Tuesday, 2 October 2012

Meet Shimuss, my first pet

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hia bloggers!


Meet my 5 month old mix Persian cat named Shimuss. Asal usul keturunan Shimuss ni, nenek dia kucing kampung jer. Mengawan ngan datuknya si kucing parsi, dapatlah maknya si Munirah. Munirah kucing putih, yang berbulu ala-ala Shimuss jugak. Mengawan dengan kucing jantan yang berbulu calico, maka dapatlah Shimuss dan saudara jantanya. Malangnya saudara jantannya hilang entah kemana. Hmm.. 

Sejujurnya aku bukan tuan empunya Shimuss. Tuan asal adalah adik aku A'are. Memandangkan Abril dah suka sangat kat Shimuss, dengan rela hati aku pun tsuka jugaklah kat Shimuss. Boleh ke macam tu? Hehe.. Papa yang concern dengan kebersihan dan kesihatan Shimuss menyarankan kami jaga dia dan bawak jumpa vet. Bukan nak cerewet, tapi Abril kan ada asthma, aku pula mengandung, maka kesihatan haiwan yang sebumbung dengan kami perlu diambil kira juga. Better be safe than sorry!

Papa sponsor segala perbelanjaan kesihatan dan perapian Shimuss. Hantar pergi injection kulit, vaksin, grooming dan sebagainya di klinik haiwan yang tak jauh dari kediaman kami. Nanti aku story pasal tempat tu. For the time being, layan gambar je lah dulu. Aku pun dah ketandusan idea nak menaip. Al maklum jam dah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Perut dah bergendang. 

tidur.. nampak tak?

tak mau senyum
Shimuss sangat takutkan kamera. Susah nak capture dia kalau dia sedang bangun. Dan kemungkinan dia akan cuba nak cakar. Err.. nasib baik dah potong kuku. Hmm.. Tapi yang ini pasti clear..

Shimuss :)

OK, setakat ini sahaja. Lain kali aku update lagi gelagat Shimuss. Nak keluar makan :)

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers