Week #3
40% done.
Good morning.
I was on my way to Telaga Air this morning to attend perhimpunan bulanan Jakim when I saw this beautiful scenery.
Subahanallah...
Dah agak lama Si Bongsu tak demam. Malam tadi demam tak kebah-kebah. Aku tidur ala kadar sahaja sebab nak jaga suhu dia.
Jam 6.00 petang semalam bagi ubat demam. Dos seterusnya sepatutnya jam 12 tengah malam. Tapi menjelang pukul 10.00 malam suhu dia 39.0 darjah Celsius. Aku bagi ubat yang masuk punggung tu. Kebah sekejap kemudian panas balik. Sepanjang malam aku jelum badan dia dengan air suam. Menangis kesejukan si manja tu. Tapi kalau tak buat, bahaya untuk dia. Jam 6.00 pagi tadi suhu naik lagi 39.3 darjah Celsius. Aku mandikan dia dengan air suam kuku. Pastu bagi ubat.
Alhamdulillah sampai sekarang tak panas lagi. Mudah2an terus sembuh. Tak larat berjaga malam. Ni pun rasa melayang2 lagi.