Sunday, 11 November 2012

Mini Konvokeyen Si Abang

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis lepas aku dan papa menghadiri istiadat Mini Konvokesyen sekolah Armand di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching.

Ramai sungguh tetamu dan kanak-kanak Tabika yang terlibat. Kanak-kanak Tabika yang akan naik pentas sahaja jumlahnya lebih kurang 450 orang. Belum termasuk ibu bapa atau penjaga, dan adik beradik serta lain-lain orang yang hadir ke majlis itu. Rasa macam tak sesuai pulak majlis tu buat kat situ kerana faktor ruang yang terhad. Walau bagaimanapun, majlis tetap berjalan lancar. Sebelum mereka naik ke pentas untuk menerima skroll, tetamu dijamu dengan pelbagai persembahan kreatif daripada kanak-kanak Tabika. Memang comel sangat.


Abang pun nampak teruja nak naik pentas. Aku seronok tengok dia. Sekurang-kurangnya pengalaman ini boleh dia jadikan pembakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang.


Untuk makluman, dalam peperiksaan akhir tahun yang diadakan awal bulan hari tu, Armand dapat nombor 4 di dalam kelas. Nombor 1 hingga 3, semuanya dibolot oleh perempuan. Agaknya budak lelaki ni memang kuat main kot. Heheh. Apa pun, pada peringkat ini, aku dan papa tidak mahu memberikan tekanan kepada anak-anak di dalam pelajaran. Kami dah setuju menilai dahulu kemampuan mereka masing-masing dan seterusnya diperingkat sekolah rendah nanti barulah boleh diletakkan satu penanda aras untuk pencapaian minimum/maksimum mereka. 


Berbalik kepada cerita di Kompleks Belia dan Sukan. Walaupun keadaan ruang yang tak berapa luas, namun kemudahan yang disediakan di sana sememangnya terbaik. Al-maklumlah tempat baru. Satu perkara yang aku respect kat cikgu-cikgu Tabika ni, mereka hebat dalam mengendalikan beratus-ratus orang kanak-kanak. Aku sorang pun tak mampu nak handle 3 orang kanak-kanak riang di rumah tu. Hmm.. tapi kan, budak-budak kalau dengan mak ayah sendiri, mana nak takut. Menyakat lagi ada. Hehe..



Majlis tamat lebih kurang jam 11.30 pagi. Semua kanak-kanak dapat set snack plate daripada KFC. Mak ayah kanak-kanak kene pandai-pandai carik makan sendiri. Sampai rumah je aku terus landing atas katil. Perut yang lapar dibiarkan dulu. Kaki aku giler punya bengkak sebab duduk lama sangat. Jam 1.30 petang papa kejut aku, suruh mandi. Jam 2.00 petang kami gerak ke pejabat selepas singgah ke Stall Cucur Pisang Kak Yot. Cucur pisang RM1.00 meluncur masuk ke dalam perut yang kosong. Lapar giler.


*Di Kuching, pisang goreng RM1.00 
dapat mengenyangkan perut yang 
sedang lapar.

2 comments:

  1. hehee..Abang pon teruja nk dapat scroll kan..mesti dia happy..

    ReplyDelete

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers