9.00 pagi.Sakit semakin kerap dan kuat. Bukaan rahim dah 4cm. Macam biasa, di hospital kerajaan kalau bukan waktu melawat jangan harap nak mintak sesiapa masuk. Lebih-lebih lagi kalau kena dengan guard yang kerek, perasan hebat. Tapi aku paksa jugak papa masuk. Aku nak air. Heheh. Papa masuk jugak Maternity Ward yang terletak di tingkat 5 tapi sekejap je dengan alasan hantar air, wife baru masuk. Lepas suap air dan borak-borak sekejap, papa keluar. Aku dah mula mengawal pernafasan. oh yeah, teknik pernafasan yang betul memang banyak membantu mengurangkan kesakitan. Tak rugi aku banyak membaca disepanjang kehamilan kali ini. Tak lama kemudian, papa hantar SMS...
11.40 pagiAir ketuban pecah. Meletup kau! Siap tepercik kat baju doctor yang baru lepas check aku. Basah lenjun aku atas katil. Lepas tu diorang tolak aku ke labour room di tingkat 4.. Papa dah siap tunggu aku kat pintu. Masa tu dah sakit sangat-sangat. Masa dalam lif tu, aku malu betul bila ada orang lain tengok aku. Yer lah, aku kan tengah sakit. Entah macam mana agaknya rupa aku masa tu. Hehe.. Tapi sebab sakit dah mula kuat, maka semua tu terlintas sekejap je kat fikiran. Selebihnya aku fokus untuk tahan sakit yang semakin kerap dan kuat tu.
2.00 petangProgress makin lambat. Kenapa ya? Aku geram sangat masa tu. Bukaan masih 6cm. Aku dah gelisah. Papa teman aku dalam labour room. Aku tak bercakap sepatah pun kerana terlampau sakit. Aku nampak papa tertidur dalam keadaan duduk. Kesian dia. Yelah, kan dah semalaman tak tidur. Hehe. Tak lama lepas u, doctor bagi aku suntikan tahan sakit. Memang sangat membantu dan melegakan. Terasa kurang sakitnya dan sangat mengantuk jugak :)
3.00 petangAku dalam keadaan mamai. Doctor check semula bukaan dan masih tiada perubahan. Doctor kata dia nak masukkan ubat untuk cepatkan bukaan. Sekiranya ubat itu tidak berkesan, maka kemungkinan besar aku akan bersalin secara pembedahan sekali lagi. Aku harap sangat agar aku tak perlu masuk operation theatre. Dah separuh jalan pun kan. Lagipun, kalau ceaser sekali lagi, next pregnancy, memang sure kene ceaser bila nak bersalin. Tapi Alhamdulillah, memang cepat. Papa cakap bila masuk je ubat tu, reading kat mesin CTG terus naik. Reading tu naik maknanya contraction pun makin kuat jugak. Menjelang pukul 4.00 petang, dah bukak 8cm.
4.00 petangAku dah rasa kepala baby dah masuk laluan. Aku bisik kat papa, lagi 2 kali contraction, confirm nampak kepala baby kat depan tu. Nurse tu asik cakap jangan teran. Aku dah set minda jangan teran. Dari pagi aku sakit, memang aku tak teran. Aku rest badan setiap kali contraction datang.
Itu part paling sukar nak handle. Kena main dengan minda bawah sedar. Kalau tak dapat kawal, maka autmatically akan meneran. Meneran adalah bahaya jika rahim belum bukak sepenuhnya kerana dapat mengakibatkan bayi lemas.
Tapi, melalui pengalaman yang aku dah lalui, contraction yang akan datang kali ini, aku yakin aku akan teran secara automatik. Ouch! Memang betul, aku minta papa panggil nurse tadi. Nurse tu terus sediakan apa yang patut.
Papa dan seorang lagi nurse bantu betulkan kedudukan kaki aku. Aku push tanpa henti dengan support dari nurse dan papa jugak. Masih terngiang-ngiang ditelinga aku papa cakap
"Mama, kepala baby dah nampak. Teran lagi..."
Kurang 10 minit untuk teran kepala dan bahu baby, akhirnya lahirlah anak aku yang ke-4. Papa sendiri jadi saksi kelahirannya secara normal. Pengalaman yang sangat berharga kan?
![]() |
| Newborn - Ayra Ayushi |
OKlah, itulah pengalaman bersalin si Ayra. Progress agak lambat tapi bila laluan dah bukak, mudah je nak keluarkan dia. Alhamdulillah smuanya selamat dan dipermudahkan. Berkat doa suami, keluarga dan rakan-rakan semua. Terima kasih daun keladi....












Ouh..tiba2 saya jadi takut nak deliver next month..heheh..nanti sharekan etua rahsia tu ye..tak sabar nak tau..huhuhu...anyway, Ayra mmg comel@@siap isap jari lagi tu...cute!!
ReplyDelete