Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Friday, 26 April 2013

Mak aku sakit :((

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kawan-kawan pembaca sekalian.

Kali ini aku muncul lagi tetapi bukan dengan alasan lapuk itu. Papan kekunci ini berada jauh dari jangkauan bila mak aku sakit. Of course anak-anak aku juga menjadi salah satu penyebab aku tinggalkan blog ini.. Tetapi kali ini keadaan emak aku yang kurang sihat turut mempengaruhi emosi aku untuk menulis. Kebanyakkan masa digunakan untuk memikirkan mak (terutamanya sebelum tidur dan semasa dipejabat). Tetapi aku tidaklah menunjukkan sangat rasa bimbang dan risau kepada mak takut pula dia rasa tak selesa dan rimas.


Sakit mak pelik. Susah aku nak ceritakan di sini. Fizikalnya, mak nampak sihat. Tapi... hmm.. kang aku taip panjang-panjang pun tak ada guna jugak. Mak dah jumpa doktor, macam2 doktor. bermacam-macam klinik dah dia pergi. Hospital pun sudah. Pusat perubatan Islam pun dah juga. Kalau aku nak ceritakan di sini, terlalu panjang. 


Walau apapun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak. Yang penting, mak dah berusaha untuk menyembuhkan sakit misteri nya, Allah juga yang menentukan segalanya. Semoga Allah sembuhkan penyakit mak.. I love you, mak..

Sunday, 3 February 2013

Update on Aiman

Dah sebulan Aiman bersekolah. Aiman berusia 6 tahun.  Aiman seorang slow learner namun rasanya belum sampai ke tahap dyslexia walaupun pernah dikhuatiri menghidap dyslexia. Tahun lepas dia bersekolah di Tabika KEMAS berdekatan rumah aku.

Memandangkan perkembangan pembelajaran Aiman sepanjang tahun lepas sangat tidak memuaskan, aku dan papa, dengan sokongan mak dan bapak aku, telah mengambil keputusan untuk pindahkan Aiman ke TASKI ABIM. Selepas sebulan, memang nampak perubahan Aiman. Dah pandai mengeja, dah kenal huruf, nombor, huruf jawi dan dah boleh baca buku iqra'. Cuma bila menulis tu, ada susah sikit. Otot tangan dia macam tak lembut lagi. Menggigil-gigil tangan dia bila menulis. Hmm..

Sebelum ini, semua tu Aiman tak boleh buat. Memang aku salahkan cikgu Tabika KEMAS tu. Macam-macam perkara yang aku tak puas hati. Tak kan Aiman pergi sekolah setiap hari, masih tak kenal ABC kot.. Agak-agak lah kan, tak kan bila tengok budak tak pandai, malas pulak dia nak layan. Sebab tak pandai la aku hantar anak aku sekolah. Kalo pandai, buat apa aku nak penatkan diri berabis duit, minyak kereta hantar pergi sekolah. 

Masa zaman aku dulu aku sekolah di Tabika KEMAS yang sama. Tapi zaman tu cikgu lain lah. Ada-ada je aktiviti sekolah yang di bawa balik ke rumah. Bila Aiman dan Armand masuk situ, tak pernah sekali diorang bawak kerja sekolah ke, surat ke, buku laporan ke.. memang haram, tak pernah aku nampak. Aku malas je nak pegi jumpa cikgu tu, apa-apa pesanan, aku suruh papa atau bapak je sampaikan kat cikgu. Bukan apa, kalau aku pergi, mau aku bertekak ngan cikgu. Aku ni payah sikit kalau dah mula bersuara. Tak pasal-pasal lak kang.. Malaslah nak ingat balik perkara-perkara bodoh yang cikgu tu buat. Kalo aku cerita, korang semua pun hangin jugak.

So far, Aiman dah semakin bagus di dalam pembelajaran. Alhamdulillah, syukur... memang betul keputusan yang kitorang buat. Hampir setiap hari Aiman bawak balik kerja sekolah. Kalau tak ada pun, papa akan ajar Aiman mengeja setiap malam. Aku tak mengharapkan sesuatu yang luar biasa daripada Aiman. Kalau boleh dia membaca, menulis dan mengira pun, cukup bagus buat aku. Tapi jika dia boleh menjadi yang cemerlang, itu bonus untuk aku dan papa :)

Thursday, 11 October 2012

Inggar ngan Mak Cik 'N'

Inggar nyawaku. Ku nak beporet ari tok.

Teringat ngan kisah minggu ya tek. Aku ada bertanyak sesuatu ngan sorang hamba Allah tok. Nya tok pangkat mak cik lah. Nang aku dah lamak kenal ngan nya sejak ku tadika marek dolok. Family kamek orang pun kenal juak ngan family sidaknya. Al-maklomlah sekampong tek nak. 

Zaman ku tadika marek, nya bekedei di rumah nya. Jual dak keropok, gula batu, eskrem dan lain-lain barang runcit. Rumahnya kecik jak masa ya. Kinek tok nya dah maju. Rumah papan dah transform jadi rumah batu, ada kereta viva itam baru parking depan rumah.

Di sebelah rumahnya ada sebidang tanah kosong. Sik juak besar tanah ya tek. Sedang-sedang ajak. Masa ku ngan dak mak ku pegi nanggar rumah angur ya, nya negor aku. Pa nya nanggar perut ku besar tek. Yang aku tek pande ringan mulut nak bertanyak~

Aku: Cik, tanah sebelah rumah kitak ya dijualkah?

Nya: Ri ya tek nang nak dijual. Tapi sik tauk lah apa cerita kinek tok. Kenak?

Aku: Sik ada, nanyak ajak. Kenal kitak ngan tuan tanah ya kah?

Nya: Mun sik salah aku bukan orang lain juak dengan kedei makan BNB ya. 

Aku: Oo.. Tauk kitak berapa nya nak jual tanah ya ri ya kah?

Nya: Mahal. Sik dapat kau beli tanah ya. Seratus ribu. Tanah kecik juak. Besar sikit tanah aku dari tanah ya. Berapa gaji kau? Berapa gaji laki kau?

Aku: ... (telan air liur). Adalah sikit. Cukup makan anak beranak.

Nya: Berapa gaji laki ko? 5 ribu ada? Aku tok apa boleh buat anak ku dah besar semua, yalah dapat nyambong rumah, meli kereta baru ya (sambil nunjok kereta)

Mak datok. Besar cakap nya. Sedangkan aku tek sekadar bertanyak ajak. Tauklah aku kuli ajak. Tauklah laki ku kerja sik bagus. Ibohlah ngelakar macam ya gilak. 

Aku: Sik hal cik. Mun ada rejeki meli tanah dolok jadilah. Rumah polah pupok. Dikit-dikit, ndak tauk dango dolok. Macam kitak juak marek.

Pangkak terus cara alus, ati ku geram.

Nya: Ehh.. Kau tok. Hehe (tersengeh sambil nepok lengan aku)

Kakya terus ku eksen pegi nyarik mak ku. 

Yah.. Tok bukan sebarang poret. Poret ada pengajaran. Mun kita dah senang, jangan lupak dengan kesusahan kita di masa lampau. Iboh diberik kesenangan lalu nak eksen, pandang rendah orang lain. Baruk maju sikit dah lupak segala-galanya. Yang paling hebat tek part nanyak gaji aku ngan laki ku. Duuunak oii. Lom kalak gik mak ngan bapak ku nanyak berapa gaji kamek duak. Orang lain gik bertanyak. Pelik nar rasa nya.

Ya ajak lah nak diporet ku. Pengajaran untuk semua termasok aku mpun juak ya. Ney tauk kelak esok pandey idup senang nak. Dah pandang langit, bumi jangan dilupak. Mudah-mudahan aku ngan keluarga aku bukan di dalam golongan orang yang lupak dirik. Amin, insyaAllah...


Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, 5 October 2012

Awak baik sangat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat datang lagi. Cepatnya masa berlalu. Terleka kita, maka ketinggalanlah.


Tiba-tiba aku tekenang seorang lelaki yang sangat dicintai. Hehe... Dia tidak handsome, dia tidak kaya, tapi dia seorang yang kacak sikap peramahnya dan sangat kaya dengan sifat sabarnya. 

Dia baru lagi di Kuching. Tapi dah ramai kenalan. Jiran-jiran yang aku tak kenal pun dia kenal. Mungkin sekali pandang dia nampak mcam kerek, sombong, ganas, atau poyo, tapi bila orang dah kenal dia, baru tahu dia macam mana. Memang sangat peramah. Pakcik guard kat opis aku pun dah kenal kat dia. 

Papa jugak seorang yang penyabar. Macam-macam orang buat kat kami. fitnah kami, mengata, mengutuk, menghina kami, tapi dia tetap dengan pendirian sabarnya. Kaalu aku yang berada di tempat dia, sumpah memang aku pergi tumbuk muka orang yang fitnah kami dan buat cerita yang bukan-bukan. Ah! Manusia jenis itu memang tak suka orang bahagia, memang tak suka orang gembira.Semoga satu hari nanti Allah bukakan hijab yang menutup mata mereka, biar yang benar dan yang salah akan terbukti.

Lagi penyabar di dalam  melayan aku yang sangat-sangat cerewet dan selalu menyusahkan dia. Ya, memang aku selalu sengaja susahkan papa. Susahkan papa dengan perangai aku yang kuat cemburu, cepat melenting dan kuat merajuk. Entahlah, kadang-kadang rasa bersalah bila lihat papa cuba buat yang terbaik untuk aku. Sayu jugak kadang-kadang. Hmm... Sorry sayang.. 

Oh, tadi masa browse gambar-gambar dalam handphone, aku terjumpa gambar masa birthday aku April lepas. Aku tak ingat pulak pernah tak tulis pasal birthday aku. Malas nak carik sebab mata tengah mengantuk. hehe.. 

2 April 2012, usia aku lebih setahun suku abad. Tidak ada sambutan pun. Cuma papa jemput aku keluar lunch dengan sejambak bunga. Itu sangat istimewa :)


Papa belanja lunch di tempat makan kegemaran aku, Restoran Tom Yam Kung, Presint Diplomatik, Putrajaya.


Di restoran itu, makanan memang extremely terbaik bagi aku walaupun kadang-kadang service macam siput sedut yang sakit tenat. Tengah hari tu, aku balik pejabat dengan senyum yang tak putus. Memang sangat simple dan bajet, tapi, nilai sentimental moment itu sangat tinggi. 


Rindunya...

Cepat-cepat balik rumah ye sayang. Pejabat papa dekat je.. hehe..

Thursday, 4 October 2012

Geram

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis yang suram.

Semalam aku berselisih faham dengan orang. Biasalah, dah namanya manusia, bukannya sempurna pun. Mesti ada perkara yang tidak diingini berlaku jugak walaupun sedaya upaya cuba dielakkan.

Aku tertanya-tanya, kenapa orang lain susah nak faham diri aku? Aku bukan mintak disanjung setiap masa. Cukup sekadar memahami keadaan dan emosi aku ketika ini.Orang mengandung, penatlah... Ada jugak masa dan ketika aku bukan dalam mood yang baik. Kadang-kadang perkara kecik boleh buat aku kecik hati, sakit hati, stress, cemburu, tension dan pelbagai emosi negatif lagi. Ada masa aku happy, suka, ceria. Emosi bertukar-tukar ikut keadaanlah. Kalau sentiasa nak gembira jer, itu orang yang ada masalah jiwa. Kena marah pun senyum, kena pukul pun senyum. Gila ke tak?.

Memang mulut aku ni kadang-kadang jahat. Tapi tak sampai ke hati pun. Sekadar dimulut untuk melepaskan rasa geram. Alaa.. macam orang lain tak pernah buat pulak kan? Semua orang pun macam tu. Kalau orang tanya aku ni kenapa, aku susah nak cakap. Tapi bila orang dah desak aku suruh aku bagitahu kenapa dengan aku yang marah, stress, aku cakaplah benda yang betul. Straight to the point lah kan? Nak sangat tahu.. Dah aku bagitahu, marah pulak. Sapa bermasalah? Aku ke orang yang bertanya tu? Susahlah nak bagi orang faham. 

Terpulanglah kalau nak faham ke tak faham ke. Yang penting, jiwa aku tak sakit sebab nak bermuka-muka je. Kat depan bukan main lagi pijak semut pun tak mati. Lembut gigi dari lidah. Kat belakang, kutuk sana kutuk sini. Apa barang? 

Aku mengaku, memang mulut aku jahat. Tapi aku tak busuk hati. Diulangi, AKU TAK BUSUK HATI. Kata orang Sarawak, "AKU SIK BUROK PERUT"

Lepas ni mesti dia buat macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tau sangat dah... Hah! Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasik.


Friday, 28 September 2012

Wishlist #1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Korang ada wishlist?

Wishlist aku setakat semalam kosong lagi. Tapi pagi tadi aku dah jumpa satu. Cincai kira, ini untuk tahun depan punya wishlist laa..

Bracelet

Jumpa kat page Hana Gold Seremban di Facebook. Kena berusaha lebih ni. Tapi kalau ada orang yang nak sponsor lagi bagus.. Ngee~

Monday, 27 August 2012

Terganggu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Walaupun kehidupan semakin bertambah baik dan agak teratur berbanding sebelumnya, kadang-kadang terasa juga seperti ada sesuatu yang mengganggu. 

Hati yang tidak tenang, sering terasa tertanggu oleh orang-orang yang tidak diingini kehadirannya. Bagaimana ya caranya? Jangan minta aku berdoa supaya orang yang kumaksudkan tidak muncul, berikan aku jalan penyelesaian yang berkesan.

Hati berbunga layu, jiwa menyanyi lagu sepi. Itu bukan aku.

Aku ingin seperti dahulu.



Thursday, 2 August 2012

Khamis yang tak best

Salam.

Hari ini merupakan hari best yang agak tak best di pejabat aku. Best sebab esok dah Jumaat dan lusa dah Sabtu, hari tidur sedunia. Yang tak bestnya sebab, pagi-pagi lagi dah ada manusia yang meruntuhkan mood baik aku pada hari ini. Kesihatan aku juga agak kurang baik dan ia menyumbang kepada kecelaruan emosi aku.

Di pejabat aku ini ada seorang hamba Allah, yang sama seperti aku mencari rezeki bagi menampung keperluan hidup. Ada satu perangainya yang aku kurang berkenan. Dia kerap kali tidak mengaku kesalahan sendiri dan yang lebih kejam, aku pula yang menjadi mangsa. Seolah-olah aku yang tak buat kerja. Wahhh.. hebat kau Jah! Aku punya tahap kesabatan ada batasan juga tau!

Geram! Tapi wajib juga berdiam dan sabar selagi termampu. Bila satu hari nanti aku dah tak tertahan lagi, aku report kat big boss, dan angkat kaki dari sini.

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers