Monday, 28 January 2013

2 minggu yang panjang...

Salam..

Wah lama jugak blog ni terbiar. Hampir 2 minggu. Sebenarnya kitorang satu rumah diserang demam, batuk dan selsema. Aku yang paling teruk. Demam dah sembuh, datang balik pulak. Setakat hari ini, demam dah takda. Batuk dan selsema dah makin sembuh. 2 - 3 hari lagi insha Allah tak ada lagi kot. Paling  bertuah tentulah si Ayushi. Langsung tak terkesan dengan demam kami. Err.. dan batuk jugak. Cuma ada selsema sikit. Aku sembur nassal spray for baby je sebab tak mau bagi dia ubat. Alhamdulillah dah OK.

Abril pulak paling lama menghidap selsema dan batuk. Sampai sekarang tak sembuh lagi. Tak nak makan ubat memang macam tu. Dia TAK NAK, bukannya SUSAH. 4 orang tenaga dewasa diperlukan untuk pegang badan dia kalau nak bagi ubat. Itu pun tak tentu lagi masuk dalam tekak. Nasib-nasib je..

Banyak perkara berlaku dalam masa 2 minggu ni. Yang paling tak best, papa kehilangan Samsung S2. Yang anehnya, hilang dalam rumah. Memang ada orang lain datang malam tu, tapi entahlah.. Cakap pun tak guna. 

24 Januari hari tu kami buat kenduri doa selamat dan cukur jambul Ayushi. Jemputannya, orang-orang surau, saudara mara, kawan-kawan terdekat dan jiran-jiran je. Buat majlis kecil-kecil je. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih kepada semua tetamu yang datang. Nak buat entri majlis tu, tapi takde gambar pulak. memang tak ambik gambar langsung. Biasa ambik gambar guna HP papa tapi kan dah hilang, jadi, memang tak adalah.. Guna HP aku boleh je, tapi gambar tak cantik sebab HP pernah jatuh, kamera dah rosak.

OK, itu je laporan hari ini. Aku akan cuba update sekerap mungkin. Oh ya, ini gambar-gambar terbaru Ayushi, dia pandai posing depan kamera tau...

S.E.N.Y.U.M.

"mama, Yuci nak tido lah..."

(^_^)

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers