Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, 5 September 2014

Happy birthday Aiman


Aiman dah genap 7 tahun pada 30 Ogos yang lalu. Syukur alhamdulillah Aiman membesar dengan sihat di bawah jagaan aku dan papa. 


Permintaan Aiman pada hari jadi kali ini sangat murah nilainya.


Dia nak pembaris je. Dan permintaan tersebut telah ditunaikan. Neneknya belikan pembaris baru. 1 set dengan pencil, pemadam dan sharpener. Untuk dia, abangnya dan Abril jugak. Sebab kalau beli untuk dia sorang, confirm jadi gaduh.

Pembaris tu nilainya kecik je. Tapi impak daripada pemberian tu, sangat tak ternilai - Happiness 

Doa aku untuk Aiman dan anak-anak yang lain setiap kali selesai solat ialah agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah, yang dapat mendoakan aku dan papa bila kami dah tak ada nanti. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dan mendapat rahmat  dariNya. Amin..

Happy Birthday Muhammad Razif Aiman.
I always love you.

Wednesday, 5 September 2012

Happy Birthday Aiman

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 30 Ogos 2012 yang lalu, Aiman berusia genap 5 tahun. Tak terasa masa berlalu. Masih jelas di dalam ingatan aku saat-saat melahirkan Aiman. Setakat ini, Aiman adalah anak aku yang paling mudah proses kelahirannya. sakit perut 1 jam dan 2 kali push, Aiman pun keluar :) Kalau macam tu, 10 kali bersalin pun aku nak. Keke..

OK, sambung balik kisah hari jadi Aiman. Pada 30 Ogos itu sepatutnya aku menghadiri majlis reunion bersama rakan-rakan sekolah dahulu. Memandangkan hari yang sama adalah ulangtahun kelahiran Aiman dan Abril pun tidak sihat, maka aku lupakan majlis tersebut. Jumpa kawan-kawan, anytime pun boleh. Masa bersama anak-anak sangat berharga :)

Untuk Aiman, aku adakan majlis yang sangat sederhana. Tetamunya terdiri daripada keluarga kami sahaja. Tak sampai 10 orang pun. Bukan tak nak menjemput tetamu, semua persiapan dibuat last minute. Lagipun, malam merdeka, semua orang dah ada perancangan masing-masing. Aiman budak lagi, mana pandai nak minta lebih-lebih, apa yang dia tahu, mesti ada kek ultraman. Itu pun kek tu, orang bakery tu lupa nak buat! LUPA nak buat k.. Kek tu siap lebih kurang  pukul 8.30 malam. Padahal dah cakap nak ambik pukul 6 petang. Boleh tak diorang lupa?? Nasib baik tak jemput orang datang, kalau tak, lambat majlis mula. Budak-budak pun dah bosan agaknya.

OK, jom tengok gambar kami.



 






Simple tapi best. Budak-budak kan suka makan. Terutamanya si Abril. Habis comot satu badan. Siapa yang birthday lepas raya memang tak dapat buat majlis meriah. Hihi.. Tak apalah, yang penting, tanda ingatan untuk Aiman. Oh, kek yang besar itu disponsor oleh Usu Aa dan baki kek ada lagi dalam peti sejuk kat rumah. Menjelang esok, habislah tu sebab aku dah makan agak banyak juga pagi tadi.  Hehe.. OKlah.. Nak sambung buat kerja. Ada masa aku update lagi. 



Buat anak mama, Aiman:

Selamat Hari Lahir Muhammad Razif Aiman...

Semoga diberkati usia dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kebijaksanaan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang.. Kalau mama dah tak ada satu hari nanti, jangan lupa kirimkan doa untuk mama sebagai tanda ingatan. Semoga Aiman menjadi anak yang soleh. Amin, InsyaAllah..

~~~~~~~~~~~~~~i ♥ u, u ♥ me, we are happy family~~~~~~~~~~~~~~

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers