Friday, 21 December 2012

Postnatal Care

Korang guna produk apa? 

Sekarang ni aku guna pelbagai produk. Salah satunya, Tanamera. Tanamera ni, sepupu aku yang bagi. So far memang bagus produk ni. Aku sangat suka paste bengkung Tanamera sebab bila guna paste tu (dengan bengkung) perut rasa sedap je. Hehe.. Lagipun lepas 3 hari penggunaan, perut aku banyak kurang buncitnya. Huhu~

Oh, hari tu aku cakap tentang rahsia bersalin tanpa luka kan.. Takdelah rahsia sangat pun. Ramai yang dah praktikkan Caranya mudah je. Kalau korang beli set Tanamera ni, akan ada sebotol minyak kelapa dara. Minyak tu sapu di bahagian perineum (sila Google kalau tak tahu) seawal mungkin semasa mengandung. Tapi aku hari tu dah minggu ke-38 baru start. Lambat giler. Tapi Alhamdulillah berkesan jugak. Dan, aku guna minyak kelapa dara brand lain. Hihi.. Oh, satu lagi, minyak ni diminum jugak. Aku minum 2 kali sehari, pagi dan malam. Aku hari tu start minggu ke-38 jugak.

Selain tu aku guna Losyen Mustajab. Aku guna waktu malam. Memang berkesan melancarkan peredaran darah. Produk ini memang aku yakini sejak bersalin Abril dulu.

Produk Elken, LD Venus berkesan untuk mengecutkan rahim.


Spirulina sebagai supplement


dan IG6 untuk membantu membaikpulih sel-sel yang rosak serta meningkatkan daya penyerapan nutrien.
 

Tak sabar aku nak habiskan tempoh berpantang. Bosan tau duduk di rumah... Dah lah musim sekarang ni kerap dapat jemputan kenduri-kandara.. Putih mata aku duduk di rumah, orang lain makan sedap.. Uwaaaaaa!!!



2 comments:

  1. produk elken ni mmg bagus :) dlu exbf rajin beli utk sy tp sy ni jenis pemalas semua smpn dlm blk smp expired :P

    ReplyDelete

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers