Thursday, 4 October 2012

Geram

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis yang suram.

Semalam aku berselisih faham dengan orang. Biasalah, dah namanya manusia, bukannya sempurna pun. Mesti ada perkara yang tidak diingini berlaku jugak walaupun sedaya upaya cuba dielakkan.

Aku tertanya-tanya, kenapa orang lain susah nak faham diri aku? Aku bukan mintak disanjung setiap masa. Cukup sekadar memahami keadaan dan emosi aku ketika ini.Orang mengandung, penatlah... Ada jugak masa dan ketika aku bukan dalam mood yang baik. Kadang-kadang perkara kecik boleh buat aku kecik hati, sakit hati, stress, cemburu, tension dan pelbagai emosi negatif lagi. Ada masa aku happy, suka, ceria. Emosi bertukar-tukar ikut keadaanlah. Kalau sentiasa nak gembira jer, itu orang yang ada masalah jiwa. Kena marah pun senyum, kena pukul pun senyum. Gila ke tak?.

Memang mulut aku ni kadang-kadang jahat. Tapi tak sampai ke hati pun. Sekadar dimulut untuk melepaskan rasa geram. Alaa.. macam orang lain tak pernah buat pulak kan? Semua orang pun macam tu. Kalau orang tanya aku ni kenapa, aku susah nak cakap. Tapi bila orang dah desak aku suruh aku bagitahu kenapa dengan aku yang marah, stress, aku cakaplah benda yang betul. Straight to the point lah kan? Nak sangat tahu.. Dah aku bagitahu, marah pulak. Sapa bermasalah? Aku ke orang yang bertanya tu? Susahlah nak bagi orang faham. 

Terpulanglah kalau nak faham ke tak faham ke. Yang penting, jiwa aku tak sakit sebab nak bermuka-muka je. Kat depan bukan main lagi pijak semut pun tak mati. Lembut gigi dari lidah. Kat belakang, kutuk sana kutuk sini. Apa barang? 

Aku mengaku, memang mulut aku jahat. Tapi aku tak busuk hati. Diulangi, AKU TAK BUSUK HATI. Kata orang Sarawak, "AKU SIK BUROK PERUT"

Lepas ni mesti dia buat macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tau sangat dah... Hah! Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.


No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers