Mengandung kali ini, hampir setiap hari aku bersenam.
Setiap hari bekerja aku panjat 59 anak tangga untuk naik ke pejabat. Itu kiraan untuk sekali naik sahaja.
Kalau aku nak hantar barang ke tingkat 2 atau 1, kene pulak turun dan naik semula pulak. Setiap hari mesti ada aktiviti turun naik tangga ni.
Oh, bukan tak ada lif. Lif ada. Tapi tidak dapat digunakan kerana rosak. Bukan tak dapat dibaiki, tetapi tidak mahu dibaiki kerana bakal berpindah ke bangunan baru di dalam masa terdekat ini.
Makanya, aku yang menanggung bala. Err... aku dengan boss aku la. sebab kat tingkat atas sekali aku ngan dia jer. Hehe.. Tapi takdelah bala mana pun. At least itu lah cara aku bersenam. Kata doktor yang aku selalu jumpa, turun naik tangga adalah senaman yang paling berkesan untuk ibu yang mengandung kerana dapat menguatkan otot kaki, perut dan rahim. Pendek kata, senang nak bersalin nanti.
Harap-harap macam tu lah kan? Penat tau aku turun naik tangga sejak dari awal bulan Mei dulu. Tapi... bila teringat masa nak melahirkan Abril dulu, aku jadi ngeri pulak. Masa mengandung dia dulu pun aku selalu jugak turun naik tangga dan berjalan kaki (walaupun tak sekerap sekarang). tapi, masih susah jugak rahim nak terbukak, kenapa ya? Hmm.. mungkin dah bahagian aku macam tu :) dan harap-harap kali ini tak ada masalah macam tu lagi. Serik tau, karang tak pasal-pasal kene caesar pulak.
Hari ini dah mulai bercuti. :) Tak tahulah senaman jenis apa pulak nak dibuat sementara belum bersalin ni. Tapi kalau kat rumah biasanya aku berenang atas katil je. Sampai matahari terpacak kat tengah kepala baru bangkit pergi mandi. Al-maklumlah malam-malam tak dapat tidur, macam sekarang. Heheh..
mode: insomnia~












Selamat bercuti Pija n semoga semuanya dipermudahkan nanti..Bersenam ni bagus esp di hujung2 pregnancy kan..
ReplyDeleteTQ... ha'ah, meamng sedang rancak nak berjalan sana sini.. mudah2an dipermudahkan semuanya nanti.. Amin :)
Deletewow...klu exercise ni utk snang bsalin,pas bsalin kna naik tgga lg la utk slim plak..ihihi
ReplyDeletemasuk pejabat nanti lepas sebulan je terus pindah bangunan baru. harap2 dalam masa sebulan tu smpatlah nak menslimkan badan dan kaki..
Deletebuat masa sekarang, kaki dah sama besar ngan gajah, wakakakkakaa..
ahaha..biasak la tu..gajah pun xbeso mcm tu..ihihi
ReplyDelete