Friday, 25 July 2014

Di Penghujung Ramadhan 1435H

Salam dari Bumi Kenyalang buat semua pembaca...

Dua hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita. Mudah-mudahan kita telah mendapat rahmat dan keberkatan disepanjang bulan mulia ini.

Bagi aku dan papa, Ramadhan kali ini jelas berbeza daripada yang sebelumnya. Tahun ini, alhamdulillah Armand dan Aiman telah berpuasa walaupun di awal Ramadhan dahulu Aiman kelihatan sangat tidak bermaya dan penat. Bagi Armand, mungkin dia dah biasa agaknya.

Dari awal Ramadhan lagi kami telah bersederhana di dalam semua aspek terutamanya juadah berbuka. Boleh dikatakan kebanyakkan hari aku masak sendiri di rumah untuk keluarga sama ada berbuka ataupun bersahur. Setakat ini, rasanya baru 4 atau 5 kali papa bawa anak-anak ke Baazar Ramadhan. Bukan kedekut, tapi kami ingin meminimumkan perbelanjaan disamping mendidik anak-anak untuk berjimat cermat dan mengawal kehendak nafsu.

Persiapan raya kami biasa-biasa sahaja dan sangat sederhana. Baju Melayu anak-anak dan papa dah beli siap. Baju aku dan Ayra Ayushi dah siap dijahit oleh sepupu emak. Dapatlah 2 pasang baju seorang untuk kami 6 beranak. Mak pula belikan cucu-cucunya banyak pakaian semasa bercuti di KL baru-baru ini.

Kek raya pula, alhamdulillah adik aku tempah dengan aku. Makanya, dapatlah aku bakar kek sekali daripada upah yang dia bagi. Alhamdulillah,  dapat 4 jenis kek lapis. Biskut pula aku buat sejenis sahaja. Selebihnya beli dengan kawan di pejabat dan beberapa botol lagi diberi oleh sepupu dan emak saudara.

Bulan raya tahun ini, wang gaji banyak dibelanja untuk mengecat rumah juga untuk beberapa perkakasan rumah. Papa jadi tukang cat merangkap interior designer untuk tahun ini.

Pendek kata, segalanya serba sederhana dan penglibatan aku dalam persiapan adalah agak minimum. Kami memilih untuk sederhana kerana kekangan kewangan setelah aku melanjutkan pelajaran. Tambahan lagi, kami beraya di rumah sendiri yang baru sahaja siap dan masih banyak benda yang hendak diselesaikan.

Walau bagaimanapun, syukur juga kerana dipermudahkan urusan kami sekeluarga walau pada mulanya aku risau tidak cukup untuk persiapan 4 permata hati. Alhamdulillah rezeki sentiasa datang. Semuanya cukup, malah rasa macam berlebihan pula.. terima kasih Allah di atas nikmat yang diberi di dalam aku mengamalkan kesederhanaan dalam erti kata yang sebenar.

Mudah-mudahan di bulan yang mulia ini kita mendapat rahmat, keampunan, keredhaan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Amin..

No comments:

Post a Comment

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers