Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, 17 October 2013

Tukar boss

Dah sebulan aku berkhidmat dengan boss baru.

Boss yang sebelum ni bertukar balik ke Putrajaya. Mana ada boss yang nak lepak lelama kat negeri orang, yer tak?? Yang bukan boss pun meraung nak tukar balik negeri apa lagi boss  boss yang memang selalu diturut perintahnya.

Nak cerita sikit pasal boss lama. Dia memang baik. Umo sama ngan bapak aku. Kalo bukan boss aku, aku panggil bapak je kot. Hihi. Baik seyyy... masa majlis perpisahan tu pun aku tahan sedih je.. kalo tak, mau hujan air mata dibuatnya. Uhuk2x.. tapi, nak sedih lelama pun tak guna jgk. Hidup mesti diteruskan.
Jadinya, sekarang dah dapat boss baru. Banyak kerja. Serius!! Dah la aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan keadaan ni. Tapi,  aku macam biasalah. Senyummmmmmm je... sesekali tu, nangis jugak dalam hati. Heheh.. 

Macam nilah jadi seketari. Bertukar2 bos.. hehe.. takpa... murah rezeki.

Tuesday, 17 September 2013

Perbarisan sempena hari jadi TYT YDP Negeri Sarawak ke-92

Sabtu lepas pejabat aku terlibat dengan acara perbarisan sempena sambutan hari jadi TYT YDP Negeri Sarawak ke-92. Seminggu je kami berlatih. Tu pun ramai yang tak datang sebab ada komitmen lain. Tapi pada hari kejadian, kami dapat buat dengan baik walauoun ada yang baru berlatih pagi tu. Hihihi. Oh, ini pengalaman pertama aku menyertai perbarisan.

Beberapa keping gambar kami, kontinjen JAKIM Cawangan Sarawak. Best:)

Wednesday, 21 November 2012

2 hari lagi

Nampak tak?


Lagi 2 hari je aku bekerja. Lepas tu aku akan bercuti panjang. 

Pasti aku akan sangat merindui meja, kerusi dan PC ku ini.

Huh?

Wednesday, 14 November 2012

Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai


Kakitangan awam perlu ada surat ini jika ingin mendapatkan rawatan percuma di Klinik / Hospital Kerajaan,

Aku tak payah buat pun tak apa sebab papa dah sediakan satu, guna nama dia sejak 2 bulan yang lepas lagi.

Just in case terlupa di rumah atau terhilang atau terghaib di mana-mana, aku buat jugak. Manalah tahu kan? Tengah kelam kabut, cari benda ni tak jumpa pulak. At least ada back up. :)


Masa di Putrajaya dulu, terus guna HRMIS je. Tak payah bawak surat ni. Semunya ada di dalam sistem. Tapi di sini, masih lagi kena ada surat ini. Aku harap, lepas ni kerajaan dapat menyelaraskan penggunaan sistem HRMIS di seluruh negara. Rugilah keluarkan duit berjuta untuk bangunkan sistem yang hanya dapat di manfaatkan di tempat yang tertentu sahaja.

Aku ada ternampak kaunter HRMIS di Hospital Umum Sarawak tempoh hari. Tapi aku tak faham kenapa tertulis di situ kena register dua hari lebih awal. (macam tu lah bunyinya kalau aku tak silap) Kalau lagi 2 hari aku tau aku nak terberanak, bolehlah aku suruh papa pergi register di kaunter HRMIS siap-siap.. Tak masuk akal pulak. Atau, mungkin aku yang tak faham sistem mereka.

Apa pun, buat masa ini, aku memang tak ada hati nak memahami apa-apa berkenaan itu. Yang aku tau, aku dah sediakan apa yang perlu. Harap nanti semuanya berjalan dengan lancar dan tak ada masalah yang timbul di hari kejadian.


*terfikir jugak kenapa manusia mencipta sistem 
untuk menyusahkan manusia balik? Pelik...

Sunday, 7 October 2012

Keputusan KPSL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Julai lalu aku menduduki KPSL.

Itu adalah pertama kali aku menduduki ujian tersebut. Aku dimaklumkan oleh papa yang keputusan dah keluar.



Aku ambil 3 paper, yang lulus 1 paper sahaja. Teruknya.. Aku target lulus paper A, tiba-tiba pulak paper undang-undang yang lulus. Haha. Tahun depan kena usaha lagi ni..




~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers