Saturday, 12 April 2014

Tudung mahal? Yang penting menutup aurat.

Beberapa bulan lepas, isu tudung Fareeda hangat di laman muka buku dan blog-blog tempatan.

Namun itu bukan isu di laman aku pada kali ini. Isunya, zaman mula-mula aku kenal dengan tudung dulu, aku sangatlah daif, naif, jahil (kot?) pasal fesyen-fesyen tudung bagai ni. Masa tu orang pakai bawal, aku pun beli bawal jugak. Tapi takda le yang berbatu-batu, manik mahupun sulam bagai. Aku punya yang harga RM10.00 je beli kat pasar malam Presint 2. Selain tu adalah selendang-selendang yang murah, harga lebih kurang jugak.

Nak dijadikan isu, adalah hamba Allah ni menegur tudung yang aku pakai.  Takde batu-batu bagai tu laa.... alahai... dengan gaji aku yang tak cukup untuk diri sendiri masa tu, mana la aku mampu nak pakai tudung RM60.00 sehelai. Cantik memanglah cantik tapi kalau nak cantik sampai diri sendiri kebulur pun tak guna. Lepas tu, tudung yang aku pakai tu tak matching colour bunga baju. Memang lah... aku pakai kaler putih, hitam dan beberapa kaler lain lagi lah.. tak banyak choice.

Kalau diingatkan semula memang kesian giler kat diri sendiri. Sebab tak lama lepas tu, aku tak nak pakai tudung lagi. Dengan alasan yang kononnya kukuh iaitu aku tak banyak tudung dan orang sekeliling mengata aku. Bodohnya... padahal pakai tudung tu tak perlu pun nak matching dengan baju. Tak perlu pun ada batu-batu bagai. Yang penting menutup aurat...

Pengajarannya di sini, kepada sesiapa yang nak pakai tudung tu, kena kuatkan mental. Walau apapun orang kata, abaikan semua yang negatif. Juga kepada semua yang berada di sekeliling orang yang baru nak cuba bertudung, bagilah kata-kata yang positif. Jangan bagi kritikan yang boleh mematahkan semangat orang lain seperti yang berlaku pada aku suatu masa dahulu.

#thx to my hsbnd yg byk support aku dlm segala perkara...

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers