
2 minggu papa tak balik dan akan tak balik hingga 2 minggu lagi... 1 bulan lamanya kami tidak berjumpa. Rindu.
Kami agak kerap bertelagah. Puncanya tentulah dari aku. Dan sebenarnya rindu itu yang membuatkan aku kerap mencari punca. Kononnya untuk menarik perhatian. Selebihnya, aku cemburu. Kerana dia tidak pernah membiasakan aku untuk ditinggalkan di dalam tempoh yang lama. Paling lama dia tinggalkan aku pun 2 malam.
Kadang-kadang aku terfikir, bagaimana agaknya perasaan wanita lain yang berjauhan dengan suami? Rindu sudah pasti. Cemburu? Gelisah? Termenung? Mungkin mereka terbiasa ditinggalkan.
Minggu pertama aku berjauhan dengan papa, aku menangis. Sungguh-sungguh aku rindu. Bukan rindu nak 'bersama', tapi, aku lebih senang kalau papa sentiasa dekat dengan aku. Dunia terasa sunyi walaupun aku dikelilingi mak, bapak, adik-adik dan anak-anak. Mungkin itu tandanya aku sangat PERLUkan papa.
Di satu sudut pandangan yang lain, perpisahan sementara ini sebenarnya lebih mengeratkan hubungan kami. Sudah tentu papa akan lebih memahami sikap aku selepas ini. Dan aku sendiri yakin dengan sikap papa yang paling menyerlah iaitu sentiasa SANGAT-SANGAT sabar menangani masalah antara kami.
2 minggu lagi... Hm.. Hidup ini tidak adil, kan?
Published with Blogger-droid v2.0.4










No comments:
Post a Comment