Monday, 19 May 2014

Terlajak perahu boleh diundur

Kisah pensyarah Kolej Komuniti Betong yang menyampah dengan orang Sarawak dan bumi Sarawak sedang viral di Facebook.

Biarpun permohonan maaf telah dibuat melalui akaun Facebook sama yang didakwa telah digodam sebelum ini, sukar untuk aku mempercayai keikhlasannya. Tambahan pula hinaannya bukan di Facebook sahaja malah di akaun Instagramnya juga.

Kata-kata yang dihamburkan tidak melambangkan jiwa seorang pendidik. Kalau menjadi seorang pensyarah di Kolej Komuniti menyebabkan dia tercampak di bumi Sarawak yang dikatakan jijik ini, berhentilah. Letak jawatan dan baliklah ke negeri asal. Senang. Tidak perlu kata nista yang menggores perasaan orang lain. Yang membangkitkan semangat kenegerian yang boleh memecah belahkan perpaduan rakyat semenanjung dan kepulauan Borneo.

Sekarang mungkin si pensyarah ini berada dalam keadaan ketakutan. Rakyat Sarawak sudah marah. Mungkin si pensyarah dalam bahaya, siapa tahu?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata Bujang Senang bangkit dari tidur..

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers