السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini aku nak kongsikan tips dan senarai semak persiapan menyambut bayi baru. Bagi ibu bapa yang pertama kali menyambut kehadiran cahaya mata, semestinya akan merasa teruja dengan persiapan dan kelengkapan barang-barang bayi. Aku yang dah masuk empat orang anak pun masih terasa keterujaannya, apalagi yang beru pertama kali kan? Okey jom..
1. PAKAIAN BAYI
Perkara paling utama sekali mestilah pakaian bayi. Zaman sekarang ni pakaian baby macam-macam jenama pun ada. Anakku, Disney, Fitty, Fiffy, Pureen dan banyak lagi yang terdapat di pasaran. Ada yang mahal, ada yang murah. Terpulang kepada bajet masing-masing. Pada pendapat aku, nak beli pakaian baby bukan berdasarkan jenama semata-mata. Lihat dulu jenis fabrik yang digunakan. Ada pakaian yang mahal dan berjenama, tetapi fabriknya dari jenis yang panas pun tak guna jugak. Apa yang penting adalah keselesaan baby kita.
Yang keduanya JANGAN beli yang kecil. Kalau boleh beli yang saiz besar sedikit. Kerana bayi yang baru lagir, tumbesarannya sangat cepat. Aku dulu suka beli pakaian size newborn dan 0-3 month untuk anak-anak aku sebab kononnya nanti dah lepas pantang baru kuar beli yang besar sikit ikut umur dia. Tapi aku SALAH. Anak aku ketiga-tiganya jenis badan besar. Keluar dari perut semua lebih 3 kilo. Pakai pakaian yang newborn memang sekali dua jer. Yang size 0-3 bulan 3-4 minggu je. Sangat membazir kalau beli banyak-banyak.
Dan yang pentng, lepas 3 bulan jangan ingat kita senang-senang nak keluar shopping pakaian baby lagi sebab kita pun tak tahu ragam baby kita nanti macam mana. Kalau jenis baby yang OK, OKlah... Kalau jenis yang meragam bila bawak jalan, kirim salam lah nak shopping-shopping bagai ni. Untuk pakaian, aku cadangkan beli jenama Anakku. Fabrik serap peluh dan tidak panas. Harga pun berpatutan. Lagi bagus kalau korang join member. Boleh kumpul point kalau beli di Butik Anakku. Size baju yang 0-3 bulan aku beli 2-3 helai je, yang lain-lain semua size 6 bulan ke atas.
2. LAMPIN
Lampin ni ada 3 jenis. Jenis yang pertama lampin tradisional. Lampin tradisional ni refer kat napkin yang segi empat tu. Tapi jarang sangat-sangat orang pakai sekarang. Kalau nak pakai pun, make sure ada nappy liners yang boleh didapati di pasaraya/butik barangan bayi. Nappy liners tu fungsinya adalah untuk memastikan permukaan kulit punggung baby sentiasa kering. Tapi kalau bahagian lampin tak dialas dengan nappy liner tadi, alamat basah dan melecetlah punggung baby.
Yang kedua, lampin jenis moden. Kalau nak beli, ada jugak jual liners sekali. Taip je kat Google.com, melambak dalam internet. Liners tu sama jugak fungsi macam nappy liners tadi. Bezanya lampin napkin ngan lampin modern ni, yang napkin tu korang kene lipat sendiri sampai jadi macam lampin. Manakala lampin moden ni macam seluar. Tinggal nak pakai je..
Satu jenis lampin lagi adalah lampin pakai buang atau dalam bahasa lainnya pampers. Yang ini memang cukup terkenal kerana mudah digunakan. Lepas pakai je buang, tak perlu nak basuh, jemur dan lipat macam 2 jenis lampin di atas. Hehe..
Bagi orang yang pemalas macam aku, memang guna pampers je lah. Setakat ini pampers terbaik yang pernah aku guna ialam Mami Poko. Memang sangat kering dan tak pernah membuatkan punggung anak aku melecet. Tapi harga dia memang kecutlah. Mengempiskan beg duit. Dulu Huggies pun OK, tapi lately, aku rasa Huggies makin tak berkualiti. Makin nipis pulak. Satu lagi yang OK dan terbaru adalah Whoopee. Aku tak tau kat anak orang lain. Tapi setakat ni Abril pakai memang terbaik.
3. SET MANDIAN
Set mandian ni kene ada. Jangan pulak nak memandai bagi baby baru lahir pakai Lux ke ape ke.. Kulit diorang sangat sensitive. Kalau aku dulu kat Putrajaya, terdesak sangat tak dapat nak keluar pegi pasaraya beli mandian, aku beli yang baby johnson punya sabun buku kat kedai runcit mamak bawah blok tu je.. Aku tak tau korang tau tak kewujudan sabun tu. Tapi masa aku kecik-kecik dulu memang aku nampak sabun tu dulu dan lepas beberapa ketika, barulah ada gel mandian bagai tu.
Untuk mandian baby, aku suka dari rangkaian produk Johnson's Baby terutamanya 'head to toe' wash yang kaler kuning tu. Yang tu tak payah sibuk nak bukak botol syampu, bukak botol baby bath bagai. Satu produk tu je untuk mandi dari hujung rambut sampai hujung kaki. Senang dan jimat masa.
4. SET PENJAGAAN
Yang ni mesti ada jugak lah. Minyak perut baby, losyen, bedak, krim ruam dan sebagainya. Terpulang dengan citarasa masing-masing, biasanya benda-benda ni ada dijual di pasaraya. Kedai runcit pun banyak. Ada jugak yang beli set untuk berpantang selepas bersalin tu pun kadang-kadang ada jugak minyak-minyak untuk baby sekali.
Kalau aku, memang sentiasa menjadi pilihan dari brand Anakku atau Johnson's Baby. Minyak pulak aku suka minyak kayu putih ( yang dicampur dengan baby oil dengan nisbah 1:1, jangan pakai direct, takut terlalu panas) atau yu yi cap limau. Kalo nak guna Vicks, make sure guna yang khas untuk baby (penutup kaler pink) Jangan guna yang vaporub penutup hijau tu pulak. Kang tak pasal-pasal sawan (dah terang-terang tertulis kat direction pada botol)
5. PENYUSUAN
Bab penyusuan ni tengok pada korang jugak. Kalo nak bagi susu ibu, senang lah kejenye. Tak payah nak bangun malam basuh botol, bancuh susu bagai. Selak baju je, tala kat mulut baby, habis cerita. Hehe..
Kalo nak bagi susu formula, nak ke tak nak ke kene jugak bangun malam bancuh susu. Susu ni nak pilih pun satu kerja. Bukan semua baby yang mudah serasi dengan susu formula. Ada yang kene try macam-macam brand dulu, baru jumpa yang sesuai. Dah bancuh pun, untuk sekali minum je. Kalau tak habis, jangan simpan, terus buang je. Kalau baby nak menyusu lagi selepas beberapa ketika, bancuh semula yang baru.
Abril dulu bab ni memang payah. Aku bagi try Dugro dan Dutch Lady, sakit perut terberak je manjang. Sekali bagi Anmum ngan S26, elok pulak tu. Memilih betul. Nak yang mahal je. Kopak duit aku. Tapi takpe, semuanya mesti ikut kesesuaian baby kita jugak. Nak ikut sesuai duit aku, memang tak sihat la budak tu. Abril menyusu badan jugak. Sampai umur dia setahun 2 bulan
6. INSURANS
Yang ni memang sangat-sangat penting. Kalau apa-apa berlaku ke atas diri dan baby kita, sekurang-kurangnya ada sikit perlindungan. Pelbagai produk insurans yang terdapat di pasaran. Google.com ada penyelesaiannya.
Buat masa ni aku masih memilih insurans untuk baby yang bakal lahir. Aku dan papa tak nak jadi macam Abril dulu, asik sakit je.. Bila anak sakit, memang kene pakai banyak duit. Bukan untuk perubatan je, untuk makan minum, kos ulang alik hospital tu semua nak kena ambik kira.
Begitulah sedikit sebanyak persiapan asas untuk menyambut kelahiran bayi. Kalau korang nak tengok checklist untuk barang-barang baby, boleh klik kat >>SINI<<
http://mamaabril1.blogspot.com/2012/10/checklist-barangan-baby.html










Baju anakku nang plg bagus.ada member card juak anakku oh?mok kmk apply klak..
ReplyDeleteaok. kmk ri ya apply kt butik. mun kt pasaraya ya xda mek rasa. ng mok pg kt kdei nya mpun. mun nk kmpul point pun msti shopping kat butik, mun kt pasaraya xpakey.xtauk la may be kt sinun lain rule nya.
DeleteThanks for sharing
ReplyDeletelayari http://cenderamatadarihati.blogspot.com
ReplyDeletehamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..
maaf tumpang iklan
(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)