Day 5 of life.
Ayra Ayushi menangis kerana lapar dan panas sahaja buat masa ini. Belum pernah lagi dia menangis tanpa sebab. Hehe..
Cuaca di sini tak menentu. Kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Kalau panas tu, memang panas sangat. Kulitnya pulak a bit sensitive. Kalau panas, ruam memang naik. So, memang tak berbedung dan tak berbarutlah anak dara sorang ni. Air-cond pulak rosak :(( Waahhhhh.. Kesian sungguh!
Lagi satu, hari pertama je dia berak. Lepas tu sampai hari ni memang tak ada berak. Dah jumpa doctor, kata doctor bayi yang minum susu ibu memang kadang-kadang tak berak untuk beberapa hari. Asalkan perut dia tak keras, tak ada muntah-muntah dan tak ada kerap menangis, maka, itu bukanlah satu masalah. Leganya bila docor cakap macam u. Ye lah, ini pertama kali aku beranak perempuan. Sebelum ni, aku jaga 3 anak lelaki, lain betul gayanya. Memang 360 darjah berbeza.
Abril pulak dah 2 hari bagi masalah kepada aku dan papa. Hmm.. cemburu agaknya. Tapi, makin dia buat hal tu, makin aku geram nak cium-cium dia. Hehe.. Dia ingat aku dah tak sayang dia agaknya. Ye lah, 24 jam berkepit dengan si kecik je. Mama sayang semua anak-anak mamalah!
![]() |
| Ayra Ayushi - Day 5 of life |
Apa-apapun, ada anak perempuan memang seronok. Hihi.. Emm.. nanti aku ceritakan pengalaman bersalin Ayra. Buat masa ni, masa memang tak mencukupi. Aku masih belum dapat sesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini.











Rissa salu x berak.risau kmk..btw..congrats!!!
ReplyDeletealolo comelnye!! tahniah ye dpt baby gal :) nama dia unik :)
ReplyDelete