Thursday, 30 May 2013

Penyakit emak..



Salam dan selamat pagi..

Pagi tadi aku tinggalkan emak dalam keadaan emak sedang tidur nyenyak. Kesian emak..

Sebelum aku meneruskan ketukan jari di papan kekunci, terlebih dahulu aku nak tegaskan di sini aku menulis bukan nak meminta simpati sesiapa. Cuma, aku ingin rakamkan apa sahaja yang berlaku di dalam keluarga aku sebanyak mungkin untuk bacaan anak-anak di kemudian hari. :)

Emak mengalami penyakit ganjil. Aku pun tak dapat nak menggambarkan keganjilan penyakit emak. Cuma, bila check di klinik dan hospital doktor kata tak ada masalah apa-apa. Mulanya emak baik-baik sahaja walaupun sering mengadu sakit. Tapi makin hari, makin teruk pula keadaan emak. Walapun demikian, emak tak pernah tinggalkan solat 5 waktu. Aku nampak juga dia selalu buat solat sunat. 

Kadang-kadang emak seakan meracau. Meracau yang ringan je. Percakapannya tak seperti biasa. Dia melihat apa yang kami sekeluarga tidak nampak - bukan hantu / syaitan - Kadang-kadang emak cakap darah dia warna hijau. Kadang-kadang ada rasa air mengalir di dalam badan. Banyak lagi yang emak cakap. Bapak usaha bawa emak jumpa ustaz. Papa pun ada jugak. Kadang-kadang dia nak. kadang-kadang dia tak nak. Kebanyakkan ustaz yang mereka jumpa cakap, emak tak ada apa-apa. Ada juga 2 - 3 orang yang mengatakan emak di buat dek orang. Setahu aku, emak tak ada musuh.. melainkan sebaik sebelum sakit memang dia ada berselisih faham dengan satu family ni, Aku tak adalah nak terus menuduh. Nantilah aku ceritakan.

Masa adik aku bersalin, emak pengsan. Sebab dia dah 3 malam tak cukup tidur. Papa dan bapak bawa ke unit kecemasan Hospital Umum. Check darah semua OK. Aku tak tahu apa berlaku di sana, Aku di rumah jaga anak-anak. Yang bersama emak masa tu adalah bapak, papa, dan adik beradik mak. Yang aku tahu akhir sekali, emak dirujuk ke pakar psychiatric.

Lepas hari tu, mak semakin teruk. Kemuncaknya semalam. Aku dah tak tahan tengok mak. Nak tunggu appoinment di pakar kerajaan, 13 Jun nanti. Lama lagi. Lagipun, atas nasihat dari salah seorang ahli keluarga yang pernah bekerja di Hospital Sentosa, sepatutnya aku bawa emak seawal mungkin kerana kalau ditunggu, makin lama makin parah.

Semalam aku, papa dan bapak bawa emak ke Permai Specialist Clinic berjumpa doctor Gan, seorang psychiatrist. Aku yakin, emak memang tak sedar yang kami bawa dia ke klinik psychiatrist, kalau dia tahu, mesti dia marah. Macam yang dia bising-bising sebelum ini bila dapat tahu doctor di Unit Kecemasan refer dia ke klinik tu. Doktor cakap emak ada tanda-tanda bipolar disorder. Katanya ada peluang untuk sembuh kerana orang yang berusia lebih senang nak embuh berbanding orang muda. Harap-harap begitulah.. Lepas dapat ubat dan MC, kami hantar emak balik.

 Aku memang terkejar-kejar. Tak dapat dah nak cuti dengan cuti tinggal sikit sebab dah cuti masa mula-mula dia sakit dulu. Dengan Jabatan kami ada program besar pulak dalam masa terdekat ni. Ya Allah..masa terasa seakan sangat sedikit.

Malam tadi aku bagi emak ubat yang doktor bagi. Sekali dengan ubat tidur. Sebab tu masa aku keluar dari rumah tadi, emak masih tidur lagi. Biarlah emak berehat. Dah beberapa minggu emak tak cukup tidur. Badan yang penat makin menambahkan pemikiran yang celaru. Harap lepas ni mak pulih seperti sediakala.


No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers