Kali ni nak story pasal pengalaman bersalin Ayra. Aku cerita sikit-sikit ye sebab kalo cerita sekaligus, mesti jadi entri yang panjang dan membosankan. OK, here we go...
Aku dijangka bersalin pada 8 Disember 2012. Tapi last minute doctor tukar tarikh 8 tu kepada 9. Oleh kerana dia lebih arif, maka aku ikut je lah.
8 Disember 20128.00 malamAku, papa dan Abril ke pasaraya E-Mart beli barang keperluan. Dalam perjalanan pulang, terasa contraction yang lemah lembut gitu. Masa tu memang dah 2-3 hari kerap rasa contraction, jadi, aku tak kisah sangat pada mulanya. Sampai di rumah, aku mandi dan berehat.
11.00 malamSakit datang lagi. Kali ini semakin kuat. Aku dah tak sedap hati. Mungkin masanya dah sampai. Aku tenangkan diri. Mandi sekali lagi dan online FB. Dan blogging jugak. Hehe.
9 Disember20121.00 pagiAku bagitahu mak perut aku sakit. Mak aku apa lagi, terus suruh aku pergi hospital. Aku rilek lagi, sebab sakit tu memang jauh lagi dan masih boleh tolerate.
2.30 pagiLepas update blog, chatting kat FB dan minum-minum, aku kejut papa, ajak pergi hospital. Itu atas desakan mak aku. Dia risau, takut aku terberanak dalam kereta. Hehehe. Sebelum tu kami singgah rumah mak cik aku dulu ambik adik aku, Boy, buat teman borak papa sementara nak tunggu pagi. Dalam perjalanan, kami singgah lagi. Kali ni ke 7e. Nak beli alas perut.
Sampai di hospital, aku kene tunggu untuk buat CTG. Bilik penuh pulak. Hampir sejam jugak aku tunggu. Bengang tau! Nasib baik aku belum nak terberanak sangat. Buat CTG satu jam, lepas doctor consult, dia suruh repeat CTG lagi setengah jam. Papa kat luar dah tertunggu-tunggu. Hehe.
5.30 pagiSettle CTG, doctor check bukaan rahim. 3cm. Doctor kata aku kena masuk ward dulu sementara nak tunggu bukaan penuh pintu rahim. Makanya aku dengan rela terpaksa masuk ward.
7.00 pagiSementara tunggu nurse hantar aku ke ward, papa balik hantar adik aku lepas belikan aku sarapan.
Bersambung...










cerita suspen cepat betul bersambung.... hi3..
ReplyDeleteyang tak tahan tu boleh ber fb berblog lagi ye...
hehe. masa tu sakit sikit2 je.
Delete