung. Kata penduduk setempat, tumpik terkenal dikalangan orang-orang Bintangor. Aku tak sure betul ke tidak, yang pastinya, aku dah kenal ngan tumpik ni sejak aku kecik lagi. Masa dulu-dulu, nenek aku yang rajin masak tumpik untuk sarapan pagi. 

Tumpik diperbuat dari tepung lemantak atau lebih dikenali sebagai tepung sagu yang dicampur dengan kelapa parut dan dimakan dengan gula apong yang dicairkan. Cara membuatnya agak mudah, cuma gaulkan kelapa parut dengan adunan tepung tadi dan dimasak di atas frying pan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini aku tak pernah lagi masak tumpik. Hehe.. Kalau nak tahu resepi tumpik bolehlah gunakan khidmat pak cik Google ataupun klik kat sini Resepi Tumpik

Tumpik dan gula apong

Untuk makluman, Tepung sagu atau lemantak adalah sejenis tepung yang diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak. Biasanya tepung lemantak didapati dalam bentuk basah (macam kari basah jugak lebih kurang)

Asal usul gula apong adalah daripada pokok nipah. Gula apong lebih kurang sama dengan gula melaka. Bezanya, gula melaka dalam bentuk ketulan tetapi gula apong adalah cecair yang pekat dan likat. Di Kuching, hampir semua kedai runcit ada menjual gula apong atau disebut jugak dengan nama pendeknya GULAPONG.

rupa bentuk tepung lemantak dan gula apong

Agak sukar jugak mencari tumpik di kedai-kedai makan. Biasanya orang sini buat sendiri je untuk sarapan pagi atau minum petang. Bagi yang datang ke Kuching, bolehlah ke kedai Liza's Cafe di Jalan Haji Taha.(sila gunakan aplikasi Google Map) Di sana, sekeping tumpik dijual dengan harga RM1.50.

Best!


Monday, 1 October 2012

Kopi O Corner


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah 4 bulan kembali ke Kuching baru jejak kaki di Restoran Kopi O Corner. Itu pun setelah mendengar feedback dari kawan-kawan dan sepupu sepapat yang mengatakan di sana makannya 'ada rasa'.


Lokasinya betul-betul di corner bangunan yang terletak di hadapan jalan utama berhampiran flyover Satok. Agak bahaya jika makan dengan kanak-kanak. Kalau nak bawa kanak-kanak pun, make sure makan di dalam, di tempat duduk yang jauh dari pintu kerana lokasinya betul-betul di hadapan jalan raya. (better be safe than sorry)

Dah beberapa kali aku dan papa bersarapan di sana. Setakat ini, layanan yang kami terima sangat memuaskan. Masa menunggu makanan pun tidak lama walaupun pelanggannya ramai. Boleh bagi 5 bintang. Harga makanan boleh dikatakan berbaloi. 

Antara makanan yang sempat diabadikan dalam bentuk gambar:

Pratha Roll

Canai Cheese

Mee Jawa Special (with satay)

Bagi kawan-kawan yang datang berkunjung di Kuching, bolehlah singgah di restoran ini jika berkesempatan. Memang best!

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers