Showing posts with label mengandung. Show all posts
Showing posts with label mengandung. Show all posts

Wednesday, 28 November 2012

Week #38 check-up

Petang semalam temujanji aku di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Malaysia Jaya, Jalan Astana, Kuching.. Cewahh.. Full address tu. Hehe.. 

Semalam check-up minggu ke-38. Sekarang ni aku dah konfius pasal due date aku. REDD 06.12.2012, EDD 08.12.2012, lepas tu doctor pulak bagi tarikh baru, REDD & EDD 09.12.2012. Alahai.. Mana-mana jelah. Janji anak aku keauar jugak bila sampai masa nanti.

Oh, perkembangan terbaru ialah, berat aku dah turun. :) Last week 76.1kg dan semalam 75.7kg. Kata orang tua-tua, kalau berat dah turun tu maknanya tak lama lagi bersalin lah tu. 


Lain-lain perkembangan ialah minggu-minggu terakhir ini aku diserang keputihan yang teruk. Teruknya, sebab gatal. Kaler tu takda pulak berubah jadi kuninig pekat/hijau. Kata doktor kena jangkitan. Mungkin terlalu kerap kencing kot. Jadinya, doktor swab lah sebab nak hantar pergi makmal. Minggu depan baru dapat result. Dan dimaklumkan bahawa rahim masih ketat lagi pintunya. Jadi, aku tak payahlah nak berharap baby kelaur masa terdekat ini. Huhu~


Dan, di dalam perut ini ada baby yang berusia 38 minggu.. Tak sabar tau nak bersalin. Berat sangat dah rasa. Tak larat!

Tuesday, 27 November 2012

Panasnya Hari Ini!

Semalam cuaca panas. Matahari memancar terik. Dari selepas makan tengah hari aku menunggu kedatangan penjual ice cream. 

Tepat jam 1.20 petang, bekalan elektrik di kawasan kami pulak terputus. Makanya, aku dan anak-anak hidup dalam kepanasan. Nasib baik rumah kami di kawasan yang berangin. Bukak semua tingkap, rumah pun jadi sejuk :)

Jam 2.30 petang, yang dinanti-nantikan pun tiba..


Semua orang dapat satu ice cream. Puas hati walaupun bila ice cream dah habis, aku rasa satu tu tak cukup. Sesungguhnya, ice cream memang melegakan di dalam cuaca yang teramat panas. Lebih-lebih lagi orang yang sedang mengandung, memang cepat terasa panas.

seronok dapat ice cream

aku suka yang ini
Harap masa baby dah lahir nanti tak janganlah blackout bagai. Tak kan lah aku nak makan ice cream pulak dalam berpantang. Naya!

Monday, 26 November 2012

Senaman semasa mengandung

Mengandung kali ini, hampir setiap hari aku bersenam.

Setiap hari bekerja aku panjat 59 anak tangga untuk naik ke pejabat. Itu kiraan untuk sekali naik sahaja.


Kalau aku nak hantar barang ke tingkat 2 atau 1, kene pulak  turun dan naik semula pulak. Setiap hari mesti ada aktiviti turun naik tangga ni.

Oh, bukan tak ada lif. Lif ada. Tapi tidak dapat digunakan kerana rosak. Bukan tak dapat dibaiki, tetapi tidak mahu dibaiki kerana bakal berpindah ke bangunan baru di dalam masa terdekat ini.

Makanya, aku yang menanggung bala. Err... aku dengan boss aku la. sebab kat tingkat atas sekali aku ngan dia jer. Hehe.. Tapi takdelah bala mana pun. At least itu lah cara aku bersenam. Kata doktor yang aku selalu jumpa, turun naik tangga adalah senaman yang paling berkesan untuk ibu yang mengandung kerana dapat menguatkan otot kaki, perut dan rahim. Pendek kata, senang nak bersalin nanti.

Harap-harap macam tu lah kan? Penat tau aku turun naik tangga sejak dari awal bulan Mei dulu. Tapi... bila teringat masa nak melahirkan Abril dulu, aku jadi ngeri pulak. Masa mengandung dia dulu pun aku selalu jugak turun naik tangga dan berjalan kaki (walaupun tak sekerap sekarang). tapi, masih susah jugak rahim nak terbukak, kenapa ya? Hmm.. mungkin dah bahagian aku macam tu :) dan harap-harap kali ini tak ada masalah macam tu lagi. Serik tau, karang tak pasal-pasal kene caesar pulak.


Hari ini dah mulai bercuti. :) Tak tahulah senaman jenis apa pulak nak dibuat sementara belum bersalin ni. Tapi kalau kat rumah biasanya aku berenang atas katil je. Sampai matahari terpacak kat tengah kepala baru bangkit pergi mandi. Al-maklumlah malam-malam tak dapat tidur, macam sekarang. Heheh..


mode: insomnia~

Wednesday, 21 November 2012

Week #37 check up

Isnin, 19 November, aku ke Klinik lagi. Macam biasalah untuk check up kandungan. Sekarang dah masuk trimester ke-3, makanya, kena datang ckeck-up seminggu sekali.

Gambarajah di bawah menunjukkan perubahan berat badan aku dalam tempoh 1 minggu. Minggu ke-36 berat aku 74kg. Minggu ke-37, 76.1 kg. Naik 2.1kg. Menakutkan.


Tapi bila scan baby, estimated berat baby baru 2.6kg, (plus minus 300 gram). Masih dikira OK lagilah tu.. Harap janganlah terlalu besar sebab ada lagi 3 minggu nak capai 40 weeks. Aku tanya doctor semalam, OK tak berat anak aku. Katanya OK sebab selari dengan pertumbuhan dan perkembangan dia.. Aku serik betul bila teringat masa bersalin si Abril dulu. 3.6kg, tak larat aku! Hehe..


Kesimpulannya di sini, setakat minggu ini aku bolehlah bersenang hati dengan berat semasa baby dan haruslah kawal makan kalau tak mahu berat baby naik mendadak.

Cuma, mampu ke aku nak turunkan balik berat badan aku kepada 54kg semula nanti? 

Hmm... Malas nak fikir dulu~ 

Tuesday, 13 November 2012

Hospital Bag

Dah 36 minggu.

 Kata orang tua-tua, dah cukup bulan. Tunggu masa je lagi. Tapi ikutkan perkiraan, lagi 4 minggu lah nak cukupkan 40 minggu. Aku sendiri pun dah tak sabar nak tunggu baby keluar. Perut makin besar, semua pergerakan menjadi semakin susah.

Dini hari tadi ni aku siapkan 'hospital bag'. Just incase baby nak keluar seawal ini. Kebetulan pulak aku banyak masa terbuang ditengah-tengah malam kerana insomnia yang dah mula datang menerang.


Isi kandungan 'hospital bag' aku adalah seperti di bawah.


Actually, yang ini kekurangan satu benda yang agak penting. Bahan alternatif bagi air iaitu Wet Tissue. Ada je aku beli hari tu. Tapi yang gedabak punya besar. Tak handy langsung dan tak sesuai nak bawak ke sana ke mari. Hahah.. Aku lupa beli yang pack kecik, boleh tak? Hm.. Boleh je kalau rajin nak angkat baby ke sinki masa di hospital. Tapi aku ni pemalas. Maka, petang tadi aku singgah ke Butik Anakku, beli yang pack kecik.

RM4.90 untuk 2 pack of 30's
Selesai satu perkara dan... aku sangat-sangat ready dari segi mental untuk bersalin pada bila-bila masa mulai sekarang. :)


mode: #takmenyabar

Saturday, 10 November 2012

INFO: Corak Pergerakan Bayi di dalam Kandungan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Scheduled entry-

Hari ini aku nak kongsikan tentang corak pergerakan bayi. Artikel ini aku copy dari website Pa & Ma untuk perkongsian bersama.

Pengalaman merasai bayi berputar, menggeliut, menumbuk, menendang dan tersedu merupakan salah satu daripada fasa kehamilan yang anda lalui. Ada ketikanya anda mungkin gusar tentang pergerakan bayi. Persoalan seperti adakah bayi cukup menendang atau terlalu banyak selalu muncul di minda. Tidak kurang juga ada yang beranggapan bayi mempunyai 2 pasang kaki disebabkan kekerapan dia menendang. 
Trimester Pertama - Bermula daripada awal usia kehamilan hingga penghujung 3 bulan pertama, trimester awal ini merupakan masa di mana perkembangan pantas dan menakjubkan berlaku. Namun, jangan pula menjangka sebarang pergerakan bayi. Ketika ini, bayi masih terlalu kecil untuk membolehkan anda mengalaminya. Biarpun begitu, di dalam rahim, ketahuilah dia sudah boleh melonjak tetapi sayangnya, anda tidak mungkin dapat merasainya.
Trimester Kedua - Pada trimester ini, bayi anda sudah mampu sekurang-kurangnya menghisap ibu jari, menendang dan menghentam. Sesetengah wanita yang terlalu kurus atau yang pernah hamil sebelum ini mungkin boleh merasai pergerakan pertama bayinya seawal bulan ke-4. Namun, kebanyakan wanita tidak perasan atau mengenal pasti sentakan dan pergerakan pantas di mana ia dapat dirasai seperti angin atau kekejangan otot. 
Pada bulan ke-5 pula, kebanyakan wanita dapat merasai kegelisahan dan rasa gemuruh bayi. Pergerakan bayi akan mula menjadi seperti gerakan akrobatik sebaik sahaja ototnya kuat dan kemahiran motornya berkembang. Namun, dia masih kecil untuk melakukan pergerakan tungging terbalik. 
Apabila anda mula merasai “karate” pertamanya, jangan panik jika ia berlaku semula selepas beberapa jam. Malah ada juga yang merasainya selepas sehari atau dua. Pada tahap ini, saiz bayi masih kecil. Jadi, adalah normal untuk anda tidak merasai pergerakan yang tetap. Walau bagaimanapun, jika anda tidak merasai sebarang pergerakan sehingga pertengahan bulan ke-5, pastikan doktor yang merawat melakukan ujian imbasan ultra bunyi untuk memantau keadaan bayi. 
Bayi akan mula banyak bergerak setelah usianya mencecah 6 bulan. Pergerakan kakinya lebih mengikut irama dan anda akan mula perasan tepukan kaki si kecil. Disebabkan kesibukan anda menjalani rutin harian, anda mungkin perasan bahawa bayi lebih aktif sebaik anda beristirehat terutamanya di waktu malam. Malah selepas anda mengambil snek pun, dia menjadi aktif apabila kandungan gula dalam darah memberi tenaga tambahan kepadanya. Antara lain, sewaktu anda berasa gemuruh, pengalaman yang sama dapat dirasai kerana adrenalin memberi kesan yang sama kepada bayi. 
Trimester Ketiga - Pada usia kandungan 7 bulan, rahim semakin sempit. Namun, bayi masih mempunyai ruang untuk berpusing dan melambung. Dia juga semakin kuat. Jadi, tumbukannya benar-benar boleh membuatkan anda terkejut. Perlu anda ingat! Bayi adalah individu. Corak pergerakannya dengan bayi yang lain adalah berbeza. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dengan bayi dalam kandungan wanita yang lain. Malah, anda jangan tertekan jika bayi kurang aktif.
Berat bayi yang semakin bertambah pada usianya 8 bulan membuatkan ruang dalam rahim semakin sempit. Pergerakan akrobatiknya semakin berkurangan tetapi anda akan tetap boleh merasai dia menggeliang geliut dan berputar. Pada ketika ini juga, anda mungkin boleh merasai tusukan siku dan lututnya. 
Pada usianya 9 bulan, anda tidak dapat merasai tendangan yang menumbuk-numbuk tetapi lebih kepada senggutan dan sepakan hingga menyentak anda daripada apa sahaja yang sedang anda lakukan ketika hal ini berlaku. Malah, anda mungkin akan mengalami kesakitan setiap kali kaki bayi terkena rusuk anda. Untuk melegakannya, ubah posisi atau miringkan pelvik anda. 
Pergerakan Di Akhir Kehamilan - Pada minggu-minggu terakhir, bayi akan berada di dalam mangkuk pelvis dan bersiap sedia untuk dilahirkan. Kepala bayi dapat dirasai seolah-olah sebiji tembikai yang menekan lantai pelvis.
Pergerakan Pertama - Kebanyakan wanita akan merasai pengalaman tendangan pertama bayi sekitar minggu ke-13 hingga ke-25. Sesetengahnya dapat merasai bayi bergerak seawal minggu ke-13 hingga ke-16. Pergerakan pertama ini dikenali sebagai quickening. Ia sering digambarkan sebagai getaran. Ia mungkin sukar untuk tentukan sama ada apa yang anda rasai ialah angin atau pergerakan bayi. Namun, lama-kelamaan anda berupaya mengenal pasti corak pergerakannya. Ibu yang pertama kali hamil mungkin tidak dapat merasai pergerakan ini seawal seperti yang dialami oleh ibu hamil beberapa kali. Ketahuilah, ada ibu baru yang langsung tidak berpeluang melalui pengalaman ini sehingga kehamilannya masuk minggu ke-18 hingga ke-20.
Apabila kepala bayi “turun” ke dalam pelvis, anda akan terasa “ringan”, disebabkan kurangnya tekanan yang dahulunya berlaku di bawah tulang rusuk. Pada peringkat ini, anda tidak lagi merasai pergerakan yang biasa dilakukan bayi. Sebaliknya, anda mungkin mengalami tendangan yang tidak henti-henti di bawah tulang rusuk sama ada di sebelah kiri atau kanan (dipengaruhi oleh posisi bayi). 
Carta Tendangan - Kebanyakan wanita dinasihatkan supaya mengesan pergerakan bayi dengan menggunakan carta tendangan. Anda perlu merekod pergerakan bayi sehingga jumlahnya mencecah 10 tendangan. Sebaik-baiknya pada waktu yang sama setiap hari. Carta ini membantu anda memahami pola gerakan bayi. Sekiranya terdapat sebarang perubahan dalam pola tersebut, berjumpalah dengan doktor anda dengan segera untuk mengetahui puncanya.

Semoga dapat memberikan sedikit informasi kepada semua :)




Tuesday, 6 November 2012

INFO: Tips Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan / Cesarean

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini adalah sebuah entri yang agak panjang, namun berbaloi untuk dibaca :)

Semasa mengandungkan anak ke-3 pada tahun 2010, aku langsung tak menyangka bahawa aku akan melahirkannya secara pembedahan. Kata orang, kalau kita aktif semasa mengandung, maka, proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat. Itu kata orang sahaja. DIA yang menentukan bagaimana labour progress kita nanti sama ada dipermudahkan ataupun diberikan ujian kepada kita supaya sentiasa mengingatiNYA. Aku dulu langsung tak ada kesedaran nak ambik tahu pasal penjagaan selepas bersalin secara pembedahan. Yang aku masih ingat sampai sekarang, aku kerap cakap "aku tak nak ceaser" dan aku kerap melakukan senaman-senaman ringan seperti yang dicadangkan oleh doktor.. Tapi apa yang aku lalui tidak seperti yang aku harapkan.

Pendek kata. kita semua tak tahu lagi apa akan berlaku semasa proses bersalin nanti. Jadi, ada baiknya aku kongsikan cara penjagaan selepas bersalin secara pembedahan dengan korang. Jangan kelam kabut macam aku. Dah kena belah baru sibuk nak google segala. Tips ini bukan hasil penulisan aku, tapi aku copy dari blog bidan yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Selamat membaca!

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.

Sebelum Meninggalkan Hospital
Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
~ Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

~ Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

~ Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

~ Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

~ Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

~ Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

~ Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

~ Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

~ Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

~ Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Penjagaan Emosi
~ Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

~ Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

~ Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

~ Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

~ Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

~ Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.


Perkara Yang Perlu Dielakkan
~ Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

~ Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

~ Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

~ Kolam renang dan tab air panas.

~ Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

~ Kerap turun naik tangga.

~ Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.


Segera Berjumpa Doktor Jika:
~ Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

~ Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

~ Discaj vagina yang berbau busuk.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

~ Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

~ Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

~ Muncul ruam atau gatal-gatal.

~ Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

~ Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

~ Rasa bimbang, panik atau sedih.

Selepas aku melahirkan secara pembedahan, datang seorang doktor yang membuat pemeriksaan rutin ke atas aku dan anak aku. Satu nasihat yang diberikan kepada aku di dalam nada yang serius dan agak keras ialah JANGAN MAKAN UBAT-UBAT KAMPUNG. Maksudnya di situ jangan makan jamu. Jamu ni kan panas. Kepanasan boleh menyebabkan jahitan kat dalam terbuka. Kalau terbuka, alamatnya kenalah jahit semula. Aku rasa semua orang pun tak sanggup nak memikirkan kengerian bila 'dijahit semula' tu.

Ada juga kenalan yang mengatakan dia makan jamu / ubat-ubatan kampung yang panas selepas pembedahan tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Pada pandangan aku sebagai seorang kakitangan awam biasa yang bukan menjawat jawatan di dalam bidang kesihatan, itu terpulang kepada ketahanan tubuh masing-masing. Mungkin ada yang tahan dan ada yang tidak. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk memilih produk / ubat-ubatan selepas bersalin. Yang penting, sesuai dan selesa untuk diri sendiri dan anak yang menyusu badan.


Kredit: Sumber

Sunday, 4 November 2012

Macam-macam hal


Makin besar perut aku, makin macam-macam pulak hal.

Aiman selsema dah sebulan. Jumaat lepas papa bawak pegi klinik, doc kata sinusitis. Jadi, macam-macam lah pantang larangnya. Dari makanan, minuman sampailah persekitaran. 

Balik dari klinik Abril pulak jatuh dari katil masa bergurau dengan Armand. Pecah bibir, berdarah dan bengkak.

Semalam pulak Aiman tergelincir di atas lantai basah (bapak aku baru lepas mop). Aku ngan papa yang baru je balik dari dobi hantar pakaian panik bila dari luar rumah dah dapat dengar suara dia menangis. Papa pun bergegas bawak pergi hospital sebab benjol yang agak besar. Doc wat x-ray, check segala, nasib baik tak ada apa-apa. Cuma katanya, ketulan darah beku tu ambik masa 2-3 minggu nak surut.

Macam-macam hal yang mengecutkan jantung aku. Nasib baik aku ni bukan keturunan sakit jantung. Kalau tak, alamat dah padam gamaknya. Heheh.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 30 October 2012

Berat semasa


Naik lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, 29 October 2012

34 weeks preggy


Salam.

Hari ni tak kerja. Tapi berkursus selama 4 hari. Sebelum keluar rumah, aku bagi satu shoot bumper terkini. Ada baby yang berusia 34 minggu kat dalam. Hehe..

Cant wait for another 6 weeks!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 27 October 2012

INFO: Tips Persiapan Menyambut Bayi Baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini aku nak kongsikan tips dan senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kehadiran cahaya mata, semestinya akan merasa teruja dengan persiapan dan kelengkapan barang-barang bayi. Aku yang dah masuk empat orang anak pun masih terasa keterujaannya, apalagi yang beru pertama kali kan? Okey jom..

1. PAKAIAN BAYI
Perkara paling utama sekali mestilah pakaian bayi. Zaman sekarang ni pakaian baby macam-macam jenama pun ada. Anakku, Disney, Fitty, Fiffy, Pureen dan banyak lagi yang terdapat di pasaran. Ada yang mahal, ada yang murah. Terpulang kepada bajet masing-masing. Pada pendapat aku, nak beli pakaian baby bukan berdasarkan jenama semata-mata. Lihat dulu jenis fabrik yang digunakan. Ada pakaian yang mahal dan berjenama, tetapi fabriknya dari jenis yang panas pun tak guna jugak. Apa yang penting adalah keselesaan baby kita. 
Yang keduanya JANGAN beli yang kecil. Kalau boleh beli yang saiz besar sedikit. Kerana bayi yang baru lagir, tumbesarannya sangat cepat. Aku dulu suka beli pakaian size newborn dan 0-3 month untuk anak-anak aku sebab kononnya nanti dah lepas pantang baru kuar beli yang besar sikit ikut umur dia. Tapi aku SALAH. Anak aku ketiga-tiganya jenis badan besar. Keluar dari perut semua lebih 3 kilo. Pakai pakaian yang newborn memang sekali  dua jer. Yang size 0-3 bulan 3-4 minggu je. Sangat membazir kalau beli banyak-banyak. 
Dan yang pentng, lepas 3 bulan jangan ingat kita senang-senang nak keluar shopping pakaian baby lagi sebab kita pun tak tahu ragam baby kita nanti macam mana. Kalau jenis baby yang OK, OKlah... Kalau jenis yang meragam bila bawak jalan, kirim salam lah nak shopping-shopping bagai ni. Untuk pakaian, aku cadangkan beli jenama Anakku. Fabrik serap peluh dan tidak panas. Harga pun berpatutan. Lagi bagus kalau korang join member. Boleh kumpul point kalau beli di Butik Anakku. Size baju yang 0-3 bulan aku beli 2-3 helai je, yang lain-lain semua size 6 bulan ke atas.
2. LAMPIN
Lampin ni ada 3 jenis. Jenis yang pertama lampin tradisional. Lampin tradisional  ni refer kat napkin yang segi empat tu. Tapi jarang sangat-sangat orang pakai sekarang. Kalau nak pakai pun, make sure ada nappy liners yang boleh didapati di pasaraya/butik barangan bayi. Nappy liners tu fungsinya adalah untuk memastikan permukaan kulit punggung baby sentiasa kering. Tapi kalau bahagian lampin tak dialas dengan nappy liner tadi, alamat basah dan melecetlah punggung baby.  
Yang kedua, lampin jenis moden. Kalau nak beli, ada jugak jual liners sekali. Taip je kat Google.com, melambak dalam internet. Liners tu sama jugak fungsi macam nappy liners tadi. Bezanya lampin napkin ngan lampin modern ni, yang napkin tu korang kene lipat sendiri sampai jadi macam lampin. Manakala lampin moden ni macam seluar. Tinggal nak pakai je.. 
Satu jenis lampin lagi adalah lampin pakai buang atau dalam bahasa lainnya pampers. Yang ini memang cukup terkenal kerana mudah digunakan. Lepas pakai je buang, tak perlu nak basuh, jemur dan lipat macam 2 jenis lampin di atas. Hehe.. 
Bagi orang yang pemalas macam aku, memang guna pampers je lah. Setakat ini pampers terbaik yang pernah aku guna ialam Mami Poko. Memang sangat kering dan tak pernah membuatkan punggung anak aku melecet. Tapi harga dia memang kecutlah. Mengempiskan beg duit. Dulu Huggies pun OK, tapi lately, aku rasa Huggies makin tak berkualiti. Makin nipis pulak. Satu lagi yang OK dan terbaru adalah Whoopee. Aku tak tau kat anak orang lain. Tapi setakat ni Abril pakai memang terbaik.
3. SET MANDIAN
Set mandian ni kene ada. Jangan pulak nak memandai bagi baby baru lahir pakai Lux ke ape ke.. Kulit diorang sangat sensitive. Kalau aku dulu kat Putrajaya, terdesak sangat tak dapat nak keluar pegi pasaraya beli mandian, aku beli yang baby johnson punya sabun buku kat kedai runcit mamak bawah blok tu je.. Aku tak tau korang tau tak kewujudan sabun tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu memang aku nampak sabun tu dulu dan lepas beberapa ketika, barulah ada gel mandian bagai tu. 
Untuk mandian baby, aku suka dari rangkaian produk Johnson's Baby terutamanya 'head to toe' wash yang kaler kuning tu. Yang tu tak payah sibuk nak bukak botol syampu, bukak botol baby bath bagai. Satu produk tu je untuk mandi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Senang dan jimat masa. 
4. SET PENJAGAAN
Yang ni mesti ada jugak lah. Minyak perut baby,  losyen, bedak, krim ruam dan sebagainya. Terpulang dengan citarasa masing-masing, biasanya benda-benda ni ada dijual di pasaraya. Kedai runcit pun banyak. Ada jugak yang beli set untuk berpantang selepas bersalin tu pun kadang-kadang ada jugak minyak-minyak untuk baby sekali.  
Kalau aku, memang sentiasa menjadi pilihan dari brand Anakku atau Johnson's Baby. Minyak pulak aku suka minyak kayu putih ( yang dicampur dengan baby oil dengan nisbah 1:1, jangan pakai direct, takut terlalu panas) atau yu yi cap limau. Kalo nak guna Vicks, make sure guna yang khas untuk baby (penutup kaler pink) Jangan guna yang vaporub penutup hijau tu pulak. Kang tak pasal-pasal sawan (dah terang-terang tertulis kat direction pada botol)

5. PENYUSUAN
Bab penyusuan ni tengok pada korang jugak. Kalo nak bagi susu ibu, senang lah kejenye. Tak payah nak bangun malam basuh botol, bancuh susu bagai. Selak baju je, tala kat mulut baby, habis cerita. Hehe..
Kalo nak bagi susu formula, nak ke tak nak ke kene jugak bangun malam bancuh susu. Susu ni nak pilih pun satu kerja. Bukan semua baby yang mudah serasi dengan susu formula. Ada yang kene try macam-macam brand dulu, baru jumpa yang sesuai. Dah bancuh pun, untuk sekali minum je. Kalau tak habis, jangan simpan, terus buang je. Kalau baby nak menyusu lagi selepas beberapa ketika, bancuh semula yang baru. 
Abril dulu bab ni memang payah. Aku bagi try Dugro dan Dutch Lady, sakit perut terberak je manjang. Sekali bagi Anmum ngan S26, elok pulak tu. Memilih betul. Nak yang mahal je. Kopak duit aku. Tapi takpe, semuanya mesti ikut kesesuaian baby kita jugak. Nak ikut sesuai duit aku, memang tak sihat la budak tu. Abril menyusu badan jugak. Sampai umur dia setahun 2 bulan 

6. INSURANS
Yang ni memang sangat-sangat penting. Kalau apa-apa berlaku ke atas diri dan baby kita, sekurang-kurangnya ada sikit perlindungan. Pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran. Google.com ada penyelesaiannya. 
Buat masa ni aku masih memilih insurans untuk baby yang bakal lahir. Aku dan papa tak nak jadi macam Abril dulu, asik sakit je.. Bila anak sakit, memang kene pakai banyak duit. Bukan untuk perubatan je, untuk makan minum, kos ulang alik hospital tu semua nak kena ambik kira.

Begitulah sedikit sebanyak persiapan asas untuk menyambut kelahiran bayi. Kalau korang nak tengok checklist untuk barang-barang baby, boleh klik kat >>SINI<<

http://mamaabril1.blogspot.com/2012/10/checklist-barangan-baby.html


Friday, 26 October 2012

Me..


Ni masa 32 minggu. Hmm~ quite big.

Published with Blogger-droid v2.0.9


Tuesday, 23 October 2012

A Morning Walk

I had a morning walk with papa last Sunday. It's been ages since our last morning walk which was when we're still in Putrajaya.

Pustaka Negeri Sarawak
We went to Pustaka Negeri Sarawak, which located just few miles from our home. The beautiful scenery and the fresh morning air soothe me.




We took about 30 minutes to enjoy the scenery and walked around. I did not finish my journey as my leg began to cramp. We decided to go back home.  


I was very tired but it does not matter since walking is considered as an exercise for pregnant women. In addition, sometimes it's good for husband and wife to have some activity together. I am lucky as my parent is always at home to look after my kids so I can spend quality time with my husband.


Published with Blogger-droid v2.0.9


Wednesday, 17 October 2012

Checklist Barangan Baby

Checklist ni simple je, aku copy paste dari Pa&Ma. Memang sangat berguna untuk ibu-ibu yang sedang mengandung anak pertama. Bagi yang dah beranak berkali-kali, mungkin dah expert dalam bab shopping barangan baby ni. Tapi kalo korang jenis pelupa macam aku (masa mengandung kali ni aku jadi pelupa), memang kena ada checklist. Kalau tak, manjang lupa jer. Papa pun kadang-kadang bising jugak sebab aku aasik lupa je. Yang paling parah, bila dah print out checklist, aku boleh pulak tinggalkan checklist kat rumah. Memang benganglah dia. Hehe..

1. PAKAIAN 
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi

2. LAMPIN
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

3. SET MANDIAN
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

4. SET PENJAGAAN
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

5. TIDUR
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

6. PENYUSUAN
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

OK, itu je, kalau ada yang terkurang, korang boleh tambah lagi. Ini sebagai panduan je :) Selamat membeli belah!

Tuesday, 9 October 2012

Tilam kekabu yang terbaik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku tiba-tiba macam  nak belikan tilam baru untuk baby nanti. 

Dulu Abril punya aku beli online kat Bilik Jahit Anggun Flora. Memang puas hati lah dengan jahitan dan material yang digunakan. 100% menepati apa yang diiklankan. Fabrik tilam dibuat menggunakan kain cotton. dan isi menggunakan kekabu asli gred A. Jahitannya memang kemas dan sangat memuaskan. Sampai sekarang Abril masih guna lagi tilam tu.


Kalau berminat nak tempah, jenguk-jenguk lah Bilik Jahit Anggun Flora di http://bilikjahit.anggunflora.com. Ataupun page muka buku mereka https://www.facebook.com/bilikJahit.anggunFlora.

Buat masa ini mereka tidak mengambil tempahan tilam lagi sehingga diberitahu kelak. Tapi masih lagi mengambil tempahan untuk sarung tilam dan bantal. Senarai harga boleh didapati di sini http://bilikjahit.anggunflora.com/offer/.

Nampaknya aku kena beli tilam yang dijual di baby store je lah. Tak merasa tilam kekabu baru baby ku nanti. Pinjam abang punya je lah, JIMAT!

Sunday, 30 September 2012

30 minggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kandungan aku dah berusia 30 minggu. Lebih kurang 10 minggu lagi baby akan lahir. Persediaan memang tak ada lagi setakat ini. Bukan aku tak teruja dengan kehadiran orang baru. Cuma aku cuba untuk bersahaja. Aku dah serik dengan kejadian mengandungkan Abril Asyraaf dulu. Scan nampak perempuan. Aku punya excited masa tu, macam-macam barangan baby girl aku belikan. Last minute baru tahu lelaki. Hehe.. Tak apa asalkan lahirnya sihat dan cukup sifat aku bersyukur sangat.

Jadinya, pertama sekali nak difikirkan barang keperluan baby nanti. Bab pakaian dah lepas dah. Selain daripada pakaian yang aku belikan dulu, pakaian Abril yang masih elok lagi pun banyak. Yang belum dipakai pun masih banyak termasuklah pakaian yang mak cik papa bagi dulu. Banyak giler jimat kat situ. Nanti aku belilah 4-5 helai untuk pergi check-up. Yang lain-lain tu bisa diatur, asalkan aku belum 'ter'bersalin dalam masa terdekat ini. (mood shopping belum mari)

Yang paling penting nak sediakan jugak adalah ubat-ubatan untuk aku sendiri. Dulu pakai herba kampung tu. Boleh tahan jugak sedapnya. Tapi sebab bersalinkan si Abril dulu secara caesar, makanya sekejap makan sekejap tak makan lah. Doktor tak bagi makan ubat kampung sebab katanya ubat kampung ni biasanya 'panas'. Takut jahitan kat dalam tu terbukak. Ouch!! Tapi, aku ni degil jugak, aku bantai jugak makan. Tapi masa tu dah jauh hari laa.. sebabny aaku macam nak meroyan tengok perut aku buncit. Bayangkan dah sebulan, perut aku masih lagi besar macam pregnant 4 bulan. Ya Allah... Tak sanggup aku nak ingat balik.

 Sekarang aku tengah survey produk yang cam best dan tak tinggi kos sebab kalo ditakdirkan kene caesar lagi, bukankah pembaziran akan berlaku? Maka, kali ini ubat herba kampung memang dah out of list. Dah tanya juga dengan kawan-kawan dan sepupu, jawapan pun lebih kurang sama. Amway, nona roguy, tanamera dan macam-macam lagi lah. Nantilah aku tengok-tengokkan. Sebab sekarang ni, kerja sangat banyak sampaikan aku rasa dah tak ada masa untuk diri sendiri. Huarghh...

Alangkah indahnya dunia jika aku dah boleh bercuti mulai sekarang....

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wednesday - Gaining on weight

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, 22 September 2012

29 minggu




Salam.

A quick update on Saturday night. 

Dah 29 minggu usia kandungan aku. Perut dah nampak besar dan menegang. Setakat ini, Alhamdulillah belum terasa lagi kesakitan di tempat jahitan ceaser semasa bersalin Abril dulu. Risau jugak kalau-kalau terasa sakit, al-maklumlah ter'awal' pulak mengandung selepas bersalin Abril.

Kata doktor, perkembangan baby sangat bagus. Berat baby dah lebih satu kilo. Aku pun dah tak ada demam-demam lagi. Harap semuanya baik-baik sahaja hingga ke hari kejadian pada awal Disember nanti.

Isnin ni ada temujanji check-up lagi. Aku harus bersedia dari segi mental untuk hadir ke klinik dua minggu sekali selepas ini dan harus bijak menangani stress apabila berdepan dengan lautan manusia di klinik tersebut. 

OK, masa untuk beradu. Esok hari yang panjang untuk aku. Dah janji nak bawa anak-anak berseronok di sungai. Nanti aku update.


Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, 18 September 2012

INFO: Tips Buat Suami Ketika Isteri Bersalin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ini aku nak kongsikan tips untuk suami ketika isteri hendak bersalin. Jumpa kat page Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim di Facebook. Harap-harap dapat membantu para suami untuk menangani emosi isteri ketika proses bersalin :) 

TiPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN
Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.
1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Tak sabar pulak rasanya nak bersalin. Takut memanglah ada terasa takutnya. Gentar jugak nak menghadapi nikmat Allah yang bukan semua orang dapat rasai iaitu nikmat sakit bersalin. Hanya orang-orang yang sudah merasai sakitnya sahaja yang tahu. Apa-apapun, aku berdoa semoga urusan aku nanti dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Korang pun doa-doakan aku jugak ya :) 


*Papa, just for you..

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers