Salam dan selamat sejahtera kawan-kawan.
Lama aku menghilang. Kandunganku sekarang dah hampir meninggalkan minggu ke-12 pun. Morning sickness yang semakin hilang mengembalikan semangat untuk bekerja. Masa untuk anak-anak juga dapat diperuntukkan walaupun kuantitinya sangat sedikit. Kalau dulu, sampai di rumah aku terus cari bantal dan baring, sekarang aku dah dapat melayan anak-anak. Terima kasih kepada emak dan adik aku yang sangat banyak membantu aku di dalam tempoh masa yang sukar ini.
Tanpa papa aku sememangnya tiada masa untuk diri sendiri. Memang emak dan adik aku banyak membantu, tapi tak mungkin pula aku nak serahkan kepada mereka 100% walaupun mereka tidak kisah. Dalam kepayahan dan penat yang teramat, aku gagahkan juga untuk bangun dan menyertai mereka. :(( Bagusnya kalau papa ada bersama aku. Bolehlah aku berehat sepuas-puasnya tanpa menghiraukan orang lain. Hehehe....
Perpindahan papa masih lagi tergendala. Kadang-kadang, aku berdebat juga dengan papa kerana perkara ini. Aku ini bukan penyabar orangnya. Seminggu dua bersabar itu sudah cukup excellent bagi aku :) Aku juga sangat sensitif kebelakangan ini. Perkara sekecil semut pun aku nak ambik hati. Merajuk dengan papa, alasan kurang munasabah. Kesian papa. Sorry ya sayang. Hmm... Agaknya, nanti bila baby lahir, muka dia pun masam macam mamanya.
Walau apapun, aku harap kandungan kali ini seperti kandungan sebelumnya juga tidak bermasalah. Aku sedar aku terlalu awal untuk mengandung selepas kelahiran Abril Asyraaf. Dan aku dengar mulut-mulut yang mengata aku. Ah! Persetan semuanya. Badan aku, aku dan papa punya pasal lah. Aku tak mintak duit sesiapa pun. Kalau ada pun, duit mak, bapak dan laki aku jugak. Lagipun... DIA dah bagi rezeki, tak kan nak tolak kot...
Selepas 2 kali pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak, pegawai perubatan mengesahkan aku cukup sihat untuk mengandung dan aku sendiri dah berkali-kali bertanya perkara yang sama untuk mendapat kepastian kerana aku juga was-was pada mulanya. Alhamdulillah, sekarang dah tak perlu risau. Katanya, aku perlu yakin dan mindset mesti sentiasa positif untuk perkembangan bayi yang sihat, dan untuk keyakinan diri sendiri juga.
Dah 3 bulan, perut agak besar sama seperti mengandung Abrl dulu :) Whoaa... aku tak sabar nak menunggu bulan Disember.... biar cepat datang biar cepat baby menjengah dunia, bermain bersama abang-abangnya... Lepas tu aku nak pasan implan siap-siap, tak mau lambat-lambat sampai tak sempat dan ter'accident' macam sekarang. (tolong copy & paste paragraph ini kalau aku post entry pasal aku mengandung sekali lagi tahun depan.. hehehe...). Hmmm... indahnya perasaan ini...
Selamat malam..










No comments:
Post a Comment