السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pa polah kitak orang tek? Dah makan lom? Aku baruk pas makan di Kedei Haji Salleh. Makan Mee Kolok. Makin dekat ari nak beranak, makin macam-macam rasa nak di makan. Bait jak kedei ya tek sik rami mun tengah hari. Mun pagi, mun rasa-rasa dah aher, jangan jak di hampir kedei ya. Menaun nunggu mee. Rasa nunggu bulan gugok jak, sik sampe-sampe. Terutama nya mun orang yang kurang sifat penyabar. Datang tengah hari jak kitak orang.
Balit dari sia tek ku mukak Berita Harian online. Sebab, Harian Metro online sik ada berita hari tok. Sidak wartawannnya gik gago cuti Deepavali tek nak, sik pian nak ngator artikel dolok. Gik nak nyamah maruku ngan kari lok ari tok. Esok baruk beroperasi agik.
Kali tok segmen Bahasa Sarawakku sik ada poret mode. Aku nak share informasi jak ari tok.
Duuuuuuunakkkkk....
Takut ku maca tajok artikel di Berita harian online hari tok tek. Dah lah anak aku si Aramand ya salah sorang yang suka melayan FB dan games depan PC. Seharian pun nya tahan.
Lepas tok nang jangan sik, nang MESTI dijadual penggunaan bahan elektronik pintar di rumah kamek orang. Bahaya jangka panjang koh eh.. Bagus-bagus pentar, gago bekaran utak di Batu 7 gik kelak. Sik sanggup ku nak membayangkan. Ngeri!
Kitak orang sama juak. Mun rasa dah gian gilak nak ngadap FB ya, ingatkan benar-benar isik kandungan artikel di dibah tok. Baca sampei abis dik kakak oii.. Bukan calang-calang orang molah statement ya, PENGARAH HOSPITAL SENTOSA, oi.. Pakey pengetahiuan kita bersama juak...
Kuching: Pelajar yang menggunakan cuti sekolah untuk melayari laman sosial Facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.Risiko kemurungan membabitkan kesihatan mental berlaku kerana kurang pergaulan sosial, justeru, apabila tiba masa berdikari, golongan terbabit berdepan masalah menyerap tekanan ketika bekerja akibat kelemahan menguasai keadaan sekeliling, iaitu ‘copy skills’.Pengarah Hospital Sentosa, Dr Lau Kim Kah, berkata bagi mengelak keadaan itu, ibu bapa perlu menggalakkan anak mereka keluar bersosial secara sihat khususnya ketika musim sekolah, supaya kemahiran menguasai tekanan dapat dipelajari.Kemahiran murid“Apa yang dimaksudkan dengan copy skills adalah kemahiran murid meniru atau belajar daripada persekitarannya dalam memahami masalah dan menyerap tekanan.
“Kegagalan mempelajari kemahiran dalam situasi bukan formal akan menyebabkan golongan terbabit berdepan risiko mengidap kemurungan, sekali gus mengalami masalah mental,” katanya ketika ditemui BH sempena majlis perasmian hari terbuka dan jualan amal Hospital Sentosa, di sini, semalam.
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan, manakala penyakit keresahan adalah 1.7 peratus.
Tahap kemurungan didapati lebih tinggi membabitkan 2.5 peratus dalam kalangan usia 16 hingga 24 tahun dan kedua tertinggi membabitkan penduduk berumur 65 tahun ke atas.Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Chin Zin Hing, berkata pihaknya menghadapi cabaran besar meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggapan menyamakan maksud kesihatan mental dan penyakit mental.
“Kesihatan mental adalah membabitkan semua ahli masyarakat berbeza manakala penyakit mental cuma membabitkan individu tertentu saja,” katanya.
INFO: Risiko kemurungan
- Pelajar melayari laman sosial facebook selama tiga hingga tujuh jam sehari dibimbangi mengidap kemurungan pada masa depan.
- Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011 menunjukkan hampir 340,000 penduduk negara ini atau 1.8 peratus menghadapi kemurungan.
Yahhh.. Menakutkan nak? Segal sik bersosial ngan urang tek jadi murung. Segal bersosial dalam alam maya ajak kita boleh jadi murung. Aku nak kompem ngan kitak orang perkara ya nang 100% benar, sik dapat juak. Sebab aku lom pernah mengalami. Tapi orang yang ada kepakaran dah molah kajian dan madah kedak ya, kita tek aok ajak lah. Mana nak bagus, di aok... mana nak sik bagus, jangan di aok juak.. binasa kelak.
Heheh.. OK2.. Sebelum bos masuk, aku nak melelap mata sekejap. Kelak-kelak kita bercerita agik.











No comments:
Post a Comment