Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Monday, 24 December 2012

Sepupu aku bersalin

Kami membesar bersama. Bila dah kahwin dan mengandung dan beranak pinak, lepas tu imbas kembali zaman kanak-kanak, rasa macam tak percaya pulak. Rasa macam baru semalam kami main beramai-ramai. Heheh..

masa pergi check-up mengandung, kebetulan sama hari..

8 hari setelah aku melahirkan Ayra, dia bersalin anak sulungnya. Perempuan jugak, seberat 2.95kg.


Nampaknya ramai juga saudara mara kami yang bersalin pada 2012. Kebanyakannya anak perempuan :) dan penutupnya untuk tahun ini, sepupuku, Ninie.

Tahun depan, adik aku dan sepupuku, Zila pula yang akan mengembangkan keturunan. Hehe. Raya tahun depan, meriah dengan kanak-kanak lah keluarga kami!

Thursday, 20 December 2012

Pengalaman Bersalin Part II

Sambungan dari Pengalaman Bersalin Part I

9.00 pagi.
Sakit semakin kerap dan kuat. Bukaan rahim dah 4cm. Macam biasa, di hospital kerajaan kalau bukan waktu melawat jangan harap nak mintak sesiapa masuk. Lebih-lebih lagi kalau kena dengan guard yang kerek, perasan hebat. Tapi aku paksa jugak papa masuk. Aku nak air. Heheh. Papa masuk jugak Maternity Ward yang terletak di tingkat 5 tapi sekejap je dengan alasan hantar air, wife baru masuk. Lepas suap air dan borak-borak sekejap, papa keluar. Aku dah mula mengawal pernafasan. oh yeah, teknik pernafasan yang betul memang banyak membantu mengurangkan kesakitan. Tak rugi aku banyak membaca disepanjang kehamilan kali ini. Tak lama kemudian, papa hantar SMS...


11.40 pagi
Air ketuban pecah. Meletup kau! Siap tepercik kat baju doctor yang baru lepas check aku. Basah lenjun aku atas katil. Lepas tu diorang tolak aku ke labour room di tingkat 4.. Papa dah siap tunggu aku kat pintu. Masa tu dah sakit sangat-sangat. Masa dalam lif tu, aku malu betul bila ada orang lain tengok aku. Yer lah, aku kan tengah sakit. Entah macam mana agaknya rupa aku masa tu. Hehe.. Tapi sebab sakit dah mula kuat, maka semua tu terlintas sekejap je kat fikiran. Selebihnya aku fokus untuk tahan sakit yang semakin kerap dan kuat tu. 
2.00 petang
Progress makin lambat. Kenapa ya? Aku geram sangat masa tu. Bukaan masih 6cm. Aku dah gelisah. Papa teman aku dalam labour room. Aku tak bercakap sepatah pun kerana terlampau sakit. Aku nampak papa tertidur dalam keadaan duduk. Kesian dia. Yelah, kan dah semalaman tak tidur. Hehe. Tak lama lepas u, doctor bagi aku suntikan tahan sakit. Memang sangat membantu dan melegakan. Terasa kurang sakitnya dan sangat mengantuk jugak :) 
3.00 petang
Aku dalam keadaan mamai. Doctor check semula bukaan dan masih tiada perubahan. Doctor kata dia nak masukkan ubat untuk cepatkan bukaan. Sekiranya ubat itu tidak berkesan, maka kemungkinan besar aku akan  bersalin secara pembedahan sekali lagi. Aku harap sangat agar aku tak perlu masuk operation theatre. Dah separuh jalan pun kan. Lagipun, kalau ceaser sekali lagi, next pregnancy, memang sure kene ceaser bila nak bersalin. Tapi Alhamdulillah, memang cepat. Papa cakap bila masuk je ubat tu, reading kat mesin CTG terus naik. Reading tu naik maknanya contraction pun makin kuat jugak. Menjelang pukul 4.00 petang, dah bukak 8cm. 
4.00 petang
Aku dah rasa kepala baby dah masuk laluan. Aku bisik kat papa, lagi 2 kali contraction, confirm nampak kepala baby kat depan tu. Nurse tu asik cakap jangan teran. Aku dah set minda jangan teran. Dari pagi aku sakit, memang aku tak teran. Aku rest badan setiap kali contraction datang.  
Itu part paling sukar nak handle. Kena main dengan minda bawah sedar. Kalau tak dapat kawal, maka autmatically akan meneran. Meneran adalah bahaya jika rahim belum bukak sepenuhnya kerana dapat mengakibatkan bayi lemas. 
Tapi, melalui pengalaman yang aku dah lalui, contraction yang akan datang kali ini, aku yakin aku akan teran secara automatik. Ouch! Memang betul, aku minta papa panggil nurse tadi. Nurse tu terus sediakan apa yang patut.
Papa dan seorang lagi nurse bantu betulkan kedudukan kaki aku. Aku push tanpa henti dengan support dari nurse dan papa jugak. Masih terngiang-ngiang ditelinga aku papa cakap  
"Mama, kepala baby dah nampak. Teran lagi..." 
Kurang 10 minit untuk teran kepala dan bahu baby, akhirnya lahirlah anak aku yang ke-4. Papa sendiri jadi saksi kelahirannya secara normal. Pengalaman yang sangat berharga kan?

Newborn - Ayra Ayushi
Yang paling best, kali ni tak kena potong, jadi, tak ada luka lah kat bawah. Hehehe.. Petua dia sepupu aku yang ajar. Nanti aku share ngan korang yer..

OKlah, itulah pengalaman bersalin si Ayra. Progress agak lambat tapi bila laluan dah bukak, mudah je nak keluarkan dia. Alhamdulillah smuanya selamat dan dipermudahkan. Berkat doa suami, keluarga dan rakan-rakan semua. Terima kasih daun keladi....


Tuesday, 18 December 2012

Pengalaman Bersalin Part I

Kali ni nak story pasal pengalaman bersalin Ayra. Aku cerita sikit-sikit ye sebab kalo cerita sekaligus, mesti jadi entri yang panjang dan membosankan. OK, here we go...

Aku dijangka bersalin pada 8 Disember 2012. Tapi last minute doctor tukar tarikh 8 tu kepada 9. Oleh kerana dia lebih arif, maka aku ikut je lah.

8 Disember 2012
8.00 malam
Aku, papa dan Abril ke pasaraya E-Mart beli barang keperluan. Dalam perjalanan pulang, terasa contraction yang lemah lembut gitu. Masa tu memang dah 2-3 hari kerap rasa contraction, jadi, aku tak kisah sangat pada mulanya. Sampai di rumah, aku mandi dan berehat. 

11.00 malam
Sakit datang lagi. Kali ini semakin kuat. Aku dah tak sedap hati. Mungkin masanya dah sampai. Aku tenangkan diri. Mandi sekali lagi dan online FB. Dan blogging jugak. Hehe. 

9 Disember2012
1.00 pagi
Aku bagitahu mak perut aku sakit. Mak aku apa lagi, terus suruh aku pergi hospital. Aku rilek lagi, sebab sakit tu memang jauh lagi dan masih boleh tolerate
2.30 pagi
Lepas update blog, chatting kat FB dan minum-minum, aku kejut papa, ajak pergi hospital. Itu atas desakan mak aku. Dia risau, takut aku terberanak dalam kereta. Hehehe. Sebelum tu kami singgah rumah mak cik aku dulu ambik adik aku, Boy, buat teman borak papa sementara nak tunggu pagi. Dalam perjalanan, kami singgah lagi. Kali ni ke 7e. Nak beli alas perut. 
Sampai di hospital, aku kene tunggu untuk buat CTG. Bilik penuh pulak. Hampir sejam jugak aku tunggu. Bengang tau! Nasib baik aku belum nak terberanak sangat. Buat CTG satu jam, lepas doctor consult, dia suruh repeat CTG lagi setengah jam. Papa kat luar dah tertunggu-tunggu. Hehe.  

5.30 pagi
Settle CTG, doctor check bukaan rahim. 3cm. Doctor kata aku kena masuk ward dulu sementara nak tunggu bukaan penuh pintu rahim. Makanya aku dengan rela terpaksa masuk ward. 

7.00 pagi 
Sementara tunggu nurse hantar aku ke ward, papa balik hantar adik aku lepas belikan aku sarapan.

Bersambung...

Tuesday, 11 December 2012

Anak dara saya



Dear bloggers and readers,

Meet my 3.4kg baby girl, Ayra Ayushi binti Mohamad Hazrul Helmi. 
 
She was born on December 9, 2012 at 4.16pm.

:)


Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, 9 December 2012

S.A.K.I.T!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Contraction.

Sejak pukul 8.00 malam tadi. Tapi masih jauh lagi jarak sakitnya. Kang dah rapat sakit tu, baru pergi hospital. Barang-barang pun dah ready je kat salam kereta. Tinggal kaki nak melangkah masuk dan duduk dalam kereta je lagi. Jarak hospital ngan rumah aku lebih kurang 10 minit kalau malam-malam cenggini. Kalau siang hari, jaraknya agak-agak dalam 20 minit. Kalau waktu puncak, naik lagi jadi 30 ke 45 minit. Huhu~

Mak aku dah bising suruh pergi hospital. Bukan tak nak pergi, tapi sakit tu tak kuat sangat lagi. Pergi awal-awal pun, asik kene seluk je. Haish.. walaupun dah anak ke-4, ngeri tau! Hmm..

Apa-apa pun, di kesempatan yang ada ni aku nak mintak maaf bebanyak kat semua pembaca blog usang ni. Mana tau kalau aku ada menyakitkan hati korang sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Aku kan manusia biasa yang tak lari daripada melakukan kesilapan. Tu je lah .. err... dan doakan jugak semoga dipermudahkan urusan aku. Heheh..

Terima kasey, tunggu next entry aku yer..

Salam..

Saturday, 1 December 2012

INFO: Bersedia Untuk Seks Selepas Melahirkan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

-Scheduled entry-

Korang mesti ngeri giler nak bersama suami selepas bersalin kan? Aku pun sama. Teutamanya jika korang ada luka episiotomi kat bawah tu. Dah lepas habis berpantang pun belum tentu lagi berani. Rasa takut, trauma tu masih ada.

Ada yang serba salah jika suami dah bertanya boleh ke belum nak bersama. Seharusnya sebagai isteri kita mesti berani untuk menyuarakan perasaan takut kita itu dengan cara yang paling berdiplomasi untuk mengelakkan salah faham. Kita ada hak untuk tidak mahu merasa sakit. Masing-masing sudah tentu ada cara yang tersendiri untuk berkomunikasi dengan pasangan masing-masing. 

Perkongsian hari ini aku copy dari link di bawah.

http://bidanbersalin.blogspot.com/2011/01/bersedia-untuk-seks-selepas-melahirkan.html

Sememangnya wanita yang baru melahirkan bayi tidak dibolehkan melakukan hubungan seks kerana keadaan wanita itu sendiri yang masih belum pulih sepenuhnya yakni hormon estrogen dalam tubuh belum kembali normal.
Ketika ini juga isteri akan melalui tempoh nifas. Ia juga disebut sebagai waktu pembersihan atau pemulihan sel-sel dan hormon-hormon dalam tubuh wanita yang akan berlaku antara enam hingga tujuh minggu selepas seseorang wanita bersalin.
Bagaimanapun selepas tempoh nifas berakhir dan tamat tempoh berpantang selama 44 hari hingga 100 hari, maka hubungan seks sudah boleh dilakukan oleh pasangan suami-isteri. Pun begitu ramai isteri yang berasa nyeri malah takut untuk melakukannya.
Selain trauma kesakitan bersalin ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya vagina masih belum sepenuhnya pulih seperti sediakala akibat proses penyembuhan, adanya infeksi, keadaan mental pihak wanita yang belum sedia dan juga trauma.
Meskipun begitu, aktiviti seks memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan rumahtangga. Oleh kerana tidak boleh dielakkan maka urusan ranjang juga kerap kali menjadi masalah dalam rumah tangga.
Bagi isteri yang mengalami situasi ini anda tidak perlu khuatir kerana masih boleh melakukan langkah-langkah penyesuaian agar kehidupan sekssual bersama suami pulih dan rumahtangga berlangsung dengan harmoni.

Terus Terang Dengan Pasangan
Komunikasi adalah cara paling berkesan untuk membuat hubungan anda dan pasangan tetap harmoni. Oleh itu bicarakan kekusutan hati anda perihal hubungan intim dengan suami untuk mencari jalan penyelesaian. Terangkan tentang ketakutan atau trauma anda dan bincangkan cara mengatasinya. Cara ini lama kelamaan akan membuatkan diri lebih bersedia dan selesa untuk kembali melakukan seks.

Berfikiran Positif
Keluhan-keluhan seperti bentuk tubuh berubah, gemuk dan kerisauan tidak dapat memberikan lagi kepuasan kepada suami memang selalu diluahkan oleh wanita yang baru melahirkan. Ia memang lumrah kerana sebagai anda tentu ingin selalu memberikan yang terbaik di hadapan suami.
Sebenarnya jika perkara seperti itu terus dipasak dan tidak cuba dihindari maka lambat laun ia akan mengikis kepercayaan diri. Jadi, sebaiknya jangan fokuskan fikiran anda pada perubahan secara fizikal, tetapi sebaiknya cubalah untuk membangun kepercayaan diri dengan selalu berfikiran positif.

Pemanasan
Mulakanlah acara ranjang dengan pemanasan secukupnya. Sekiranya suami terus mahu masuk ke peringkat seterusnya sedangkan anda belum bersedia maka jelaskan pada suami. Biasanya suami tidak akan menolak sekali gus memastikan diri ada bersedia untk melakukan hubungan seks yang berkualiti.

Aku Masih Seksi
Tanamkan dalam diri bahawa anda masih seksi dan memiliki daya tarik yang sama seperti sebelum melahirkan cahaya mata. Laukan perkara ini sewaktu mandi, cubalah sentuh tubuh dengan perlahan-lahan dan bayangkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan rasa seksi supaya kepercayaan diri akan muncul semasa berhadapan dengan suami di ranjang.

Begitulah sedikit sebanyak info untuk panduan bersama. Semoga dapat memberikan sedikit pengetahuan dan manfaat kepada semua. :)


Thursday, 22 November 2012

INFO: Posisi untuk memudahkan dan memendekkan proses kelahiran

Aku nak kongsikan satu gambar yang menarik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung. 

Berdasarkan kajian badan amal bagi ibu bapa yang terbesar di United Kingdom, posisi yang digambarkan di bawah mungkin berkesan untuk membantu  dalam memendekkan dan memudahkan proses kelahiran, 

Tetapi aku tidak dapat memberikan jaminan keberkesanannya kerana belum pernah mencuba sendiri teknik dan posisi yang dinyatakan.

klik untuk tumbesaran

Kalau korang berminat, bolehlah cuba. :)

Sumber : Facebook

Wednesday, 14 November 2012

Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai


Kakitangan awam perlu ada surat ini jika ingin mendapatkan rawatan percuma di Klinik / Hospital Kerajaan,

Aku tak payah buat pun tak apa sebab papa dah sediakan satu, guna nama dia sejak 2 bulan yang lepas lagi.

Just in case terlupa di rumah atau terhilang atau terghaib di mana-mana, aku buat jugak. Manalah tahu kan? Tengah kelam kabut, cari benda ni tak jumpa pulak. At least ada back up. :)


Masa di Putrajaya dulu, terus guna HRMIS je. Tak payah bawak surat ni. Semunya ada di dalam sistem. Tapi di sini, masih lagi kena ada surat ini. Aku harap, lepas ni kerajaan dapat menyelaraskan penggunaan sistem HRMIS di seluruh negara. Rugilah keluarkan duit berjuta untuk bangunkan sistem yang hanya dapat di manfaatkan di tempat yang tertentu sahaja.

Aku ada ternampak kaunter HRMIS di Hospital Umum Sarawak tempoh hari. Tapi aku tak faham kenapa tertulis di situ kena register dua hari lebih awal. (macam tu lah bunyinya kalau aku tak silap) Kalau lagi 2 hari aku tau aku nak terberanak, bolehlah aku suruh papa pergi register di kaunter HRMIS siap-siap.. Tak masuk akal pulak. Atau, mungkin aku yang tak faham sistem mereka.

Apa pun, buat masa ini, aku memang tak ada hati nak memahami apa-apa berkenaan itu. Yang aku tau, aku dah sediakan apa yang perlu. Harap nanti semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah yang timbul di hari kejadian.


*terfikir jugak kenapa manusia mencipta sistem 
untuk menyusahkan manusia balik? Pelik...

Tuesday, 13 November 2012

Hospital Bag

Dah 36 minggu.

 Kata orang tua-tua, dah cukup bulan. Tunggu masa je lagi. Tapi ikutkan perkiraan, lagi 4 minggu lah nak cukupkan 40 minggu. Aku sendiri pun dah tak sabar nak tunggu baby keluar. Perut makin besar, semua pergerakan menjadi semakin susah.

Dini hari tadi ni aku siapkan 'hospital bag'. Just incase baby nak keluar seawal ini. Kebetulan pulak aku banyak masa terbuang ditengah-tengah malam kerana insomnia yang dah mula datang menerang.


Isi kandungan 'hospital bag' aku adalah seperti di bawah.


Actually, yang ini kekurangan satu benda yang agak penting. Bahan alternatif bagi air iaitu Wet Tissue. Ada je aku beli hari tu. Tapi yang gedabak punya besar. Tak handy langsung dan tak sesuai nak bawak ke sana ke mari. Hahah.. Aku lupa beli yang pack kecik, boleh tak? Hm.. Boleh je kalau rajin nak angkat baby ke sinki masa di hospital. Tapi aku ni pemalas. Maka, petang tadi aku singgah ke Butik Anakku, beli yang pack kecik.

RM4.90 untuk 2 pack of 30's
Selesai satu perkara dan... aku sangat-sangat ready dari segi mental untuk bersalin pada bila-bila masa mulai sekarang. :)


mode: #takmenyabar

Tuesday, 6 November 2012

INFO: Tips Penjagaan Selepas Bersalin Secara Pembedahan / Cesarean

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ini adalah sebuah entri yang agak panjang, namun berbaloi untuk dibaca :)

Semasa mengandungkan anak ke-3 pada tahun 2010, aku langsung tak menyangka bahawa aku akan melahirkannya secara pembedahan. Kata orang, kalau kita aktif semasa mengandung, maka, proses bersalin akan menjadi mudah dan cepat. Itu kata orang sahaja. DIA yang menentukan bagaimana labour progress kita nanti sama ada dipermudahkan ataupun diberikan ujian kepada kita supaya sentiasa mengingatiNYA. Aku dulu langsung tak ada kesedaran nak ambik tahu pasal penjagaan selepas bersalin secara pembedahan. Yang aku masih ingat sampai sekarang, aku kerap cakap "aku tak nak ceaser" dan aku kerap melakukan senaman-senaman ringan seperti yang dicadangkan oleh doktor.. Tapi apa yang aku lalui tidak seperti yang aku harapkan.

Pendek kata. kita semua tak tahu lagi apa akan berlaku semasa proses bersalin nanti. Jadi, ada baiknya aku kongsikan cara penjagaan selepas bersalin secara pembedahan dengan korang. Jangan kelam kabut macam aku. Dah kena belah baru sibuk nak google segala. Tips ini bukan hasil penulisan aku, tapi aku copy dari blog bidan yang berpengalaman di dalam bidang ini.

Selamat membaca!

Berpantang selepas pembedahan caesarean agak berbeza daripada berpantang selepas bersalin normal. Sesetengah amalan ketika pantang yang dilakukan wanita yang bersalin normal mungkin tidak sesuai oleh wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Namun dalam kedua-dua keadaan, penjagaan berpantang selepas bersalin amat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain mahupun pasangan sendiri. Dalam mengikut amalan itu, ketahuilah had diri anda sendiri supaya amalan itu tidak memudaratkan diri.

Mungkin anda berasa letih dan tidak mampu untuk menangani tanggungjawab baru sebagai seorang ibu. Usah risau kerana anda tidak berseorangan dalam hal ini. Bagaimanapun jika perasaan itu terus menerus menghantui anda, cuba luahkan apa yang anda rasa kepada seseorang dan minta bantuan mereka.

Sebelum Meninggalkan Hospital
Setelah sehari terbaring selepas pembedahan, katerer akan dicabut dan anda digalakkan untuk bangun sendiri ke tandas. Berjalan seawal yang boleh bagi melancarkan peredaran darah - untuk ke tandas mahupun ke nurseri. Berjalan secara perlahan-lahan dengan badan anda ditegakkan. Sekiranya bahagian yang dibedah itu terasa sakit, gunakan tangan anda untuk menampung sedikit bahagian perut.

Doktor juga akan bertanya sama ada anda sudah membuang angin atau tidak. Ini bagi memastikan pembedahan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Kali pertama membuang air kecil selepas keterer dicabut mungkin agak menyakitkan dan anda boleh bertanya kepada jururawat cara untuk mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum dibenarkan keluar hospital, doktor akan membuang benang jahitan dan menyemburkan selapisan bahan seakan getah yang tidak telap air bagi memastikan luka pembedahan itu tidak basah (dan menyebabkan jangkitan). Gunakan tuala wanita untuk menampung darah nifas yang keluar semasa uterus mula mengecut.

Sekiranya anda keluar berjalan-jalan dengan bayi, lebih baik untuk anda menggunakan kereta sorong bayi daripada menggunakan ambin atau sarung bayi di depan badan anda bagi mengelakkan tekanan pada bahagian perut atau bahagian yang dibedah.

Senaman
~ Tangguhkan sebarang senaman abdomen sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

~ Elakkan daripada mengangkat dan membawa barang berat.

~ Apabila ingin bangun dari kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk.

~ Urutan lembut pada parut pembedahan dapat mengurangkan perekatan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan.

~ Sekiranya anda ingin terbatuk atau terbersin dalam masa beberapa bulan selepas pembedahan, letakkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa.

~ Kurangkan aktiviti anda di rumah. Jangan mengangkat sesuatu yang lebih berat daripada bayi anda dan elakkan daripada melakukan kerja-kerja rumah.

~ Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak aktiviti dan kerap bertukar kedudukan. Gunakan situasi ini untuk menentukan sama ada anda sudah terlalu banyak melakukan kerja.

~ Minum banyak air untuk memastikan badan anda cukup hidrat dan makan makanan berkhasiat untuk mengembalikan tenaga dan mencegah sembelit.

~ Susun segala keperluan dan pakaian bayi berhampiran dengan anda supaya anda tidak perlu terlalu kerap bangun dan duduk.

~ Awas jika anda demam atau sakit, itu mungkin tanda anda terkena jangkitan.


Penjagaan Emosi
~ Gunakan lebih banyak masa untuk menjalin hubungan dengan bayi anda.

~ Sekiranya anda sukar menyusukan bayi selepas pembedahan, minta nasihat daripada pakar penyusuan untuk membuat diri anda lebh selesa.

~ Ketahui bahawa anda mungkin memerlukan lebih masa untuk meredakan emosi selepas pembedahan, terutama jika ia dilakukan dalam situasi kecemasan.

~ Jika anda mempunyai sebarang perasaan negatif daripada pengalaman bersalin itu, bincangkan perasaan anda dengan teman sokongan.

~ Andainya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai kesihatan diri anda dan kehamilan anda seterusnya, minta penjelasan mengenainya daripada doktor anda. Ini dapat mengurangkan perasaan gemuruh anda untuk hamil lagi.

~ Usah segan meminta bantuan. Penjagaan fizikal yang lebih banyak selepas pembedahan boleh membuatkan anda berasa tidak berdaya, tidak mampu dan kesepian.


Perkara Yang Perlu Dielakkan
~ Hubungan seks sehingga doktor menyatakan selamat untuk berbuat demikian.

~ Menggunakan tampon atau pembersihan vagina.

~ Ketika mandi, pastikan kawasan luka bedah itu tidak terkena air, selepas seminggu, jika kawasan itu terkena air, lapkannya (anginkan menggunakan kipas) agar luka bedah betul-betul kering.

~ Kolam renang dan tab air panas.

~ Mengangkat barangan yang lebih berat daripada bayi anda.

~ Kerap turun naik tangga.

~ Bersenam, melainkan doktor anda mengatakan selamat untuk berbuat demikian.


Segera Berjumpa Doktor Jika:
~ Anda demam dengan suhu lebih 100.4 darjah farenheit.

~ Sakit kepala yang kuat bermula selepas melahirkan bayi dan tidak berkurangan sakitnya.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian perut, seperti lebam atau pedih.

~ Discaj vagina yang berbau busuk.

~ Sakit secara tiba-tiba pada bahagian yang dibedah, yang mungkin turut mengeluarkan nanah.

~ Bahagian bengkak, merah dan sakit pada kaki.

~ Rasa pedih semasa membuang air kecil dan darah dalam air kencing.

~ Muncul ruam atau gatal-gatal.

~ Pendarahan yang teramat banyak yang membuatkan tuala wanita lencun dalam masa sejam atau mengeluarkan darah berketul-ketul.

~ Rasa sakit, kemerahan dan pedih pada bahagian payudara yang mungkin diikuti dengan simptom seperti selesema.

~ Rasa bimbang, panik atau sedih.

Selepas aku melahirkan secara pembedahan, datang seorang doktor yang membuat pemeriksaan rutin ke atas aku dan anak aku. Satu nasihat yang diberikan kepada aku di dalam nada yang serius dan agak keras ialah JANGAN MAKAN UBAT-UBAT KAMPUNG. Maksudnya di situ jangan makan jamu. Jamu ni kan panas. Kepanasan boleh menyebabkan jahitan kat dalam terbuka. Kalau terbuka, alamatnya kenalah jahit semula. Aku rasa semua orang pun tak sanggup nak memikirkan kengerian bila 'dijahit semula' tu.

Ada juga kenalan yang mengatakan dia makan jamu / ubat-ubatan kampung yang panas selepas pembedahan tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku. Pada pandangan aku sebagai seorang kakitangan awam biasa yang bukan menjawat jawatan di dalam bidang kesihatan, itu terpulang kepada ketahanan tubuh masing-masing. Mungkin ada yang tahan dan ada yang tidak. Terpulang kepada kebijaksanaan masing-masing untuk memilih produk / ubat-ubatan selepas bersalin. Yang penting, sesuai dan selesa untuk diri sendiri dan anak yang menyusu badan.


Kredit: Sumber

Saturday, 27 October 2012

INFO: Tips Persiapan Menyambut Bayi Baru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini aku nak kongsikan tips dan senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kehadiran cahaya mata, semestinya akan merasa teruja dengan persiapan dan kelengkapan barang-barang bayi. Aku yang dah masuk empat orang anak pun masih terasa keterujaannya, apalagi yang beru pertama kali kan? Okey jom..

1. PAKAIAN BAYI
Perkara paling utama sekali mestilah pakaian bayi. Zaman sekarang ni pakaian baby macam-macam jenama pun ada. Anakku, Disney, Fitty, Fiffy, Pureen dan banyak lagi yang terdapat di pasaran. Ada yang mahal, ada yang murah. Terpulang kepada bajet masing-masing. Pada pendapat aku, nak beli pakaian baby bukan berdasarkan jenama semata-mata. Lihat dulu jenis fabrik yang digunakan. Ada pakaian yang mahal dan berjenama, tetapi fabriknya dari jenis yang panas pun tak guna jugak. Apa yang penting adalah keselesaan baby kita. 
Yang keduanya JANGAN beli yang kecil. Kalau boleh beli yang saiz besar sedikit. Kerana bayi yang baru lagir, tumbesarannya sangat cepat. Aku dulu suka beli pakaian size newborn dan 0-3 month untuk anak-anak aku sebab kononnya nanti dah lepas pantang baru kuar beli yang besar sikit ikut umur dia. Tapi aku SALAH. Anak aku ketiga-tiganya jenis badan besar. Keluar dari perut semua lebih 3 kilo. Pakai pakaian yang newborn memang sekali  dua jer. Yang size 0-3 bulan 3-4 minggu je. Sangat membazir kalau beli banyak-banyak. 
Dan yang pentng, lepas 3 bulan jangan ingat kita senang-senang nak keluar shopping pakaian baby lagi sebab kita pun tak tahu ragam baby kita nanti macam mana. Kalau jenis baby yang OK, OKlah... Kalau jenis yang meragam bila bawak jalan, kirim salam lah nak shopping-shopping bagai ni. Untuk pakaian, aku cadangkan beli jenama Anakku. Fabrik serap peluh dan tidak panas. Harga pun berpatutan. Lagi bagus kalau korang join member. Boleh kumpul point kalau beli di Butik Anakku. Size baju yang 0-3 bulan aku beli 2-3 helai je, yang lain-lain semua size 6 bulan ke atas.
2. LAMPIN
Lampin ni ada 3 jenis. Jenis yang pertama lampin tradisional. Lampin tradisional  ni refer kat napkin yang segi empat tu. Tapi jarang sangat-sangat orang pakai sekarang. Kalau nak pakai pun, make sure ada nappy liners yang boleh didapati di pasaraya/butik barangan bayi. Nappy liners tu fungsinya adalah untuk memastikan permukaan kulit punggung baby sentiasa kering. Tapi kalau bahagian lampin tak dialas dengan nappy liner tadi, alamat basah dan melecetlah punggung baby.  
Yang kedua, lampin jenis moden. Kalau nak beli, ada jugak jual liners sekali. Taip je kat Google.com, melambak dalam internet. Liners tu sama jugak fungsi macam nappy liners tadi. Bezanya lampin napkin ngan lampin modern ni, yang napkin tu korang kene lipat sendiri sampai jadi macam lampin. Manakala lampin moden ni macam seluar. Tinggal nak pakai je.. 
Satu jenis lampin lagi adalah lampin pakai buang atau dalam bahasa lainnya pampers. Yang ini memang cukup terkenal kerana mudah digunakan. Lepas pakai je buang, tak perlu nak basuh, jemur dan lipat macam 2 jenis lampin di atas. Hehe.. 
Bagi orang yang pemalas macam aku, memang guna pampers je lah. Setakat ini pampers terbaik yang pernah aku guna ialam Mami Poko. Memang sangat kering dan tak pernah membuatkan punggung anak aku melecet. Tapi harga dia memang kecutlah. Mengempiskan beg duit. Dulu Huggies pun OK, tapi lately, aku rasa Huggies makin tak berkualiti. Makin nipis pulak. Satu lagi yang OK dan terbaru adalah Whoopee. Aku tak tau kat anak orang lain. Tapi setakat ni Abril pakai memang terbaik.
3. SET MANDIAN
Set mandian ni kene ada. Jangan pulak nak memandai bagi baby baru lahir pakai Lux ke ape ke.. Kulit diorang sangat sensitive. Kalau aku dulu kat Putrajaya, terdesak sangat tak dapat nak keluar pegi pasaraya beli mandian, aku beli yang baby johnson punya sabun buku kat kedai runcit mamak bawah blok tu je.. Aku tak tau korang tau tak kewujudan sabun tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu memang aku nampak sabun tu dulu dan lepas beberapa ketika, barulah ada gel mandian bagai tu. 
Untuk mandian baby, aku suka dari rangkaian produk Johnson's Baby terutamanya 'head to toe' wash yang kaler kuning tu. Yang tu tak payah sibuk nak bukak botol syampu, bukak botol baby bath bagai. Satu produk tu je untuk mandi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Senang dan jimat masa. 
4. SET PENJAGAAN
Yang ni mesti ada jugak lah. Minyak perut baby,  losyen, bedak, krim ruam dan sebagainya. Terpulang dengan citarasa masing-masing, biasanya benda-benda ni ada dijual di pasaraya. Kedai runcit pun banyak. Ada jugak yang beli set untuk berpantang selepas bersalin tu pun kadang-kadang ada jugak minyak-minyak untuk baby sekali.  
Kalau aku, memang sentiasa menjadi pilihan dari brand Anakku atau Johnson's Baby. Minyak pulak aku suka minyak kayu putih ( yang dicampur dengan baby oil dengan nisbah 1:1, jangan pakai direct, takut terlalu panas) atau yu yi cap limau. Kalo nak guna Vicks, make sure guna yang khas untuk baby (penutup kaler pink) Jangan guna yang vaporub penutup hijau tu pulak. Kang tak pasal-pasal sawan (dah terang-terang tertulis kat direction pada botol)

5. PENYUSUAN
Bab penyusuan ni tengok pada korang jugak. Kalo nak bagi susu ibu, senang lah kejenye. Tak payah nak bangun malam basuh botol, bancuh susu bagai. Selak baju je, tala kat mulut baby, habis cerita. Hehe..
Kalo nak bagi susu formula, nak ke tak nak ke kene jugak bangun malam bancuh susu. Susu ni nak pilih pun satu kerja. Bukan semua baby yang mudah serasi dengan susu formula. Ada yang kene try macam-macam brand dulu, baru jumpa yang sesuai. Dah bancuh pun, untuk sekali minum je. Kalau tak habis, jangan simpan, terus buang je. Kalau baby nak menyusu lagi selepas beberapa ketika, bancuh semula yang baru. 
Abril dulu bab ni memang payah. Aku bagi try Dugro dan Dutch Lady, sakit perut terberak je manjang. Sekali bagi Anmum ngan S26, elok pulak tu. Memilih betul. Nak yang mahal je. Kopak duit aku. Tapi takpe, semuanya mesti ikut kesesuaian baby kita jugak. Nak ikut sesuai duit aku, memang tak sihat la budak tu. Abril menyusu badan jugak. Sampai umur dia setahun 2 bulan 

6. INSURANS
Yang ni memang sangat-sangat penting. Kalau apa-apa berlaku ke atas diri dan baby kita, sekurang-kurangnya ada sikit perlindungan. Pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran. Google.com ada penyelesaiannya. 
Buat masa ni aku masih memilih insurans untuk baby yang bakal lahir. Aku dan papa tak nak jadi macam Abril dulu, asik sakit je.. Bila anak sakit, memang kene pakai banyak duit. Bukan untuk perubatan je, untuk makan minum, kos ulang alik hospital tu semua nak kena ambik kira.

Begitulah sedikit sebanyak persiapan asas untuk menyambut kelahiran bayi. Kalau korang nak tengok checklist untuk barang-barang baby, boleh klik kat >>SINI<<

http://mamaabril1.blogspot.com/2012/10/checklist-barangan-baby.html


Wednesday, 17 October 2012

Checklist Barangan Baby

Checklist ni simple je, aku copy paste dari Pa&Ma. Memang sangat berguna untuk ibu-ibu yang sedang mengandung anak pertama. Bagi yang dah beranak berkali-kali, mungkin dah expert dalam bab shopping barangan baby ni. Tapi kalo korang jenis pelupa macam aku (masa mengandung kali ni aku jadi pelupa), memang kena ada checklist. Kalau tak, manjang lupa jer. Papa pun kadang-kadang bising jugak sebab aku aasik lupa je. Yang paling parah, bila dah print out checklist, aku boleh pulak tinggalkan checklist kat rumah. Memang benganglah dia. Hehe..

1. PAKAIAN 
Pakaian asas ialah:
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi

2. LAMPIN
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

3. SET MANDIAN
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

4. SET PENJAGAAN
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

5. TIDUR
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

6. PENYUSUAN
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

OK, itu je, kalau ada yang terkurang, korang boleh tambah lagi. Ini sebagai panduan je :) Selamat membeli belah!

Tuesday, 18 September 2012

INFO: Tips Buat Suami Ketika Isteri Bersalin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hari ini aku nak kongsikan tips untuk suami ketika isteri hendak bersalin. Jumpa kat page Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim di Facebook. Harap-harap dapat membantu para suami untuk menangani emosi isteri ketika proses bersalin :) 

TiPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN
Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.
1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Tak sabar pulak rasanya nak bersalin. Takut memanglah ada terasa takutnya. Gentar jugak nak menghadapi nikmat Allah yang bukan semua orang dapat rasai iaitu nikmat sakit bersalin. Hanya orang-orang yang sudah merasai sakitnya sahaja yang tahu. Apa-apapun, aku berdoa semoga urusan aku nanti dipermudahkanNYA. InsyaAllah.. Korang pun doa-doakan aku jugak ya :) 


*Papa, just for you..

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers