Tuesday, 25 September 2012

Riadah di Taman Negara Kubah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hujung minggu lalu aku dan papa bawa anak-anak berkelah di tepi sungai. Lokasinya di Taman Negara Kubah, Matang. Sepupu aku, Azie pun ikut sekali. Kami pergi sekejap je sebab aku tak larat nak handle budak-budak lama sangat. 

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 11.30 pagi. Sepanjang perjalanan dihiburkan dengan kerenah Abang dan Aiman yang tak berhenti buat bising. Ya ampun... sabar je lah.. Kalau tak sabar, mau nak patah balik, duduk di rumah jer.


Sampai di Kubah, kami carik port yang best tapi tak jumpa. Port yang 'agak' best, tapi kene ikut laluan yang berbatu sahaja yang available. Aku pun lalu jugak kat batu-batu yang agak licin itu. Baru separuh jalan aku dah tak larat.. Larat ke nak panjat-turun batu dengan perut memboyot? Wahaha.. Agaknya ramai yang memerhatikan aku masa tu..Arghh... pedulikan mereka. Asalkan aku dapat berseronok dengan papa dan anak-anak, hati aku puas. -nasib baik Azie ikut sekali, boleh bantu bawak anak-anak. Aku bawak barang je..


Takde banyak cerita nak share pun. Sampai-sampai je anak-anak aku terus menuju ke dalam air. Diorang memang sukakan air. Kalau mandi di dalam bilik air kat rumah, selagi aku atau papa atau nenek dia tak melolong suruh berhenti, memang tak berentilah diorang main air. Sampai kecut kaki tangan dek kerana air. Terutamanya si kecik. Kalau sebut mandi je, memang sangat bersemangat berjalan menuju ke bilik air. Hehe.. Masa mandi kat sungai pun dia tak nak naik. Padahal kaki tangan dan menggigil kesejukan. Nak naik kene paksa dulu. Kalo tak paksa memang tak naiklah. Aku lap badan dia dan bungkus dengan towel, pastu dia cakap "mama, jukkkk" hahha.. comel! Aku sendiri pun tak tahan, inikan si kecik tu. Aku masuk air tak sampai 15 minit pun. 

Ala... sekejap je dia duduk diam. Bila badan dia dah panas sikit, dia merengek nak masuk air balik. Hihi.. Papa lah jadi mangsa.. aku mana larat. Kang dengan aku-aku sekali meluncur dalam air. Kalo tenggelam timbul balik, tak apa lah jugak.. Kalau tak timbul? Na'uzubillah.. 


Dalam pukul 1.00 petang, lepas makan-makan dan minum, aku ajak semua bersiap-siap nak balik Bawak budak kecik, tak nak lah lama-lama. Agak-agak si kecik tu dah puas berendam, abang-abang dia dah kenyang bedal makanan, aku terus ajak balik. Nak balik jadi satu hal lagi. Kene lalu semula batu-batuan yang indah itu. Hehe.. aku jugak peserta terakhir. 

Papa cakap lepas ni tak payah nak ajak mandi sungai tu lagi sebab banyak sangat batu. Katanya sian kat aku panjat batu. Padahal aku tahu, sebenarnya dia yang tak larat nak panjat.. Bawak badan gemuk tu pulak kan.. Hahah.. Err.. gurau je lah.. Apa-apa pun, aku dan papa puas hati sebab dapat bawak anak-anak beriadah. Yang paling penting dan boleh catat dalam milestone kehidupan Abril, hari itu adalah pertama kali kami bawak Abril Asyraaf mandi sungai.. Memang dia seronok sangat-sangat. Dalam perjalanan balik ke rumah, belum sampai 5 minit papa drive, dia dah terlelap. Penat sangat..

Minggu depan papa kata nak pergi mandi lagi. Lokasinya aku tak tahu lagi. Yang pasti bukan di sungai yang banyak batu. :).

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers