السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat datang lagi. Cepatnya masa berlalu. Terleka kita, maka ketinggalanlah.

Tiba-tiba aku tekenang seorang lelaki yang sangat dicintai. Hehe... Dia tidak handsome, dia tidak kaya, tapi dia seorang yang kacak sikap peramahnya dan sangat kaya dengan sifat sabarnya.
Dia baru lagi di Kuching. Tapi dah ramai kenalan. Jiran-jiran yang aku tak kenal pun dia kenal. Mungkin sekali pandang dia nampak mcam kerek, sombong, ganas, atau poyo, tapi bila orang dah kenal dia, baru tahu dia macam mana. Memang sangat peramah. Pakcik guard kat opis aku pun dah kenal kat dia.
Papa jugak seorang yang penyabar. Macam-macam orang buat kat kami. fitnah kami, mengata, mengutuk, menghina kami, tapi dia tetap dengan pendirian sabarnya. Kaalu aku yang berada di tempat dia, sumpah memang aku pergi tumbuk muka orang yang fitnah kami dan buat cerita yang bukan-bukan. Ah! Manusia jenis itu memang tak suka orang bahagia, memang tak suka orang gembira.Semoga satu hari nanti Allah bukakan hijab yang menutup mata mereka, biar yang benar dan yang salah akan terbukti.
Lagi penyabar di dalam melayan aku yang sangat-sangat cerewet dan selalu menyusahkan dia. Ya, memang aku selalu sengaja susahkan papa. Susahkan papa dengan perangai aku yang kuat cemburu, cepat melenting dan kuat merajuk. Entahlah, kadang-kadang rasa bersalah bila lihat papa cuba buat yang terbaik untuk aku. Sayu jugak kadang-kadang. Hmm... Sorry sayang..
Oh, tadi masa browse gambar-gambar dalam handphone, aku terjumpa gambar masa birthday aku April lepas. Aku tak ingat pulak pernah tak tulis pasal birthday aku. Malas nak carik sebab mata tengah mengantuk. hehe..
2 April 2012, usia aku lebih setahun suku abad. Tidak ada sambutan pun. Cuma papa jemput aku keluar lunch dengan sejambak bunga. Itu sangat istimewa :)
Papa belanja lunch di tempat makan kegemaran aku, Restoran Tom Yam Kung, Presint Diplomatik, Putrajaya.
Di restoran itu, makanan memang extremely terbaik bagi aku walaupun kadang-kadang service macam siput sedut yang sakit tenat. Tengah hari tu, aku balik pejabat dengan senyum yang tak putus. Memang sangat simple dan bajet, tapi, nilai sentimental moment itu sangat tinggi.
Rindunya...
Cepat-cepat balik rumah ye sayang. Pejabat papa dekat je.. hehe..














No comments:
Post a Comment