السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kandungan aku dah berusia 30 minggu. Lebih kurang 10 minggu lagi baby akan lahir. Persediaan memang tak ada lagi setakat ini. Bukan aku tak teruja dengan kehadiran orang baru. Cuma aku cuba untuk bersahaja. Aku dah serik dengan kejadian mengandungkan Abril Asyraaf dulu. Scan nampak perempuan. Aku punya excited masa tu, macam-macam barangan baby girl aku belikan. Last minute baru tahu lelaki. Hehe.. Tak apa asalkan lahirnya sihat dan cukup sifat aku bersyukur sangat.
Jadinya, pertama sekali nak difikirkan barang keperluan baby nanti. Bab pakaian dah lepas dah. Selain daripada pakaian yang aku belikan dulu, pakaian Abril yang masih elok lagi pun banyak. Yang belum dipakai pun masih banyak termasuklah pakaian yang mak cik papa bagi dulu. Banyak giler jimat kat situ. Nanti aku belilah 4-5 helai untuk pergi check-up. Yang lain-lain tu bisa diatur, asalkan aku belum 'ter'bersalin dalam masa terdekat ini. (mood shopping belum mari)
Yang paling penting nak sediakan jugak adalah ubat-ubatan untuk aku sendiri. Dulu pakai herba kampung tu. Boleh tahan jugak sedapnya. Tapi sebab bersalinkan si Abril dulu secara caesar, makanya sekejap makan sekejap tak makan lah. Doktor tak bagi makan ubat kampung sebab katanya ubat kampung ni biasanya 'panas'. Takut jahitan kat dalam tu terbukak. Ouch!! Tapi, aku ni degil jugak, aku bantai jugak makan. Tapi masa tu dah jauh hari laa.. sebabny aaku macam nak meroyan tengok perut aku buncit. Bayangkan dah sebulan, perut aku masih lagi besar macam pregnant 4 bulan. Ya Allah... Tak sanggup aku nak ingat balik.Sekarang aku tengah survey produk yang cam best dan tak tinggi kos sebab kalo ditakdirkan kene caesar lagi, bukankah pembaziran akan berlaku? Maka, kali ini ubat herba kampung memang dah out of list. Dah tanya juga dengan kawan-kawan dan sepupu, jawapan pun lebih kurang sama. Amway, nona roguy, tanamera dan macam-macam lagi lah. Nantilah aku tengok-tengokkan. Sebab sekarang ni, kerja sangat banyak sampaikan aku rasa dah tak ada masa untuk diri sendiri. Huarghh...
Alangkah indahnya dunia jika aku dah boleh bercuti mulai sekarang....










Salam Pija, semoga semuanya akan berjalan dengan lancar ya. Teringin hendak mengandung lagi bila dengar cerita Pija ni.
ReplyDelete