Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Pertunjukan kapal berhias

Wah, sudah 2 bulan aku menaip entri ini, rupanya lupa nak tekan button publlish... Jadi, aku dengan senang hati betulkan semula ayat-ayat lama dan jadikannya menjadi ayat yang baru.. Huh! 2 kali kerja...

Mempersembahkan...

Gambar-gambar yang diambil sekitar malam pertunjukan kapal berhias.


si kecik ni pun sibukkk





ini adalah antara acara yang terbaik yang pernah aku saksikan... hebat! 

I love Sarawak :)

Thursday, 8 August 2013

Kemeriahan malam raya di kampungku

Setiap tahun, tepat jam 12.00 tengah malam 1 Syawal, perang bunga api seakan acara wajib di kampung kami dan sekitar bandaraya Kuching.

Tonton di sini rakaman aku malam tadi:

Memang awesome!

Tuesday, 28 May 2013

MITOS: KENAPA MASYARAKAT MELAYU SARAWAK TIDAK MAKAN IKAN PATIN


AMARAN: Cerita ini adalah mitos dan tidak ada bukti kesahihannya.

LEGENDA IKAN PATIN DAN MENGAPA RAMAI MASYARAKAT MELAYU SARAWAK TIDAK MEMAKANNYA

Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam. Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya. Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya. 

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat. Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu. Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut. Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah. Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah. Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian. Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya. Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya. Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya. Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun. Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati. 

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang. Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan. Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama. Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit. Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar. Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa. Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah. Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai. Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air. Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin. Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauh mana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

Sumber: Facebook

Monday, 3 December 2012

Kemuncak musim durian

Di Kuching sekarang musim buah. Buah rambutan dan buah durian. Manggis pun ada. Durian sedang berada di puncak musim. Merata-rata orang jual durian di tepi jalan. 3 biji RM10.00, 4 biji Rm10.00, 5 biji Rm10.00, sebiji RM1.00 pun ada. Oh ya, di sini durian bukan dijual secara timbang kilo. Selama aku di Tanah Malaya, jarang sangat aku jumpa orang jual durian kira biji. Hm.. Lain tempat, lainlah caranya kan?

Minggu lepas aku pergi kenduri di Sadong Jaya yang terletak di Bahagian Kota Samarahan. Di situ ramai penduduk ada dusun durian. jadi, balik dari kenduri, kami singgahlah beli durian. Tapi tak banyak. Sebab papa tak tahan bau durian dalam kereta dan jugak ruang nak letak durian di dalam kereta terhad. Hehe..


Pagi tadi pulak kawan mak aku hantar sebakul durian. Dari Serian. Wahh... raya durianlah aku. Buah kegemaran aku tu. Larat dengan tak larat je lah nak membedalnya. 


Pukul 7.30 pagi aku dah belasah sebijik durian. Sebelum papa pergi kerja, aku paksa dia bukak sebijik untuk aku. Heheh.. Pastu bapak pulak bangkit dari tidur, aku suruh bukak lagi sebijik. Huh! Malam ni CONFIRM aku kepanasan.


Sedap tau! Bagi sesiapa yang tak makan durian, memang rugi......

Monday, 12 November 2012

Dating - Skyfall

Sabtu malam aku keluar nge'date' ngan papa. Tengok movie. Lama giler tak keluar tengok movie sama-sama. Beranak kecik memang macam ni. Kalau tak pandai nak curi masa, 'Assalamualaikum' je lah...

Perancangan awal nak ke MBO di The Spring, tapi last minute papa kata kalau ada pawagam yang berdekatan, tak payah pergi The Spring. So, aku bawak papa pegi pawagam klasik di Wisma Pelita atau nama lainnya Ala Carte. Ini tempat manusia yang bergelar remaja berkumpul satu masa dahulu. Sekarang ni aku jarang pulak nampak budak-budak melepak macam zaman dulu-dulu tu. Tak tau la kalau aku yang sebenarnya asik terperap kat rumah. Hehe..

Star Cineplex

Star Cineplex, panggung wayang yang terletak aras 9, Wisma Pelita. Wisma Pelita, lokasinya adalah seberang jalan Hotel Harbour View, berdekatan dengan Sungai Sarawak. Kalau sesiapa yang check-in di Harbour View, bolehlah jalan kaki je ke pawagam ni.

Ini adalah pawagam 3 bintang. So please do not expect too much. Just imagine keadaan rupa panggung wayang zaman movie Sembilu arahan Dato' Yusof Haslam pertama kali ditayangkan dahulu. Hah, macam tu lah lebih kurang. Jadi kepada korang yang high taste, tidak digalakkan menonton di sini demi keselesaan masing-masing.

Papa sendiri pun agak menyesal menonton di sini walaupun pada awalnya dia berkata

"bestnya selesa macam ni. tak ramai orang, tak sesak"

Aku hanya terdiam. Fikiran aku  lebih tertarik kepada kerusi urut jenama Gintell yang tersusun berhampiran kaunter tiket. Papa membeli tiket dan kemudian aku request nak duduk di kerusi urut. 


Dari rumah lagi kami dah setuju nak tengok Skyfall. Aku ini peminat setia James Bond. Walaupun jalan cerita 007 kali ini agak slow, aku tetap tak setuju kalau papa cakap cerita ni bosan. Hey, ini peminat fanatik cerita James Bond lah.. Jangan cakap macam tu tau! Haha..Movie start pukul 8.30 malam. Lebih kurang pukul 11.30 malam kami gerak balik. Ambik Armand dan Abril di rumah mak cik. Aiman pulak nenek dia jaga. :)

Lupa pulak nak story, sebelum masuk panggung, masa aku tengah sedap diurut oleh kerusi Gintell, papa check-in kat Foursquare. Dia mengadu kat aku yang komen-komen kat Foursquare menakutkan.

'kotor'

'berbau'

'tidak selesa'

Aku tergelak dan buat tak reti jer sambil layan kerusi urut.. Tadi kan dia nak pergi ke panggung yang berhampiran. Itu lah yang paling hampir pun. Haha.. Tiket dah beli pun kan. Masuk je lah. Panggung era zaman kegemilangan filem Sembilu. Tak best. Tapi movie yang kami tonton tu yang best. Papa cakap next time tak mau datang sana lagi. Haha.. OK2.. Next time aku bawa papa ke Riverside pulak. kat situ pun ada panggung jugak. Tapi aku tak tau lagi macam mana condition nya. Nanti aku pergi menjenguk di sana dan buat laporan kat sini. 

Mama sedang berurut dan baby berusia 36 minggu sedang membesar di dalam perut mama..


#qualitytimewithhubby

Tuesday, 23 October 2012

A Morning Walk

I had a morning walk with papa last Sunday. It's been ages since our last morning walk which was when we're still in Putrajaya.

Pustaka Negeri Sarawak
We went to Pustaka Negeri Sarawak, which located just few miles from our home. The beautiful scenery and the fresh morning air soothe me.




We took about 30 minutes to enjoy the scenery and walked around. I did not finish my journey as my leg began to cramp. We decided to go back home.  


I was very tired but it does not matter since walking is considered as an exercise for pregnant women. In addition, sometimes it's good for husband and wife to have some activity together. I am lucky as my parent is always at home to look after my kids so I can spend quality time with my husband.


Published with Blogger-droid v2.0.9


Wednesday, 3 October 2012

Tumpik. Kenal tak?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat pagi. Aku baru lepas sarapan pagi seorang diri di pejabat. Sebabnya, tadi aku dan papa dah lambat dan papa juga akan ke Kota Samarahan pagi ini dengan boss nya, Tuan Tamin. 

Dah 3 hari aku asyik menyebut nak makan tumpik. Biasalah selera orang mengandung ni macam-macam. Makanya, tadi papa singgah tapaukan tumpik untuk aku minum pagi di pejabat.


Tumpik ni macam lempeng jugak kalau di Semenanjung. Kata penduduk setempat, tumpik terkenal dikalangan orang-orang Bintangor. Aku tak sure betul ke tidak, yang pastinya, aku dah kenal ngan tumpik ni sejak aku kecik lagi. Masa dulu-dulu, nenek aku yang rajin masak tumpik untuk sarapan pagi. 

Tumpik diperbuat dari tepung lemantak atau lebih dikenali sebagai tepung sagu yang dicampur dengan kelapa parut dan dimakan dengan gula apong yang dicairkan. Cara membuatnya agak mudah, cuma gaulkan kelapa parut dengan adunan tepung tadi dan dimasak di atas frying pan. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini aku tak pernah lagi masak tumpik. Hehe.. Kalau nak tahu resepi tumpik bolehlah gunakan khidmat pak cik Google ataupun klik kat sini Resepi Tumpik

Tumpik dan gula apong

Untuk makluman, Tepung sagu atau lemantak adalah sejenis tepung yang diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak. Biasanya tepung lemantak didapati dalam bentuk basah (macam kari basah jugak lebih kurang)

Asal usul gula apong adalah daripada pokok nipah. Gula apong lebih kurang sama dengan gula melaka. Bezanya, gula melaka dalam bentuk ketulan tetapi gula apong adalah cecair yang pekat dan likat. Di Kuching, hampir semua kedai runcit ada menjual gula apong atau disebut jugak dengan nama pendeknya GULAPONG.

rupa bentuk tepung lemantak dan gula apong

Agak sukar jugak mencari tumpik di kedai-kedai makan. Biasanya orang sini buat sendiri je untuk sarapan pagi atau minum petang. Bagi yang datang ke Kuching, bolehlah ke kedai Liza's Cafe di Jalan Haji Taha.(sila gunakan aplikasi Google Map) Di sana, sekeping tumpik dijual dengan harga RM1.50.

Best!


Monday, 1 October 2012

Kopi O Corner


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah 4 bulan kembali ke Kuching baru jejak kaki di Restoran Kopi O Corner. Itu pun setelah mendengar feedback dari kawan-kawan dan sepupu sepapat yang mengatakan di sana makannya 'ada rasa'.


Lokasinya betul-betul di corner bangunan yang terletak di hadapan jalan utama berhampiran flyover Satok. Agak bahaya jika makan dengan kanak-kanak. Kalau nak bawa kanak-kanak pun, make sure makan di dalam, di tempat duduk yang jauh dari pintu kerana lokasinya betul-betul di hadapan jalan raya. (better be safe than sorry)

Dah beberapa kali aku dan papa bersarapan di sana. Setakat ini, layanan yang kami terima sangat memuaskan. Masa menunggu makanan pun tidak lama walaupun pelanggannya ramai. Boleh bagi 5 bintang. Harga makanan boleh dikatakan berbaloi. 

Antara makanan yang sempat diabadikan dalam bentuk gambar:

Pratha Roll

Canai Cheese

Mee Jawa Special (with satay)

Bagi kawan-kawan yang datang berkunjung di Kuching, bolehlah singgah di restoran ini jika berkesempatan. Memang best!

Tuesday, 11 September 2012

The most checked-in places in my Foursquare

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Good morning. 

Today I just wanna share my the most place I checked-in everyday on Foursquare...



Umah Ngah Anot - My home
Umah Mak Pah - to leave Abril during office hour.
JAKIM Cawangan Sarawak - my office
Mee Sapi Haji Salleh - my breakfast port
Ramai Cafe - my lunch port
Wisma Satok / Hopoh - my window shopping port from 1.15 - 2.00 p.m.
Areeza Cafe - my  tea time / dinner port

That's it. That's my routine on weekdays. Now I'll let you know where did I checked in the most during weekend...

Umah Ngah Anot 
Areeza Cafe

The conclusion that we can say from the data provided above is my life is super boring, Yes, it is. My life is kinda bored as I seemed to be in the same place everyday. But the fact that people did not know is that I am having so much fun with my husband and kids at same place everyday. 

I may be checked-in at the same place everyday, but we did so many different things. I am handling thousands of my kids behaviour. Papa, Abang, Aiman and Abril never give me a space to get boring with them. They made me mad, sad, happy stress, insane and crazy everyday. I love them very much. They are my soul. 



Tuesday, 10 April 2012

Place Like No Other

Aku di Kuching, negeri kelahiranku. Bukan sekadar menjenguk mak dan bapak. Tetapi menghantar anak-anak  dan barang-barang milikku yang seberat 110kg itu. Dalam masa yang terdekat ini, aku akan meninggalkan bumi Malaya setelah 5 tahun berkhidmat di sana.

5 tahun kata orang tidak lama. Bagi aku, tempoh 5 tahun itu sangat panjang dan bermakna sekali dalam kehidupan aku. 5 tahun di tempat orang, berdiri di atas kaki sendiri atau dalam bahasa ringkasnya BERDIKARI. Menggungung pengalaman yang aku perolehi. Pahit, manis, suka, duka, bahagia, derita, caci maki, fitnah, dan kebencian orang pada aku sebagai 'janda' dan anak Sarawak.. semuanya asam garam penyedap kehidupan selama aku di sana. 

Arah putaran hidup aku berubah di sana. Periuk nasi aku bermula di sana. Penghujung dan pengakhiran hubungan aku dahulu juga di sana. Permulaan kehidupan yang bahagia ini juga di sana. Bahkan kisah bodoh sepanjang zaman pun di sana kejadiannya. Huh~ Kalau dibukukan, boleh jadi kaya. Royalti melimpah di dalam poket. Apa tidaknya, perjalanan kehidupan bagaikan cerita dongeng. Gila! Yang mengetahui selok belok simpang siur hidupku sahaja yang percaya.

Esok aku akan kembali ke sana. banyak lagi perkara harus diselesaikan sebelum meninggalkan bumi Malaya dan kembali ke Bumi Kenyalang yang tercinta ini. Aku mahu bina kehidupan yang aman di bumi sendiri. Kuching, Sarawak - Place like no other...

kampungku banjir...

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers